9 Sebab Emas Boleh Buat Wanita Tak Nampak Lebih Tua Dari Umur

Tahukah anda jika anda menggunakan emas sebagai cara membuat wajah awet muda dan berseri ini, ia berikan anda pelbagai kelebihan untuk kulit?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini, famous betul kan rawatan emas untuk kulit muka? Tapi percaya atau tidak, rawatan emas untuk kulit muka ini telah digunakan sejak lama dulu!

Ratu Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya itu telah menggunakan emas sebagai cara membuat wajah awet muda dan berseri.

Rawatan menggunakan emas dalam bidang kecantikan kini memang sudah meluas. Pengeluar produk kecantikan berlumba-lumba mengeluarkan produk seperti sabun, serum, pelembab dan skrub dari emas.

Apa kelebihan emas sehingga ia digunakan sebagai cara membuat wajah awet muda dan berseri ini? Jom baca!

9 kelebihan rawatan emas sebagai cara membuat wajah awet muda dan berseri

1. Mengurangkan kedut, garis halus dan tompok pada wajah

Untuk dapat kulit flawless, bebas dari kedut dan tompokan adalah keinginan semua wanita. Emas boleh mengaktifkan sel kulit dan meningkat keanjalan kulit.

Ia juga akan mengurangkan kedutan, garis halus, tanda-tanda pada kulit dan buat anda tambah awet muda.

2. Merangsang sel kulit

Ion yang terdapat dalam emas boleh merangsang sel, saraf dan urat dalam badan dan akan melancarkan perjalanan darah. Ia juga boleh meningkatkan metabolisma sel kulit dan mengeluarkan sisa pada kulit agar kulit anda sihat.

3. Mencegah penuaan kulit

Kulit kering boleh menyebabkan penuaan. Emas mengurangkan kekeringan kulit dan meningkatkan tahap metabolisma.

4. Emas tingkatkan kompleksi kulit

Seperti yang disebutkan di atas, salah satu cara yang Cleopatra lakukan untuk awet muda adalah dengan memakai mask muka emas setiap malam untuk tingkatkan kompleksi kulit.

5. Pengurangan kolagen dilambatkan

Badan anda akan mengeluarkan kolagen secara semula jadi untuk mengekalkan fleksibiliti badan. Ia bertanggungjawab untuk membuat kulit anda halus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, tahap kolagen dalam badan akan mula berkurang pada usia 25 tahun dan pada masa ini, anda akan mula perasan perubahan pada kulit.

Emas sebagai cara membuat wajah awet mudah dan berseri secara tak langsung akan melambatkan pengurangan kolagen dalam sel kulit anda.

6. Kerosakan kulit akibat matahari boleh dirawat

Kita bimbang bila berjemur tengah panas dan kulit menjadi gelap. Melamin dalam kulit yang membuatkan kulit anda menjadi gelap bila terdedah pada panas.

Jadi, dengan emas, ia boleh mengurangkan pengeluaran melamin.

7. Radang dan alahan kulit boleh dirawat

Orang Mesir percaya emas mempunyai bahan yang boleh merawat penyakit. Bahan antioksida di dalam kulit membantu meningkatkan perjalanan darah dan mengurangkan jerawat mahupun alahan kulit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emas juga dikatakan ada bahan anti-bakteria dan anti-radang yang membantu oksigen masuk ke dalam kulit. Ini membantu merawat ulser dan apa-apa gangguan keradangan kulit.

8. Meningkatkan keanjalan kulit

Kulit akan kendur apabila keanjalan kulit berkurang atau hilang. Penggunaan emas boleh mengurangkan pecahan elastin dan mengembalikan keanjalan kulit.

Emas akan meningkatkan keanjalan kulit dan buatkan kulit menjadi tegang dan mengekalkan tona kulit.

9. Kulit berseri

Emas membantu meningkatkan perjalanan darah dan menghidrasikan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Partikel kecil dalam emas akan diserap ke dalam kulit dan akan buat kulit anda lebih berseri, segar dan sihat.

Emas bukan saja berikan anda kulit yang cantik, berseri dan awet muda tapi ia juga memberikan anda banyak kelebihan seperti yang disebut di atas.

Jadi apa tunggu lagi, jom cepat pakai produk yang mengandungi emas ini kalau nak nampak lebih muda!

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Berita Harian, Style Craze

Baca juga:

https://my.theasianparent.comproduk-kosmetik-beracun

Penulis

Nadia Ghafar