Adakah anda salah seorang wanita yang mengambil berat mengenai penjagaan bahagian intim dan selalu memikirkan cara putihkan miss V selepas bersalin? Jika ya, jangan risau. Kami ada penjelasan tentang cara memutihkan bahagian faraj dengan hanya menggunakan bahan semula jadi.
Tapi sebelum itu, anda harus tahu fakta ini. Kulit memang akan menjadi sedikit gelap selepas bersalin — dan ia memang satu mimpi ngeri! Lebih-lebih lagi jika selama sembilan bulan kita mengalami pelbagai perubahan, kan?
Menurut Dr. Katrina Canlas-Estrella, pakar dermalogi di Makati Medical Center, masalah kulit yang semakin gelap dipanggil sebagai melasma.
Mengapa bahagian miss V menjadi gelap selepas bersalin?
Wanita lebih cenderung untuk mengalami melasma atau chloasma ketika mengandung kerana peningkatan hormon yang membuatkan pigmentasi.
Sebab itu, anda akan mengalami tompok-tompok hitam di ketiak, leher, puting, bahagian alat sulit dan lain-lain.
Tapi menurut The American Academy of Dermatology pula, kawasan kulit yang terkena pigmentasi ini akan pulih seperti sediakala selepas beberapa bulan bersalin. Ia berlaku ketika kulit mendapatkan “warna sebenarnya” semula.
Namun, wanita yang berkulit gelap secara semula jadi, seperti kebanyakan wanita di Malaysia, akan mengambil masa lebih lama untuk pulih. Kadang-kadang, mungkin ia takkan kembali ke warna asal!
Ada kajian mengatakan keadaan ini berlaku kerana keturunan, ataupun akibat depresi ketika mengandung. Malah mungkin diet juga memainkan peranan penting!
Mungkin ada wanita yang tidak kisah dan memerlukan tips putihkan miss V ini, tapi percayalah, ramai wanita yang berasa rendah diri dan kurang yakin kerananya!
Menurut Jasmin Bolano, seorang pakar kulit dan kecantikan, kini terdapat pelbagai penyelesaian secara semula jadi untuk masalah kemaluan wanita ini.
Cara putihkan miss V dengan semulajadi dan selamat
Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai cara putihkan bahagian kemaluan perempuan, adalah penting anda ingat beberapa tips ini hanya sapu di sekitar faraj sahaja, bukannya DI DALAM faraj.
Terdapat pelbagai bahan semula jadi (yang ada di rumah) boleh dijadikan ubat untuk melasma. Bahan-bahan ini boleh dipakai setiap hari, 2 kali sehari *selepas mandi.
Biarkannya selama 30 minit sebelum bilas menggunkan air. Antara bahan semula jadi yang anda boleh guna ialah:
#1 Air limau nipis
Limau nipis memang terkenal sebagai salah satu ejen pemutih semula jadi. Cara memutihkan vagina adalah dengan perah limau ini ke dalam yogurt dan jadikannya pekat seperti pes.
Kemudian, sapukan pes ke kawasan vagina. Anda juga boleh mencampur air limau nipis dengan serbuk kunyit. Yogurt mengandungi bakteria bagus yang baik untuk kulit.
Sekiranya tiada limau nipis, anda juga boleh guna buah lemon.
#2 Buah betik
Buah betik terkenal akan kebaikannya yang bagus untuk kulit sebab ia mampu membuang sel-sel kulit mati lantas meremajakan kulit anda.
Apa yang perlu anda buat mudah saja. Ambil 2 sudu betik yang sudah dikisar, masukkan 1 sudu madu dan 1 sudu lendir lidah buaya. Gaul dan sapu ramuan ini pada bahagian kulit yang gelap.
Selain buah betik, anda juga boleh menggunakan buah avokado.
#3 Gel lidah buaya
Gel lidah buaya dikatakan mampu menjadi salah satu cara memutihkan kemaluan wanita yang paling berkesan. Gunakan ia dengan kerap seakan-akan losyen.
Cara menjaga kemaluan perempuan agar sihat dan putih
Selain ketiga-tiga bahan semula jadi yang disebut di atas, masih ada beberapa bahan lain yang anda boleh cuba untuk memutihkan bahagian faraj wanita selepas bersalin.
Antaranya ialah:
- Campur jus tomato atau timun dengan susu. Kemudian basuh di sekitar kulit
- Buat campuran kacang badam dan madu untuk memutihkan kulit
- Potong kentang jadi 2 bahagian dan gosok pada kawasan yang gelap
- Buat pes dari baking soda yang dimasukkan air dan titisan lemon
- Minum banyak air masak.
Menyusu juga telah terbukti mampu membuatkan kulit ibu lebih bersinar. Jadi, teruskan menyusu bayi anda.
Masalah kemaluan gatal menjadi petanda adanya jangkitan kulat pada faraj
Gatal pada kemaluan membuatkan anda rasa sangat tidak selesa memandangkan ia adalah kawasan yang sensitif. Lebih menyeksakan lagi apabila miss v gatal sewaktu berada di tempat ramai orang.
Jika anda mengalami masalah ini, elakkan dari bertahan sahaja di rumah kerana ia boleh jadi petanda masalah serius seperti jangkitan kulat pada faraj. Adalah lebih baik merujuk doktor di klinik berdekatan agar dapat rawatan dengan betul.
Jika tidak, ada beberapa cara bagi mengatasi rasa gatal di kemaluan perempuan ini. Antaranya:
- Lap bahagian intim dari depan ke belakang sehingga benar-benar kering selepas anda membuang air
- Elakkan penggunaan tisu, pantyliner dan pembersih faraj yang mengandungi pewangi
- Tukar seluar dalam secara kerap, adalah lebih baik menggunakan seluar dalam dengan bahan kapas (cotton)
- Jangan menggaru vagina ketika rasa gatal
Cara menghilangkan gatal di miss v dengan air garam
Cara menghilangkan gatal di miss v dengan air garam antara yang paling mudah untuk dicuba.
Berikut ada tiga cara yang boleh anda lakukan untuk hilangkan rasa gatal pada kemaluan dan mendapatkan faraj yg sihat, iaitu:
#1. Menggunakan kain
Cara menghilangkan gatal di miss v dengan air garam yang pertama adalah menggunakan kain yang direndam dengan air garam.
- Sediakan air dalam bekas mengikut jumlah yang sesuai.
- Campurkan dua sudu makan garam untuk 1 cawan air. Jika ingin menggunakan 3 cawan air, anda perlu masukkan 6 sudu garam
- Rendam kain yang bersih ke dalam air berkenaan hingga seluruh permukaannya basah. Kemudian perah dan letak pada bahagian kemaluan perempuan
- Elakkan menggosoknya supaya tidak melecet. Cukup sekadar anda sapu perlahan dan lembut
- Lakukan beberapa kali hingga rasa gatal berkurangan dan bilas menggunakan air bersih
#2. Ais garam
Jika tidak ada kain, anda boleh cuba cara lain bagi merawat kegatalan miss v iaitu membuat ais garam.
Cara-caranya:
- Buat larutan garam dengan campurkan 1 sudu makan garam ke dalam 1 cawan air panas
- Setelah garam larut, sejukkannya dan masukkan ke dalam freezer selama setengah jam agar ia sedikit mengeras
- Selepas itu barulah anda boleh mengoleskan ais garam secara perahan ke bahagian faraj menggunakan tangan.
- Pastikan bahagian kemaluan anda dalam keadaan yang kering. Biarkan seketika sebelum bilas dengan air bilas
#3. Berendam dalam air garam
Cara menghilangkan gatal di miss v dengan air garam adalah dengan berendam. Teknik ini juga dikenali sebagai sitz bath.
- Isi besen atau bath tub dengan saiz bersesuaian tubuh anda dengan air hingga penuh
- Masukkan dua senduk garam dan 1 senduk baking soda untuk 6 hingga 7 gayung air. Biarkan ia larut
- Kemudian duduk dalam air garam sehingga bahagian vagina terendam. Berendamlah selama lebih kurang setengah jam
- Setelah selesai, keringkan bahagian kemaluan anda menggunakan tuala atau hair dryer.
Menurut Japan Journal of Nursing Science, selain mengatasi kegatalan vagina, teknik ini juga berkesan dalam merawat luka akibat iritasi ataupun luka bersalin dengan berkesan.
Perlukah wanita memiliki miss v ketat atau miss v cantik?
Memiliki faraj yang sihat dan bentuk miss v yang sempurna adalah impian setiap wanita. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mendirikan rumah tangga. Segalanya perlu dijaga bagi meningkatkan keyakinan diri sewaktu bersama dengan pasangan.
Memandangkan kini berlaku lambakan pelbagai produk yang mendakwa boleh membuatkan ketat miss v, namun adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Bukan apa, takut ada bahan di dalamnya yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan masalah lain pula!
Bukan itu sahaja, kebanyakan wanita muda hari ini menyatakan bahawa mereka tidak selesa dengan bau semulajadi pada kemaluan yang dikatakan tidak harum. Disebabkan itulah ramai menggunakan sabun miss v tanpa menyedari ia boleh menganggu keseimbangan pH.
Kesimpulannya, penjagaan vagina wanita adalah sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang jenis produk. Anda hanya perlu kerap menukar seluar dalam, menjaga pemakanan seharian, rajin melakukan senaman kegel dan bijak mengawal tekanan.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama
Baca juga: Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau
Baca juga: Benarkah Khasiat Nanas Untuk Wanita Membuatkan Vagina Berbau Harum & Manis?