Pernah tak anda perasan yang anak tiba-tiba suka menggaru rambutnya? Setelah dibelek, rupanya dia ada kutu! Jadi, apakah cara hilangkan kutu rambut yang paling berkesan?
Kalau dulu-dulu, biasanya mak hanya letak ubat kutu yang dibeli dari farmasi, kemudian lumur satu kepala dan tutup dengan tuala.
Selepas sejam, kita dapat lihat kutu habis mati. Nak lagi senang, rambut kena potong pendek dulu supaya mudah nak matikan kuman kutu itu. Kemudian, rambut kembali sihat dan bersinar seperti sedia kala.
Rupa-rupanya ada banyak lagi bahan lain yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan kutu rambut ini. Berikut antara bahan yang boleh digunakan sekaligus menghalang serangga halus itu dari terus menempel atas kepala anak.
8 Cara Hilangkan Kutu Rambut Anak
#1. Cara hilangkan kutu rambut anak – Sikat kutu
Gunakan sikat halus atau biasanya kita panggil sikat kutu dan sisir di atas rambut anak. Lepas itu sediakan kertas putih dan ketuk sikat itu di atasnya.
Anda dapat lihat beberapa ekor kutu gugur dan picit kutu itu supaya mati.
#2. Cara hilangkan kutu rambut anak – Kunyit dan daun semambu
Penyelidikan di India menunjukkan bahawa kunyi dan daun semambu dapat menghapuskan kutu rambut.
Caranya campurkan kunyit dan daun semambu yang sudah ditumbuk lumat. Kemudian sapu atas kepala anak dan biarkan selama satu jam. Setelah itu sisir rambut dan bilas dengan air sampai bersih.
#3. Cara hilangkan kutu rambut anak – Minyak Citronella
Sapu minyak citronella ke rambut anak kemudian tutup dengan tuala atau topi mandi. Biarkan selama 8 jam. Kemudian sisir rambut, basuh dan syampu semula rambut supaya tidak berbau minyak tersebut.
#4. Cara hilangkan kutu rambut anak – Cuka dan minyak zaitun
Untuk menghilangkan telur kutu, campurkan minyak zaitun dan cuka dalam satu mangkuk. Kemudian gunakan atas kepala. Biarkan ia selama sekurang-kurangnya dua jam dan bilas rambut seperti biasa.
#5. Bawang putih
Anda juga boleh letakkan bawang putih yang telah dihancur bersama air dan sapu atas kepala anak. Guna juga kaedah yang keempat tadi iaitu cuka dan minyak zaitun. Kedua-duanya sama berkesan!
#6. Minyak essential
Campurkan 2 auns minyak zaitun ke dalam mana-mana jenis minyak essentials antaranya minyak daun teh, lavender, semambu, cengkeh, kayu manis, peppermint dan lain-lain.
Sapukan pada kulit kepala anak menggunakan bola kapas. Biarkan campuran ini pada kulit kepala dan rambut sekurang-kurangnya 12 jam. Setelah itu cuci dan bilas seperti biasa.
#7. Cuka panas
Sapukan cuka yang telah dipanaskan ke atas rambut anak. Jangan panas sangat tapi biar suam-suam sejuk supaya anak selesa. Biarkan ia selama dua jam. Kemudian, sikat rambut dan lihat kutu akan gugur.
#8. Basuh tuala dan sikat
Basuh tuala dan sikat dalam air panas dan minta anak supaya tidak berkongsinya dengan rakan-rakan lain.
Ulangi kaedah semulajadi ini sehingga kutu rambut benar-benar mati dan tiada. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Brenda Loo dan mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga: Anak-Anak Kena Jangkitan Kutu Kepala? Ini Cara Menghilangkannya
Baca juga: Kanak-Kanak Ini Hampir Pekak Kerana Kutu Rambut Masuk Ke Telinganya!
Baca juga: Rambut Anak Saya Ada Uban. Mengapa Ya?