Buang Angin Dalam Badan Ketika Mengandung, Ibu Cuba 12 Tips Ini Terbukti Berkesan

Buang angin dalam badan boleh memberikan kelegaan kepada ibu mengandung daripada ketidakselesaan perut serta sakit kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Angin dalam badan akan membuatkan anda rasa serba tidak kena terutama pada bahagian perut dan beberapa bahagian badan yang lain. Jadi bagaimana cara buang angin dalam badan semasa kehamilan ini?

Perut masuk angin rasa seolah-olah gastrik seperti sakit yang mencucuk, kerap sendawa dan sakit perut adalah keadaan biasa terjadi pada kebanyakan ibu mengandung.

Bagaimana Cara Buang Angin Dalam Badan?

  1. Minum Air Suam
  2. Pengambilan Halia
  3. Pengambilan Bawang Putih
  4. Bersenam
  5. Amalkan vitamin C
  6. Minum Teh Daun Pudina
  7. Memakan Biji Adas (Biji Karom)
  8. Susu dan Halia
  9. Air Rebusan Halia Dan Halba
  10. Urutan Buang Angin Dalam Badan

Angin dalam badan ini turut menyebabkan rasa sakit terutama di bahagian perut dan abdomen. Serba tak kena dibuatnya, nak duduk tak selesa, baring juga tak selesa. Malah nak buat apa pun rasa tak selesa. 

Buang angin dalam badan atau juga dikenali sebagai flatus, adalah pelepasan gas yang terbentuk dalam saluran pencernaan.

Gas ini terdiri daripada nitrogen, oksigen, karbon dioksida, hidrogen, dan sejumlah kecil gas seperti metana dan sulfur. Gas-gas ini dihasilkan semasa pencernaan makanan oleh bakteria di dalam usus. Gas yang mengalir biasanya berlaku apabila gas ini keluar melalui dubur.

Berikut beberapa cara buang angin dalam badan ketika hamil yang boleh anda cuba:

1. Minum Air Suam

Pakar Gastroenterologi, Dr Jamile Wakim-Fleming mencadangkan cara buang angin dalam badan dengan pengambilan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah ini ini akan membantu mengurangkan angin dalam badan anda melalui dua cara:

  • Pertama – Air suam membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Semakin cepat makanan bergerak ke usus, semakin sedikit kemungkinan jumlah gas meningkat.
  • Kedua – Air suam membantu menenangkan usus. Untuk memindahkan makanan melalui usus, jika tanpa kehadiran air suam, usus perlu sentiasa mengembang dan kontrak. Proses ini dipanggil peristalsis. Air suam membuatkan usus kurang kontrak, menyebabkan penghasilan gas yang kurang.

2. Pengambilan Halia

Cara hilangkan angin dalam badan pada ibu mengandung yang seterusnya adalah pengambilan halia. 

Kini ramai yang menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia dan madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia.

Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk sesi pembuangan angin dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pengambilan Bawang Putih

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi cara hilangkan angin dalam badan serta masalah kembung perut.

Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.

Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami angin dan kembung perut, melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokkannya untuk memudahkan lagi proses pengeluaran angin dalam badan.

4. Bersenam

Cara hilangkan angin dalam badan pada ibu hamil yang paling mudah dilakukan adalah kekal aktiviti serta melakukan senaman.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadang-kadang orang yang mendapat angin dalam badan berpunca dari kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru cara mengatasi masuk angin pada ibu hamil adalah dengan melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan.

Ini menjadi cara buang angin dalam perut tanpa memakan sebarang bajet!

Terdapat satu senaman yoga yang turut boleh menghilangkan angin dalam badan anda. Mulakan dengan baring terlentang dan kemudian tarik lutut kiri ke arah dada.

Kekalkan posisi dengan kedua-dua tangan, tarik lutut untuk lebih mendekati dada. Selepas itu, ulang dengan kaki yang lain.

5. Amalkan vitamin C

Cara hilangkan angin dalam badan pada ibu hamil yang lain adalah dengan mendapatkan bekalan vitamin C secukupnya. 

Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana ia boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan semakin bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.

Ia juga penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan badan. Ibu hamil amat digalakkan untuk mengambil vitamin C sebagai suplemen tambahan kerana mengurangkan risiko preklampsia serta membantu penyerapan zat besi.

6. Minum Teh Daun Pudina

Teh ini dipercayai mempunyai sifat antispasmodik yang boleh membantu mengurangkan kekejangan dan melegakan gas dalam saluran penghadaman. Anda boleh merebus daun pudina segar dalam air panas dan minum teh dengan kerap untuk melegakan perut kembung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Memakan Biji Adas (Biji Karom)

Biji adas menjadi salah satu petua buang angin dalam badan cara tradisional.  Caranya adalah dengan mengunyah beberapa biji adas selepas dimakan atau dibancuh dalam air panas dan minum air masak.

8. Susu dan Halia

Buang angin dalam badan cara tradisional ini sangat popular, mujarab dan mudah untuk disediakan. Caranya adalah hiris nipis halia yang telah dibersihkan, renehkan susu segar kotak dan halia di atas api kecil, sehingga mendidih. Sedia diminum!

9. Air Rebusan Halia Dan Halba

Cara buang angin dalam perut adalah dengan ketuk halia, campur halba sesudu, air 2 cawan dan lemon dalam periuk. Rebus sampai mendidih. Minum ketika suam sebelum sarapan pagi dan perahkan sedikit lemon dan madu.

10. Urutan Buang Angin Dalam Badan

Urutan perut ini dipercayai dapat merangsang pergerakan gas dalam saluran penghadaman dan membantu mereka keluar dari badan

Walau bagaimanapun, sebelum ibu mengandung mencuba petua buang angin dalam badan cara tradisional ini pastikan terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Cara Buang Angin Dalam Perut?

  1. Kedudukan badan
  2. Bernafas Panjang
  3. Pergerakan badan

Berikut beberapa cara buang angin dalam perut yang boleh anda cuba di rumah:

1. Kedudukan badan

Cuba ubah posisi badan anda. Berdiri tegak atau berjalan-jalan boleh membantu merangsang pergerakan gas dalam saluran penghadaman. Anda juga boleh cuba berbaring di atas kaki anda, kemudian bengkokkan lutut anda ke arah dada anda. Pergerakan ini boleh membantu menolak gas keluar dari perut.

2. Bernafas Panjang

Pernafasan yang dalam dan perlahan menjadi salah satu cara buang angin dalam perut. Cuba tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda, tahan seketika, dan kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut anda. Lakukan ini beberapa kali untuk membantu mengurangkan gas

3. Pergerakan badan

Melakukan pergerakan badan tertentu, seperti mengangkat lutut ke dada atau membongkok ke hadapan, boleh membantu mengurangkan perut kembung. Pergerakan ini membantu memudahkan pergerakan gas dalam saluran penghadaman.

Urutan Buang Angin Dalam Badan

Semasa mengandung, wanita hamil mungkin kerap mengalami perut berangin akibat perubahan hormon dan peningkatan tekanan pada organ dalaman.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dalam memilih cara hilangkan angin dalam badan yang selamat. Berikut adalah beberapa cadangan mengenai urutan buang angin atau cara urutan buang angin dalam badan:

Urut Perut dengan Pergerakan Lembut

Anda boleh melakukan urutan perut dengan pergerakan lembut menggunakan hujung jari atau tapak tangan. Urut buang angin dalam badan ini perlu dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Cara urutan buang angin dalam badan adalah dari kawasan sekitar pusat dan perlahan-lahan buat gerakan bulat mengikut arah jam. 

Urutan buang angin dalam badan di bawah belakang

Urut bahagian bawah belakang anda dengan gerakan bulat yang lembut. Cara urutan buang angin dalam badan ini boleh membantu melegakan tekanan pada organ dalaman dan merangsang pergerakan gas dalam saluran penghadaman.

Urut Titik Akupresur

Beberapa titik akupresur pada badan dikatakan membantu mengurangkan angin dan kembung perut. Cara urutan buang angin dalam badan yang anda boleh cuba ialah titik antara rusuk bawah, kira-kira dua lebar jari di bawah rusuk luar di sebelah kiri perut. Anda boleh menggunakan hujung jari anda dengan tekanan lembut dan putar selama beberapa minit.

Kami ada senaraikan minyak urut yang terbaik untuk ibu hamil di sini.

Bolehkah Urut Tapak Kaki Buang Angin Semasa Hamil

Urut tapak kaki buang angin adalah teknik yang biasa digunakan untuk melegakan beberapa masalah kesihatan, termasuklah perut kembung.

Urut tapak kaki buang angin semasa hamil pada titik tertentu dipercayai dapat melancarkan peredaran darah dan meredakan ketegangan dalam badan. 

Berikut adalah beberapa titik urut pada tapak kaki yang biasanya digunakan untuk mengurangkan angin dalam badan:

  • Titik jari kaki: Tekan titik di antara ibu jari kaki dan telunjuk menggunakan ibu jari atau jari lain. Urut lembut dan tekanan pada ketika ini boleh membantu melegakan perut kembung.
  • Titik tengah tapak kaki:  Cari titik di tengah tapak kaki, kira-kira dua hingga tiga jari di bawah buku jari kaki tengah. Gunakan ibu jari anda atau jari lain untuk mengurut titik ini dengan lembut.
  • Urutan Tapak Keseluruhan: Selain fokus pada titik tertentu, mengurut seluruh tapak kaki menggunakan gerakan membulat dan tekanan lembut juga boleh membantu melegakan perut kembung.

Buang Angin Dalam Badan Cara Islam

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, untuk hilangkan bisa, lenguh sendi dan gangguan makhluk halus adalah dengan cara mandian.

Berikut langkah untuk buang angin dalam badan cara Islam yang perlu diikuti:

  • Beli 1 pek ais, masukkan ke dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi tersebut
  • Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi
  • Sebelum mandi anda baca: Al-Fatihah 3 kali, Al-Ikhlas 3 kali dan selawat 3 kali
  1. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.
  2. Ketika bilasan terakhir, mandi dulu dengan air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
  3. Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan islam berhampiran.

Ubat Buang Angin Dalam Badan

Menurut doctoroncall, semasa kehamilan anda dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor berkaitan penggunaan ubat-ubatan semasa hamil.

Produk seperti Gaviscon yang selamat untuk ibu hamil mengandungi antacid, bukan sistemik yang biasanya dianggap selamat sepanjang kehamilan. Namun. tidak ada kajian perubatan yang membuktikan keberkesannya sebagai ubat buang angin dalam badan.

Cara Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan

Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa cara mengatasi masuk angin pada ibu hamil ini:

  • Untuk mengatasi perut masuk angin pada ibu hamil anda dinasihatkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap bagi mencegah pembentukan gas dalam perut dan usus.
  • Elakkan makanan penyebab angin. Makanan tertentu, seperti kekacang, brokoli, kubis, bawang dan minuman berkarbonat,  boleh menyebabkan gas.
  •  Terdapat beberapa ubat buang angin dalam badan di farmasi yang boleh membantu mengurangkan gas, seperti simethicone, ubat anti-gas yang selamat untuk digunakan semasa kehamilan.
  • Tekanan dan kebimbangan boleh menyumbang kepada pembentukan gas. Cara mengatasi masuk angin pada ibu hamil adalah dengan mengamalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi, atau yoga pranatal kerana ia boleh mengurangkan tekanan dan gas.

Kami juga ada senaraikan minyak urut untuk ibu hamil di sini.

Punca Perut Masuk Angin Ketika Hamil

Ada beberapa sebab kenapa anda kerap berdepan masalah perut masuk angin sepanjang kehamilan.

Ia sebenarnya berpunca daripada pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru ia menyebabkan kesakitan.

Ia mungkin berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian.

Kalau ibu mencari minyak urut yang selamat digunakan ketika hamil, kami ada senarai minyak terbaik di sini. Cubalah!

Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari.

Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung.

Oleh sebab itu, pentingnya untuk setiap ibu tahu cara buang angin dalam badan ketika hamil yang selamat.

Beberapa faktor boleh menyebabkan perut masuk angin semasa kehamilan, antaranya:

  • Perubahan hormon: Semasa mengandung, badan menghasilkan lebih banyak progesteron, hormon yang melegakan otot dalam badan, termasuk otot yang mengawal pencernaan. Ini boleh melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan gas terkumpul.
  • Tekanan pada sistem penghadaman: Apabila rahim mengembang untuk menampung janin yang sedang membesar, ia memberi tekanan pada usus dan perut. Ini juga boleh melambatkan penghadaman dan membawa kepada gas.
  • Diet: Makanan tertentu, seperti kekacang, brokoli, dan kubis, diketahui boleh menyebabkan perut masuk angin Wanita hamil mungkin lebih sensitif terhadap makanan ini dan harus mengelakkannya jika mereka mengalami ketidakselesaan.
  • Menelan udara: Wanita hamil mungkin menelan lebih banyak udara daripada biasa disebabkan oleh perubahan dalam tabiat pemakanan mereka atau peningkatan kebimbangan atau tekanan.

Dalam kebanyakan kes, gas semasa kehamilan adalah gejala biasa dan sementara.

Walau bagaimanapun, jika ia disertai dengan gejala lain seperti sakit perut yang teruk atau kekejangan, demam, atau cirit-birit, ia mungkin merupakan tanda keadaan yang lebih serius dan harus diperiksa oleh doktor dengan segera.

Berikut beberapa cara bagi mengatasi perut masuk angin:

1. Pengambilan Makanan Berserat

Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.

2. Minum Air Kosong Berbanding Jus

Bagi mengatasi masuk angin pada ibu hamil, elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus.

Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus, ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.

Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong. Pastikan minum mengikut saranan pakar.

3. Sentiasa Aktif Biarpun Sedang Sarat Mengandung

Anda tidak perlu ke gym jika hendak mengatasi masuk angin pada ibu hamil.

Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.

Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam.

Apa Hal Yang Menyebabkan Sakit Perut Saat Hamil 5 Bulan?

Mengalami sakit perut saat hamil 5 bulan adalah perkara yang biasa terjadi pada kebanyakan ibu. Beberapa hal yang menyebabkan sakit perut saat hamil 5 bulan adalah seperti:

1. Hubungan Seksual Dengan Pasangan

Sakit perut saat hamil 5 bulan boleh terjadi disebabkan oleh hubungan seks. Rasanya seperti kekejangan atau kontraksi.

Kadang-kadang, sensasi juga disertai dengan sakit belakang bawah. Ini adalah perkara biasa dan tidak berbahaya.

Puncanya adalah kerana semasa orgasme, aliran darah ke arah pelvis meningkat sekaligus menyebabkan pengecutan rahim.

Jika anda masih tidak pasti sama ada aktiviti seks semasa mengandung berbahaya atau tidak, dapatkan nasihat doktor anda.

1. Hubungan Seksual Dengan Pasangan

Ketika mengandung, aliran darah ke rahim menjadi lebih lancar. Akibatnya, ia menimbulkan rasa tekanan di kawasan perut.

Apabila berada di trimester kehamilan akhir, ibu biasanya boleh merasakan tekanan sehingga ke faraj anda. Secara amnya, sensasi ini hanya berlaku seketika dan tidak perlu dibimbangkan.

3. Perut kembung

Ibu hamil masuk angin bukan sahaja berlaku pada trimester pertama, malah ia boleh berlaku pada mana-mana trimester termasuklah sakit perut saat hamil 5 bulan.

Kembung perut dan ibu hamil masuk angin adalah aduan yang paling kerap dialami oleh ibu hamil.

Puncanya ialah peningkatan hormon progesteron. Ini adalah hormon yang melegakan otot dalam saluran penghadaman.

Akibatnya, sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan. Apabila penghadaman berfungsi dengan lebih perlahan, sembelit atau sembelit berkemungkinan besar berlaku. Kedua-dua kembung dan sembelit boleh menyebabkan sensasi kekejangan di perut.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Angin Pasang dan Pusat Terkeluar Masa Mengandung, Adakah Anda Perlu Risau?

Baca juga:  Banyak Angin Dalam Badan, Bolehkah Saya Minum Eno Masa Mengandung?

Baca juga:  Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan