7 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Secara Semulajadi, Guna Lada Hitam Pun Boleh!
Bayi menangis tak henti mungkin sebab kembung perut. Kali ini kami kongsikan cara hilangkan kembung perut bayi. Guna lada hitam pun boleh!
Salah satu perkara yang boleh buat bayi meragam tak henti adalah kembung perut. Buntu jadinya ibu ayah. Jadi kali ini kami kongsikan cara hilangkan kembung perut bayi yang mungkin boleh membantu anda.
Menariknya, hanya perlu gunakan cara semulajadi saja, malah barang-barang ini boleh didapati di dapur saja.
Kembung perut ini memang boleh buat bayi rasa sangat tidak selesa. Kita sebagai orang dewasa pun rasa sangat tidak selesa apabila kembung perut, serba tak kena jadinya. Apatah lagi bayi yang tidak tahu untuk menyatakan apa yang mereka rasa, jadi bila rasa tak selesa mereka hanya tahu menangis saja.
Cara hilangkan kembung perut bayi secara semula jadi
Bayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati.
Tak keruan jadinya bila anak menangis kerana kembung perut. Malah perut mereka pun nampak tegang semacam.
1. Tuam perut bayi dengan lada hitam
Jika bayi anda sering menangis akibat kembung, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat.
Panaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas. Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca kembung.
Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.
2. Tuam perut bayi dengan halba
Selain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.
3. Sapukan minyak telon atau minyak angin
Menyapu minyak telon pada perut bayi dapat mengurangkan kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami bayi anda.
Tapi pastikan anda cuba sedikit demi sedikit dulu dan pastikan bayi tidak ada sebarang alahan dengan minyak yang digunakan. Kami mengesyorkan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil kerana ianya diperbuat daripada 7 gabungan minyak semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dalam melegakan kembung perut Si Manja anda.
Terdiri daripada Minyak Buah Pala, Minyak Lavender, Minyak Chamomile, Minyak Serai, Minyak Bunga Lawang, Minyak Kelapa & Minyak Zaitun, minyak telon semulajadi ini juga mampu menenangkan bayi yang sedang mengalami colic sekaligus membantu melegakan masalah pencernaan atau ketidakselesaan perut dan membantu bayi untuk rileks supaya tidur mereka lebih nyenyak dan tenang.
Parents tidak perlu risau kerana Mama’s Choice Calming Tummy Oil ini telah diuji secara dermatologi dan diyakini hipoallergenik menjadikannya selamat untuk kegunaan bayi kulit sensitif!
Lebih hebat tentang minyak telon ini lagi, ianya tidak mengandungi sebarang unsur minyak kayu putih yang mampu merengsakan kulit, menyebabkan ruam dan mengundang kesan alergi terhadap bayi.
4. Urutan mengeluarkan angin
Ini adalah lima teknik urutan mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung bayi:
- Teknik lambai dan panggil. Letakkan ibu jari anda pada pusat bayi tanpa bergerak. Manakala untuk empat jari yang lain, gerakkan seperti anda sedang melambai dan tarik ke arah anda seperti sedang memanggil orang untuk datang kepada anda.
- Teknik kayuh dan tekan. Caranya, lipatkan kaki bayi anda ke atas dan kayuhkan. Kemudian anda tolak kedua-dua kaki bayi ke dalam sehingga terasa bayi anda membalas tolakan anda.
- Tapak Kaki. Urut tapak kaki bayi anda dari tumit hingga ke jari dengan menggunakan kedua-dua ibu jari anda. Kemudian tolak jari-jari bayi anda ke atas.
- Keting dan Peha. Pegang keting dan peha bayi anda dengan kedua tangan. Pulas seperti anda sedang memerah baju. Buat dalam arah berlawanan. Tangan kanan pusing arah jam, sementara tangan kiri bergerak arah lawan jam.
- Belakang badan bayi. Letakkan bayi dalam posisi meniarap, urut belakang bayi ke arah anda dalam gerakan menurun. Lalukan jari anda pada tulang belakang bayi secara perlahan.
5. Pakaikan barut
Berbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.
6.Pakaikan bedung
Selain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.
7. Gunakan kipas siling
Pengunaan kilas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi.
Jika anda menggunakan kilas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!
Baca juga: Anak Menangis Tak Henti Pada Waktu Malam? Kembung Perut Bukan Boleh Buat Main-Main Tau!
Baca juga: Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut
- Bayi Pramatang Tak Boleh Disamakan Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesaran Mereka Berbeza
- Atasi Masalah Kembung Perut Dan Kolik Pada Anak Dengan Menggunakan 8 Pilihan Minyak Bayi Terbaik Ini
- Cara Merawat Demam Campak Bayi Dengan Berkesan, Bahaya Boleh Berjangkit! Ini Apa Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan