Bila anak tantrum, kadang-kadang ibu bapa cepat saja gelabah. Takut jadi lebih rumit terutamanya apabila di luar. Risau pula pandangan orang. Sebenarnya ada tips daripada pakar cara menghadapi anak tantrum ini.
Yang penting kita sebagai ibu bapa ini perlu bertenang dulu. Yang penting, katanya kalau anak mengamuk, jangan pujuk dulu!
Anak tantrum jangan terus pujuk, cuba cara menghadapi anak tantrum dengan buat kiraan ini!
Menurut pengasas Parenting Positive Circle, Mohd Fhais Salim, siapa saja yang tidak serabut kalau anak mengamuk tengah-tengah ramai orang atau di tempat umum ketika anda di luar.
Tapi adalah satu kesilapan jika bila dia mengamuk kita terus pujuk. Ini kerana makin lama kita memujuk mereka itu akan makin parah.
Buat kiraan ke belakang dari 10-1
Sebaliknya, jika anak mengamuk jangan terus pujuk, tetapi kira dulu ke belakang 10 hingga 1.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1
Katanya kira kuat-kuat pun tidak mengapa. Apabila sudah habis kira, boleh slow talk dengan anak.
Kenapa perlu buat kiraan ke belakang?
Kiraan ke belakang ini dapat menurunkan kadar stres dalam badan dan membuatkan kita rasa tenang. Bukan pada anak saja tetapi juga pada ibu bapa yang sedang stres berhadapan dengan ragam anak.
Selain itu, ia juga bertujuan memberi mesej pada anak bahawa, ini cara urus emosi.
Ketika mula-mula praktik cara ini, memang sukar untuk anak terima maklumlah emosi masih liar dan marah masih membara lagi. Tetapi jika konsisten dan istiqamah, dan praktikkan setiap kali anak mengamuk, lama kelamaan anak akan dapat hikmahnya.
Dia akan faham dan rasa sendiri bila dia buat begitu dia akan lebih mudah tenang.
Jangan terkejut, nanti anak sendiri yang akan pandai kira 10 hingga 1 untuk tenangkan diri mereka.
Emosi bentuk tingkah laku
Sebenarnya, emosi membentuk tingkah laku seseorang manusia. Jika baik emosinya, maka dengan sendiri tingkah lakunya pun akan baik-baik sahaja. Jadi disebabkn itulah penting untuk mengajar anak supaya dia pandai mengawal emosi.
Belajar perkara yang boleh cetus tantrum atau amukan anak
Lebih mudah untuk mencegah tantrum daripada berhadapan dengannya. Ia sangat membantu jika anda tahu apa yang mencetuskan tantrum anak anda.
- Mula dari awal: Melatih kawalan emosi harus bermula sejak bayi. Jangan cuba menjangka keperluan bayi anda. Membiarkannya dalam seminit dua apabila dia mula menangis sambil anda menyiapkan susunya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Bercakap dengannya untuk menenangkannya.
- Elak kebosanan: Rasa bosan boleh membuatkan anak anda membuat perangai. Beri anak anda sesuatu untuk dilakukan jika dia perlu menunggu lama, contohnya, semasa temu janji di klinik. Bawa mainan kegemarannya atau buku mewarna untuk melekakannya. Anak anda mungkin lebih suka gajet, tetapi jangan biarkannya menggunakan gajet terlalu kerap.
- Berikan masa berehat: Rasa penat boleh mencetuskan tantrum. Berikan anak anda masa tidur atau rehat petang jika penat. Jangan membawanya keluar jika dia beritahu yang dia penat. Anda boleh tetapkan waktu lain untuk keluar jika tiada orang yang boleh menjaganya. Bawa kereta sorong bayi jika perlu.
- Jangan biarkan lapar: Ketahui bila kemungkinan anak anda akan mula buat perangai kerana lapar. Tangani rasa lapar dengan memberikannya snek sihat seperti potongan buah atau sayuran antara waktu makan. Sentiasa bawa snek tersebut apabila keluar.
- Sembunyikan objek larangan: Objek larangan mungkin snek kegemarannya atau objek berbahaya seperti pisau. Dia mungkin mahu mendapatkan objek-objek ini walaupun tidak dibenarkan, lalu menyebabkannya mengamuk. Sembunyikan objek-objek ini dan letakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai.
- Alih perhatian: Mengalih perhatiannya boleh menjadi satu cara untuk mengelakkan kebosanan dan kekecewaan. Mulakan aktiviti baru bagi mengalih perhatiannya daripada perkara yang dilarang. Semasa membeli-belah, anda boleh memintanya untuk mencari barang tertentu yang anda perlukan untuk mengelakkannya daripada berasa bosan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak mengamuk? Ini mungkin sebabnya
Baca juga: Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!
Baca juga: Kendali Mengamuk Anak Dengan Cara Drew Barrymore Yang Bijak Ini!