TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rakan Suka Bercakap Tentang Seks? Jangan Malu Untuk Menjadi Seorang Sex Positive!

4 min bacaan
Rakan Suka Bercakap Tentang Seks? Jangan Malu Untuk Menjadi Seorang Sex Positive!

Apabila menyentuh hubungan kelamin, rata-rata malu berkongsi pendapat. Tahukah anda selalu berfikiran positif mampu meningkatkan pemahaman mengenai seks?

Berbicara tentang topik mengenai seks atau hubungan di ranjang masih menjadi taboo (perkara larangan) dalam kalangan masyarakat. Namun, hal yang pasti adalah pendidikan seks amat penting, anda perlu berani dan selalu berfikiran positif dalam mempelajarinya.

Kami mengatakannya penting agar kesukaran dalam menerokai ilmu seks dapat dihapuskan. Ia turut memberikan kesan besar terhadap sesebuah rumah tangga, malahan anak-anak juga perlu diajar dengan cara yang betul supaya tidak terlibat dengan gejala negatif.

Selalu berfikiran positif dalam soal seks

berfikiran terbuka mengenai seks

Berdasarkan maklumat dari International Society for Sexual Movement, sex positive dapat diertikan sebagai sikap positif tentang seks dan berasa selesa dengan identiti seksual seseorang serta perilakunya.

Menjadi seorang yang sex positive bukanlah bermaksud anda perlu segera melakukan hubungan intim. Berikut manfaat yang bakal diperoleh sekiranya anda selalu berfikiran positif sekiranya bersama rakan-rakan:

#1. Dapat rujukan dari pengalaman orang lain

Apabila menyentuh topik seks ketika bersama rakan atau ahli keluarga, jangan melarikan diri daripada mereka dengan berpura-pura ingin ke dapur atau tandas.

Hal ini kerana ia tidak bermaksud anda adalah seorang yang ‘gilakan seks’, usia dewasa adalah paling sesuai mengembangkan pengetahuan melalui pengalaman orang lain. Anda boleh mendengar kisah rakan, buku mahupun filem.

Mengetahui bagaimana individu lain menikmati hidup secara seksual tidak hanya dapat membantu anda mengenali mereka, tetapi juga akan membuatkan fikiran lebih terbuka untuk ‘bercinta’ dengan cara betul.

#2. Lebih berani berkongsi pandangan tentang seks

bersikap terbuka ketika seks

Sebenarnya tidak semua orang berani berkomunikasi bersama orang terdekat atau dalam media sosial mengenai aksi, tips atau ilmu seks yang berkesan.

Jika anda seorang selalu berfikiran positif mengenai hal ini dan sanggup menerima pengetahuan baru dalam hubungan suami isteri, mungkin anda dapat menjadi penasihat yang baik buat orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, tidak hairanlah jika isteri bijak memulakan aksi dalam memuaskan selera suami ketika di ranjang!

#3. Lebih mengambil berat tentang kesihatan seksual

Tahukah bahawa sebelum dan selepas bersama pasangan memerlukan anda menitikberatkan aspek kebersihan diri?

Sebenarnya tidak ramai yang sedar tentang aktiviti persetubuhan berpotensi dalam meningkatkan risiko penyebaran penyakit kelamin. Misalnya Chlamydia dan Gonorrhea akan menyebabkan pengeluaran cecair dari faraj secara tidak normal.

Bukan itu sahaja, memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, ada kajian mengatakan bahawa air mani juga berisiko menyebarkan virus ini.

Justeru sebagai seorang sex positive, anda tidak perlu takut untuk melakukan seks bersama pasangan sekiranya langkah-langkah penjagaan kebersihan sebelum dan selepas bersama diamalkan.

#4. Cenderung belajar pelbagai pengetahuan baharu

berfikiran positif mengenai seks

Ketika pasangan atau rakan anda berceritakan platform rujukan seks mereka, mungkin anda akan tertarik dengan pelbagai informasi yang berbeza. Hal ini tentunya wajar kerana setiap orang pasti memiliki rujukan berbeza termasuklah dalam aspek pendidikan seks.

Perkara paling penting adalah jangan menghakimi mereka sekiranya pendapat yang diberikan kurang sesuai dengan anda. Jika ia berlaku pada pasangan, pastikan anda duduk bersama untuk slow talk agar menemui jalan terbaik dalam hubungan suami isteri.

#5. Peka terhadap isu dalam kain sendiri

Jika sebelum ini anda seorang yang pasif dan gagal mempelajari sesuatu baharu dalam pengetahuan seks, mungkin inilah masa untuk ubah diri sendiri menjadi seorang yang lebih aktif agar yakin apabila bersama pasangan tercinta!

Hal yang paling ditakuti oleh setiap isteri adalah suami mula berasa bosan dan mencari pasangan baharu, sebelum ia berlaku adalah penting untuk anda berbincang mengenai masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.

Tidak hanya aspek kewangan semata-mata, cara layanan isteri juga memainkan peranan besar dalam keharmonian sesebuah hubungan. Jika anda bijak tackle nafsu suami dan memberikan yang terbaik, pasti tidak ada alasan untuk dia mencari isteri baharu!

Kesimpulannya, setiap individu yang bakal mendirikan rumah tangga atau sudah bergelar suami isteri perlu bersikap terbuka dalam berbicara tentang seks supaya ia dapat dilakukan dengan baik.

Stories Rakan Kongsi
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting

Sumber: Popbela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-bersama-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Rakan Suka Bercakap Tentang Seks? Jangan Malu Untuk Menjadi Seorang Sex Positive!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham