Setiap orang mempunyai cara penjagaan bayi newborn yang berbebeza-beza. Namun ada satu cara yang dikongsi di Facebook baru-baru ini, dan cara ibu ini menjaga bayi newborn sangat ‘bersahaja’ dan itu membuatkan bayinya mudah dijaga!
Cara jaga bayi newborn supaya tak ‘manja’
Menurut perkongsian daripada Asiah Abdul Jalil di Facebook inilah penjagaan bayi newborn cara dia, boleh kata pantang dan petua orang tua-tua semua dilanggar kerana dia percaya hasil yang terbaik mengikut caranya.
Cara saya jaga newborn. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab tu saya tak boleh berpantang di kampung, hehehe… Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ni, saya memang koboi aje jaga baby.
Takde mitten, takde bootie, takde barut, takde bedung. Cuma saya selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bootie, barut dan bedung tu saya pakaikan kat baby kalau nak keluar rumah aje. Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab.
From day one, baby digalakkan explore dunia. Baby bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu, no hal. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Tidurkan bayi newborn tanpa buaian, tanpa dodoi, tepuk saja
Nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Takde buai, takde swing, takde rocking chair, semua tu tak pernah ada di rumah saya. And strictly no pacifier! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil “dummy”. Tak gamak saya nak tipu baby sendiri, tak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong.
Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh aje. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang kat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap saja baby boleh faham, hahaha…
Anak lebih mudah dijaga, tak manja
Ramai yang mengatakan kalau kita tidak manjakan sangat anak, anak itu lebih berdikari. Dan bila waktu yang tepat untuk latih anak berdikari? Sejak bayi?
Menurut perkongsian ini, sejak bayi kena kawal perhatian yang diberi supaya dan besar nanti anak tak mudah meragam dan tidak nangis tak tentu pasal.
Ramai orang heran, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampai ke besar. Anak-anak saya tak reti meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh, senang suruh tidur, takde menangis tak tentu pasal dan sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Tiada yang salah, kena cuba baru tahu
Seperti yang dijelaskan tadi cara penjagaan bayi newborn ini, terserah pada cara ibu bapa masing-masing. Setiap apa yang dikongsi bacalah dengan hati yang terbuka, dan jangan terus menghentam tanpa tahu apa akibat buruknya.
Asalkan apa yang dibuat tidak membahayakan bayi, tidak mendatangkan kemudaratan kepada bayi mahupun ibu bapanya, jadi tidak mengapalah.
Hasilnya juga jika yang baik-baik, maka sapa salahnya bukan? Ada ibu bapa yang sangat strict dalam penjagaan bayi, mereka anggap bayi itu sangat fragile jadi perlu ditatang bagai minyak yang penuh.
Bayi baru mula berbunyi ‘ek’ terus diangkat dan didodoi, adakah ia salah? Tidak, kerana penjagaan bayi adalah subjektif kepada ibu bapa.
Mungkin ada bayi dijaga dengan teliti sebegitu rupa hasilnya mereka tetap tidak manja, malah lebih baik tumbesaran mereka secara emosi.
Jadi ia terpulang, lain orang lain caranya. Moga perkongsian penjagaan bayi newborn ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Asiah abd Jalil
Baca juga: Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah Wajib Tahu