Apabila usia kandungan ibu memasuki minggu yang ke-28, doktor akan meminta ibu untuk mencatatkan pergerakan bayi melalui carta gerak bayi bagi memantau tahap kesihatan bayi mereka. Mengetahui cara kira pergerakan janin yang betul adalah sangat penting
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara kira pergerakan janin yang betul untuk ibu perlu ambil tahu.
- Kepentingan cara kira pergerakan janin yang betul,
- Awasi semua perkara ini, jika berlaku segera berjumpa doktor.
Ikuti perkongsian daripada doktor ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Cara kira pergerakan janin yang betul untuk ibu perlu ambil tahu
Memasuki usia kehamilan minggu yang ke-28, bayi semakin aktif dan juga kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Pada waktu ini, ibu perlu mencatat pergerakan mereka.
Melalui perkongsian oleh Dr. Irma Izzati melalui video tiktoknya itu, beliau berkata :
“Pertama, apa yang kita perlu tengok adalah pattern. Pattern ini hanya ibu sahaja yang tahu, tiada sesiapa pun yang tahu termasuklah doktor tentang pattern gerakan bayi mereka.
Saya selalu cakap dengan mak, tak payah rigid sangat. Katakanlah waktu mula esok, tulis tarikh mula esok dan anak aktif pukul 9 malam, buat 9 malam sampai 12 jam.
Perhatikan pergerakan bayi sampai 9 pagi. Untuk merekodnya, apabila satu gerakan yang sangat kuat, tak kiralah gerakan yang sangat kuat itu tiba-tiba ada gerakan kecil di masa yang sama, kita ambil satu gerakan sahaja.
Genap 10 kali, tulis masa tendangan itu habis. Contohnya kalau pukul 3 pagi, tulis 3 pagi. Ada orang yang habis pukul 12 malam, ada yang habis pukul 3 pagi.
Jadi, pattern gerakan bayi adalah berbeza untuk setiap ibu yang berbeza.”
Kepentingan cara kira pergerakan janin yang betul
Ibu perlu tahu cara kira pergerakan janin yang betul kerana ianya sangat penting bagi mengetahui sama ada bayi anda aktif atau tidak, pergerakan jantungnya dan juga bagi memahami pola pergerakan harian bayi itu.
Selain itu, ianya juga penting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada bayi yang berada di dalam perut contohnya lemas terbelit tali pusat, tidak aktif dan kuat disebabkan bayi terkena jangkitan kuman.
Awasi semua perkara ini, jika berlaku segera berjumpa doktor
Dr. Irma Izzati juga turut menegaskan bahawa naluri ibu adalah sangat penting demi keselamatan nyawa anak.
“Kalau dalam tempoh 12 jam, bayi kurang gerak kena jumpa doktor. Cara tendangan pun tak kuat atau pun terlalu aktif pun tidak berapa bagus seperti dalam tempoh sejam atau dua jam sudah cukup 20 kali tendangan, segera jumpa doktor.” Ujarnya.
Jadi sebagai seorang ibu, anda perlu tahu bahawa kaedah ini sangat penting supaya janin sentiasa dalam keadaan sihat dan aktif. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Tidak Boleh Berenggang Tanda Anak Yang Sihat, Pakar Kongsi Cara Atasinya
Baca juga: Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk
Baca juga: Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!