Cara Besarkan Zakar Tanpa Ambil Sebarang Ubat Atau Cuba Kaedah Pelik & Berbahaya

Cara besarkan zakar yang berkesan dan selamat adalah tanpa mengambil sebarang ubat. Anda hanya perlu cuba beberapa petua semula jadi

Ramai lelaki yang berasa rendah diri dan tidak berpuas hati dengan saiz zakar yang dimiliki. Keadaan ini telah menyebabkan anda mencari apakah cara besarkan zakar secara berkesan.

Apabila melayari internet, pastinya ada banyak cara membesarkan zakar termasuklah penjualan pelbagai ubat-ubatan secara bebas.

Cara besarkan zakar yang berkesan

Bagi yang ingin mendapatkan kesan begitu cepat, anda mungkin tidak begitu yakin dengan cara besarkan zakar tanpa menggunakan sebarang ubat, kan?

Sebenarnya kami mengakui bahawa beberapa petua besarkan zakar di bawah ini telah terbukti berkesan.

Kuncinya adalah anda perlu sentiasa mengekalkan pengaliran darah. Zakar ialah organ yang amat sensitif. Untuk besar atau panjangkan zakar, ia memerlukan lebih banyak pengaliran darah berlaku. 

Berikut cara besarkan zakar yang begitu mudah dan menjadi:

#1: Tuala air panas

Ini merupakan langkah pertama cara nak besarkan zakar yang anda perlu cuba. Langkahnya adalah dengan merendamkan kain ke dalam air panas.

Selepas itu, balut kain tersebut menutupi keseluruhan bahagian zakar. Cara sebegini dipanggil sebagai warm up untuk menggalakkan pengaliran darah. 

#2: Teknik urutan Jelqing

Kredit: The Stallion Style

Teknik cara urut zakar melalui Jelqing adalah satu gerakan yang dilakukan di bahagian zakar seolah-olah memeras susu. Teknik kuno ini sudah lama dilakukan oleh bangsa Arab. 

Untuk melakukan cara membesarkan zakar ini mudah saja. Anda hanya perlu:

  1. Merangsang bahagian kemaluan dahulu. Pastikan anda mencapai semi-ereksi (antara 1/2 atau 3/4) ereksi saja)
  2. Ambil masa untuk perlahan-lahan warm-up.
  3. Letak minyak pelincir pada kedua-dua tangan
  4. Buat grip tangan kanan dalam bentuk “Okay” dan letakkan ia di hujung zakar (berdekatan perut)
  5. Ketatkan grip tangan dan anda akan merasa darah semakin mengalir
  6. Perlahan-lahan gerakkan grip tangan anda tadi ke bahagian atas kepala zakar. Pastikan anda memberi tekanan yang mencukupi untuk melancarkan pengaliran darah.
  7. Sebelum sampai kepala zakar, berhenti. Ini dikira sebagai satu Jelq. 
  8. Sementara grip tangan kanan masih di zakar, buat grip tangan kiri dan letakkan ia dipangkal zakar sama macam langkah 4.
  9. Lepaskan tangan kanan anda, dan mula teknik urutan jelqing dengan tangan kiri pula.
  10. Ulang langkah 6.

Jika anda atau pasangan mencari lubricant yang selamat untuk digunakan, boleh di sini.

Kredit: The Stallion Style

Nota:

Jangan sesekali mengurut kepala zakar. Ia cara urut zakar yang salah kerana mampu hilang sensitiviti

Jangan urut zakar yang sudah 100% mencapai ereksi kerana ia mampu merosakkan tisu dan urat saraf.

#3. Mengambil makanan ini dengan banyak

Diet dan pemakanan harian setiap lelaki sebenarnya berkaitkan dengan kesihatan diri anda termasuklah bahagian kemaluan.

Tabiat makan kuaci dikatakan mampu meningkatkan pengaliran darah dan sekaligus menjadi salah satu cara membesarkan zakar.

Malah untuk besarkan zakar, anda juga disaran untuk mengambil makanan yang mengandung nutrien seperti:

  • Phosphorous – Nutrien ini mampu meningkatkan keinginan syahwat 
  • Zink – Nutrien ini membolehkan pengeluaran sperma dan ejakulasi yang lebih sihat. 
  • Magnesium – Nutrien ini mampu meningkatkan pengaliran dan peredaran darah. 
  • Selenium – Selenium mampu meningkatkan pengeluaran dan kualiti sperma. 

Jom memperbanyakkan makanan-makanan dengan nutrien ini dalam diet anda untuk besar dan panjang zakar, ya!

#4: Urutan regangan dengan ibu jari

Urutan ini berbeza daripada cara urut zakar teknik jelqing. Namun  ia sangat ideal untuk anda yang memerlukan cara panjangkan zakar dengan selamat. Ikuti beberapa langkah ini:

  1. Ambil masa untuk warm up.
  2. Cuba capai ereksi hanya pada kadar tidak melebihi 30%
  3. Tarik kulit zakar anda perlahan-lahan dan genggam zakar anda (jangan genggam kepala penis)
  4. Tekan ibu jari tangan kiri anda pada pangkal zakar yang berhampiran buah zakar.
  5. Sambil tekan ibu jari, tangan kanan anda harus menarik dan merenggang zakar ke hadapan

#5: Makan herba tradisional seperti tongkat ali dan ginseng

Terdapat beberapa jenis herba yang mampu meningkatkan pengaliran darah ke zakar anda. Sambil melakukan urutan yang kami kongsikan di atas, anda juga boleh cuba amalkan herba tradisional sebagai cara panjangkan zakar.

Antara herba yang terbukti bagus sebagai cara nak besarkan zakar adalah:

  • Tongkat ali (long jack) – mampu meningkatkan hormon testosterone dan membebaskan hormon ini. 
  • Ginseng merah Korea – mampu meningkatkan pengaliran darah dan fungsi seksual (ia mungkin berbahaya jika diambil dengan ubat tertentu)
  • Herba entengo – mampu meningkatkan pengaliran darah di penis khususnya
  • Ginkgo biloba – boleh meningkatkan nafsu seks
  • Beri Hawthorn – mengandungi agen penguat saluran darah iaitu bioflavonoids

Bagi anda yang sudah berkahwin, memiliki zakar panjang dan besar adalah sesuatu yang amat membanggakan. Hal ini kerana dapat memenuhi keperluan batin serta memuaskan nafsu pasangan ketika di ranjang.

Berapa saiz normal zakar?

Lebih daripada 99% lelaki yang mengadu masalah zakar pendek, sebenarnya mempunyai saiz zakar yang normal sahaja.

Untuk lelaki asia, 3.5 inchi hingga 5.5 inchi adalah panjang zakar yang biasa dan normal.

Di Malaysia, purata saiz zakar lelaki ialah 4.5inchi. Manakala negara yang mempunyai purata saiz zakar yang kecil sekali adalah negara Cambodia iaitu 3.95 inch.

Saiz zakar micropenis yang disahkan doktor adalah 3 inchi dan kebawah.

Tapi, jangan tertipu dengan saiz zakar anda sendiri. Sebenarnya, ramai lelaki yang “tersalah” mentafsir saiz zakar mereka.

Sedangkan kadang-kadang, zakar tersebut tidak mengeras atau menegak dengan sehabisnya.

Cara panjangkan zakar

  • Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, pasti anda sudah muak membaca amaran “rokok penyebab kanser, mati pucuk, gangguan kehamilan, dll.”

Justeru cara memanjangkan zakar yang paling utama adalah elakkan dari merokok. Hal ini kerana ia mengandungi toksin yang mampu mengganggu pengaliran oksigen dari darah ke sel tubuh.

Ini secara tidak langsung boleh melemahkan ereksi anda.

Dalam sebuah kajian, lelaki perokok didapati memiliki jumlah sperma sihat yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tak merokok. Sebab itu ada sesetengah lelaki terbukti mandul!

  • Senaman kegel

Senaman kagel juga menjadi salah satu cara panjangkan zakar. Ia merupakan sejenis latihan di mana anda perlu menggosok zakar dengan satu tangan.

Teknik ini dapat membantu meningkatkan saiz dan kepanjangan zakar. Anda harus berhenti menggosok jika terdapat ereksi.

  • Urutan menggunakan pelincir

Cara memanjangkan zakar yang seterusnya adalah urutan. Pelincir yang disyorkan doktor hendaklah disapu pada kulit zakar dan diurut perlahan-lahan.

Tips ini bukan sahaja dapat membantu menganjalkan kulit zakar, sekaligus meningkatkan kepanjangan zakar.

  • Hindari tekanan 

Tekanan dan kebimbangan juga boleh mengurangkan saiz zakar anda. Ini berlaku kerana perasaan negatif menyebabkan darah mengalir dari zakar. Akibatnya, ia menjadi sangat sukar untuk meningkatkan saiz organ.

Satu lagi sebab yang boleh menyumbang kepada saiz zakar kecil mungkin adalah kebimbangan prestasi seksual bersama pasangan.

  • Luangkan masa bermeditasi

Selain boleh membantu dalam meningkatkan kehidupan seks anda, ia juga boleh mampu meningkatkan peredaran darah badan yang membawa kepada perkembangan zakar.

  • Mandi air suam

Cara panjang zakar seterusnya adalah mandi air suam. Ia boleh meningkatkan aliran darah bukan sahaja ke badan anda tetapi juga zakar.

Kehangatan air dalam menambah aliran darah ke dalam organ, membolehkan pertumbuhan zakar.

Kesimpulannya, kesihatan seksual bukan sekadar mengenai saiz dan prestasi di ranjang semata-mata. Adalah sangat penting untuk anda memahami keperluan pasangan serta memberi perhatian kepada keintiman yang penuh perasaan cinta.

Justeru usah malu atau hilang keyakinan sekiranya saiz kemaluan anda kurang memuaskan. Mulai hari ini, berusahalah untuk ke arah tabiat yang lebih sihat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaSeks dengan zakar suami yang kecil juga boleh “the bomb” jika anda buat ini

Baca juga: Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Baca juga: Rakan Suka Bercakap Tentang Seks? Jangan Malu Untuk Menjadi Seorang Sex Positive!