Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! - Kajian

Menurut satu kajian, menghisap puting merupakan cara membersihkan puting bayi yang berkesan dan boleh menurunkan risiko alergi pada si kecil anda.

Sekiranya bayi anda menggunakan puting, tentu kalian tahu cara membersihkan puting bayi, kan? 

Namun, bagaimana jika kami katakan kepada anda, antara kaedah terbaik untuk membersihkan puting bayi adalah melalui air liur anda sendiri. Percaya tak? 

Para saintis mendapati ibu bapa yang menjilat dan hisap puting bayi mereka supaya lebih bersih secara tidak sengaja telah memberi manfaat kesihatan pada si kecil. 

Patutlah ramai ibu bapa yang suka hisap puting bayi dahulu sebelum sumbat ke mulut si manja. Mungkin ini sebabnya! 

Cara membersihkan puting bayi melalui mulut boleh bantu kurangkan risiko alergi 

Kredit : Lunatots.com

Kajian baru-baru ini mendapati, ibu bapa yang membersihkan puting bayi menggunakan mulut dan air liur mereka sebenarnya boleh mengurangkan risiko bayi terkena alergi.

Bayi boleh mengalami kekurangan immunoglobulin E (IgE) dalam darah. Ia merupakan ukuran terhadap tindak balas alahan dalam tempoh 18 bulan pertama selepas lahir. 

Semasa persidangan tahunan American College of Allergy, Asthma & Imunologi, pasukan kajian menjelaskan mikroorganisma daripada ibu bapa yang dibawa oleh puting bayi bantu memperbaiki sistem imun si manja.

Dr. Eliane yang mengetuai kajian ini mengatakan, penemuan utama penyelidikan itu adalah apabila ibu bapa membersihkan puting bayi dengan hisapan, tahap antibodi serum IgE si kecil yang lebih rendah. 

Cara membersihkan puting bayi: Apa yang dijumpai dalam kajian ini? 

Kredit: It. Fotolia.com

Setelah menganalisis sampel darah, saintis menyimpulkan sterilisasi dan pencuci tidak memberi kesan pada paras IgE bayi. 

Namun, ibu yang membersihkan puting bayi dengan cara hisapan menunjukkan paras IgE yang lebih rendah. Kemudian ia dibandingkan dengan bayi lain sejak usia 10 bulan dan seterusnya. 

Akan tetapi, saintis memberi peringatan, penyelidikan lebih terperinci diperlukan sebelum ibu bapa beralih kepada cara tersebut kerana tiada hubungan yang jelas dan ia mungkin ada kesan sampingan yang tidak diketahui.

Dr Elaine mengatakan pihaknya tidak dapat mengaitkan hasil kajian tersebut dengan klinikal dan tidak pula menggalakkan ibu bapa bersihkan puting bayi dengan menghisapnya.

Pandangan lain dari pakar tentang cara membersihkan puting bayi

Kredit : Sirap Limau

Dr Neeta Ogden yang merupakan ahli alergi dan imunologi Amerika mendapati keputusan kajian itu hanya sebagai hipotensi kebersihan.

Teori ini supaya dapat menjaga bayi dalam bentuk persekitaran bersih. Namun, mereka tidak terkecuali dijangkiti alergi ketika membesar. 

Dia mengatakan lagi, ransangan sistem kekebalan tubuh melalui pendedahan terhadap kepelbagaian mikrob ketika di usia kanak-kanak boleh menyebabkan alahan berkurang di kemudian hari. 

Walau bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan hasil kajian itu kerana ia dilakukan dalam saiz kecil dan tempoh masa singkat. 

Namun, baginya ini adalah permulaan yang menarik dan hanya masa dapat menentukan sama ada cara membersihkan puting bayi dengan air liur adalah baik atau sebaliknya. 

Cara membersihkan puting bayi

  • Sterilkan puting bayi dengan letak dalam air mendidih dan biarkan selama lima minit. Setelah itu ia boleh digunakan tapi biarkan sejuk dengan suhu bilik. 
  • Bersihkan puting bayi dengan air panas setiap kali si kecil menggunakannya. 

Langkah keselamatan ketika bayi hisap puting

  • Periksa puting bayi sebelum bagi pada si kecil. 
  • Elakkan bayi hisap puting selepas mengambil sebarang ubat seperti antibiotik atau vitamin.
  • Guna klip penyangkut puting yang boleh dilekat pada baju si kecil. 
  • Jangan memberi anak kecil anda bermain dengan penutup puting yang boleh menyebabkan tercekik
  • Jangan terlalu kerap memberi puting bayi kerana ia boleh membawa kepada masalah gigi. 
  • Jangan biarkan anak merangkak dan berjalan sambil hisap puting dikhuatiri tercekik. 

Semoga bermanfaat! 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-enggan-minum-susu-dari-botol-susu/