Cara nak tahu mengandung atau tak sebenarnya boleh mengelirukan bakal ibu. Hal ini kerana simptom kehamilan mungkin lebih kurang sama dengan tanda anda nak datang bulan pada sesetengah ibu.
Cara Nak Tahu Mengandung Atau Tak
15 Tanda Awal Kehamilan
Cara nak tahu mengandung atau tak sebenarnya boleh dilihat melalui beberapa tanda awal kehamilan minggu pertama yang bakal ibu sudah pun alami tanpa sedar. Berikut beberapa tanda awal kehamilan yang boleh anda perhatikan:
1. Haid Lambat
Terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, haid lambat adalah antara salah satu cara nak tahu mengandung atau tak.
Tetapi, bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur, anda mungkin harus melihat tanda lain juga.
2. Payudara Terlalu Sensitif
Salah satu tanda tanda mengandung minggu pertama ialah apabila anda merasa payudara terutamanya di sekitar puting menjadi lebih sensitif.
Adakala hingga hendak memakai baju dalam juga harus berhati-hati kerana ia terlalu sakit. Bukan sahaja itu, payudara juga seakan lebih besar kerana bengkak dan tegang.
Itu merupakan cara mengetahui kehamilan 1 minggu yang jarang salah!
3. Mual Atau Morning Sickness
Ini antara satu daripada tanda tanda awal kehamilan yang berlaku pada kebanyakan ibu.
Mual-mual atau ‘morning sickness’ sebenarnya bukanlah berlaku di waktu pagi sahaja, malah ia boleh berlaku sepanjang hari. Ia selalunya berlarutan sepanjang trimester pertama dan ia sangat memenatkan!
Para suami, bantu isteri anda. Sekiranya mereka kerap muntah, mereka mungkin berisiko kurang air. Pastikan anda mengingatkan isteri untuk kekal hidrat dan makan 14 bahan ini.
4. Lesu Dan Cepat Penat
Salah satu tanda tanda awal kehamilan adalah dengan melihat kadar kecergasan badan anda. Jika anda tiba-tiba asyik cepat letih sekarang, banyakkan rehat dan bed rest.
Perubahan hormon dan fizikal ketika hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memang sangat memenatkan. Ini kerana badan bekerja untuk menyesuaikan diri.
Untuk para suami, janganlah mengata isteri anda malas sekiranya dia sering berehat atau tertidur. Dia sendiri tidak dapat melawan rasa lesu yang dialaminya. Badannya bakal melalui perubahan yang besar, berikannya sokongan.
5. Pendarahan Atau Spotting
Cara nak tahu mengandung atau tak yang lain adalah pendarahan sedikit. Ada wanita yang akan tiba-tiba mengalami pendarahan sedikit atau ‘spotting’. Spotting menunjukkan terjadinya ‘implantation bleeding‘ atau pendarahan implantasi.
Pendarahan ini adalah kesan daripada proses penanaman telur di dalam rahim. Pendarahan ringan ini kadang kala disertai dengan rasa kejang di bahagian perut.
6. Perut Berangin Dan Tidak Selesa
Tanda tanda mengandung yang lain adalah perut berangin dan tidak selesa. Bakal ibu mungkin akan kerap rasa kembung atau tidak sedap perut. Dan ini memang normal di minggu pertama. Perut tidak selesa pada ibu hamil juga boleh membawa kepada masalah sembelit.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini, makanan makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti sayuran hijau dan kurangkan makanan yang pedas.
7. Sakit Kepala
Pening atau sakit kepala semasa hamil boleh menjadi tanda awal kehamilan. Menurut kajian 2017 dalam Journal of Headache and Pain , kira-kira 26 peratus ibu mengandung mengalami gejala sakit kepala tegang.
Manakala sakit kepala migrain mungkin akan kerap dialami oleh wanita hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Tetapi, menurut Persatuan Kehamilan Amerika (APA), sesetengah wanita yang mempunyai sejarah migrain akan mengalami lebih sedikit serangan migrain ketika hamil.
Antara gejala sakit kepala semasa hamil adalah:
- Sakit di kepala yang berterusan
- Sakit kepala berdenyut-denyut
- Rasa sakit pada satu atau kedua-dua bahagian kepala
- Sakit tajam di belakang mata
8. Pendarahan Implantasi
Pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan darah yang berlaku 6-12 hari selepas persenyawaan. Ini terjadi apabila embrio menempel pada dinding rahim. Pendarahan ini biasanya lebih ringan dan lebih singkat daripada haid biasa.
9. Kerap Buang Air Kecil
Kerap buang air kecil berlaku kerana perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke buah pinggang, yang menyebabkan pundi kencing diisi lebih cepat. Ini sering berlaku pada awal dan akhir kehamilan.
10. Perubahan Mood
Perubahan mood boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon. Wanita hamil mungkin mengalami perubahan mood yang tiba-tiba, termasuk rasa sedih, cemas, atau gembira yang berlebihan.
11. Sembelit
Sembelit adalah masalah biasa semasa awal kehamilan. Perubahan hormon boleh menyebabkan sistem pencernaan menjadi lebih lambat, mengakibatkan sembelit.
12. Sakit Belakang
Sakit belakang, terutamanya di bahagian bawah, boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan berat badan. Ini adalah tanda yang lebih biasa pada akhir kehamilan, tetapi boleh juga berlaku pada peringkat awal.
13. Perubahan Rasa atau Keinginan Makanan
Perubahan rasa atau keinginan makanan adalah tanda kehamilan yang biasa. Anda mungkin mendapati diri anda menginginkan makanan tertentu atau berasa loya terhadap makanan yang biasa disukai.
14. Peningkatan Suhu Badan
Peningkatan suhu badan basal adalah tanda awal kehamilan. Suhu badan basal yang sedikit meningkat dan kekal tinggi adalah salah satu tanda bahawa anda mungkin hamil.
15. Peningkatan Air Liur
Sesetengah wanita hamil mengalami peningkatan pengeluaran air liur pada awal kehamilan, yang dikenali sebagai ptyalism. Ini boleh disebabkan oleh perubahan hormon dan biasanya hilang pada akhir trimester pertama.
16. Sensitif Terhadap Bau
Sensitif terhadap bau adalah tanda awal kehamilan yang biasa. Bau yang sebelum ini tidak mengganggu anda mungkin menjadi terlalu kuat dan tidak menyenangkan. Kepekaan ini boleh menyebabkan rasa mual dan tidak selesa.
17. Perubahan Pada Kulit
Perubahan kulit ketika hamil seperti jerawat atau kulit yang lebih cerah/gelap boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon. Hormon kehamilan boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak, yang boleh menyebabkan jerawat.
Melasma atau “topeng kehamilan” juga boleh berlaku, menyebabkan tompok gelap pada kulit.
Berapa Awal Tanda Kehamilan Mula Muncul?
Pada kebanyakan wanita, tanda awal kehamilan mungkin mula muncul seawal satu hingga dua minggu selepas persenyawaan.
Garis masa tanda awal kehamilan: Kehamilan secara rasmi bermula dua minggu selepas haid terakhir anda. Implantasi mungkin berlaku pada minggu ke-1 hingga ke-2 dan menyebabkan bercak darah ringan, keputihan, dan kekejangan.
Berapa Cepat Anda Mengetahui Jika Diri Hamil?
Sesetengah pembekal ujian kehamilan mungkin mendakwa ujian mereka boleh menunjukkan keputusan sebelum anda terlepas haid, tetapi ia tidak selalu yang paling tepat.
Cara nak tahu mengandung atau tak biasanya mengambil masa sekitar 3-4 minggu dari hari pertama haid terakhir anda untuk hCG cukup dalam badan dan muncul garisan dua di alat ujian kehamilan.
Kesimpulannya, jika anda mengalami salah satu atau lebih dari tanda awal kehamilan ini, jangan teragak-agak untuk menggunakan pregnancy test.
Kami cadangkan anda untuk melakukan ujian kehamilan ini pada waktu pagi. Ikuti artikel tentang cara menggunakan pregnant test ini sebagai panduan anda.
Semoga perkongsian kami tentang cara nak tahu mengandung atau tak ini bermanfaat. Jangan lupa untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan doktor juga ya!
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ciri-Ciri Hamil 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Wanita, #3 Paling Mengelirukan!
Baca juga: Surah Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diamalkan Selalu, Bayi Lahir Mudah & Tidak Meragam
Baca juga: Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Bantu Tambah Darah & Jaga Sistem Saraf Bayi