Dah Cuba Macam-Macam, Kuning Bayi Masih Tak Turun. Apa Kata Cuba Pula Cara Hilangkan Kuning Bayi Dalam Islam

Jika ibu ayah sudah mencuba pelbagai petua tradisional dan moden, kami kongsikan cara hilangkan kuning bayi dalam Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demam kuning bayi baru lahir adalah normal dan selalunya tidak dapat dielakkan. Jika ibu ayah di luar sana sudah mencuba pelbagai petua tradisional dan moden, kami kongsikan cara hilangkan kuning bayi dalam Islam.

Tawakal perlu disertakan dengan usaha kerana ia bukan hanya perlu pasrah atau menyandarkan hati kepada Allah SWT semata-mata.

Kami kongsikan cara membuat air tawar demam kuning, ibu ayah boleh cuba ya?

1. Sediakan segelas air, baca Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali dan setiap kali habis dibaca tiup dan hembus pada air itu.

2. Kemudian, baca Ayat Kursi. Selesai baca, tiup pada air itu.

3. Baca Surah Al Hasyr, Ayat 21: Bismillahirrahmanirrahim…Lau anzalna hazal qur ana ‘ala jabalil lara aitahu khasyiammutasoddi’ammin qhasyatillah, watilkal amtsalu nadhribuha linnasi la’allahum yatafakkarun, kemudian, hembus juga pada air itu.

4. Selepas itu, minta doa pada Allah: Ya Allah dengan berkat ayat-ayat suci yang aku baca ini…jadikanlah air ini, sebagai air penawar untuk
menyembuhkan sakit kuning anak ini (sebut nama).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Ambillah air penawar itu sedikit dihujung sudu teh, kemudian beri pada bayi itu untuk diminum sedikit.

Insya Allah mudah-mudahan Allah makbulkan doa ibu ayah denga ayat-ayat suci Al-Quran boleh menjadi penawar kepada penyakit anak.

Jangan Tinggalkan Petua Ini

Ibu perlu tingkatkan kekerapan penyusuan bayi satu hingga dua jam sekali supaya dapat menyingkiran bilirubin daripada badan bayi dengan lebih cepat. Jika bayi ditahan di wad, ibu boleh perah susu untuk dibekalkan kepada bayi dan berikan kepada petugas kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan yang kerap dapat merangsang pergerakan usus dan menyingkirkan bilirubin. Untuk mendapatkan kandungan lemak dalam susu ibu, bayi sekurang-kurangnya perlu menyusu dalam tempoh antara 10 hingga 15 minit agar susu diterima oleh bayi.

Selain susu badan ibu, anda juga boleh cuba memberi bayi satu hingga dua auns (30 hingga 60 mililiter) susu formula setiap dua hingga tiga jam semasa minggu pertama demam kuning. Pastikan si anak menerima sekurang-kurangnya lapan suapan dalam tempoh 24 jam.

Pemakanan ibu juga sangat penting untuk mengurangkan demam kuning bayi. Ibu dinasihatkan untuk ambil makanan tinggi serat yang dapat membantu memindahkan hempedu keluar dari hati.

Kemudian, pastikan ibu mengamalkan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan badam untuk mengurangkan toksik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini membantu ibu ayah cara hilangkan kuning bayi dalam Islam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius

Baca juga : Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

Baca juga : Bayi Demam Kuning Lama/ Prolonged Jaundice, Ini Punca & Petua Berkesan Untuk Ibu Cuba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi