Kulit Gatal Sebab Kurap? Guna 4 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Pulihkan Kurap

Kebersihan diri yang tidak terurus serta persekitaran kotor antara punca utama kurap. Jika dibiarkan, akan rasa gatal dan lama-lama merosakkan kulit. Kami senaraikan beberapa tips menggunakan bahan semula jadi sebagai cara hilangkan kurap.

Salah satu penyakit kulit iaitu kurap sering menimbulkan rasa gatal yang mengganggu urusan dan aktiviti seharian. Disebabkan itu, anda tahu tak cara hilangkan kurap dengan menggunakan bahan semula jadi ini? 

Penyakit kurap atau ringworm berlaku disebabkan infeksi bakteria yang berkembang dalam lapisan kulit. Kurap ini biasanya berbentuk seperti ruam merah yang bulat seperti cincin dan ia tersebar melalui haiwan atau sentuhan kulit manusia yang dijangkiti. 

Punca-punca kurap 

Kredit: webmd.com

  • Kurap boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit dari orang yang sudah dijangkiti. 
  • Anda boleh dijangkiti kurap sekiranya tersentuh haiwan yang sudah menderita kurap. Contoh haiwan seperti kucing, lembu atau anjing. 
  • Kurap juga boleh tersebar melalui benda atau permukaan yang telah disentuh oleh individu atau haiwan yang telah dijangkiti seperti pakaian, sikat, tuala dan lain-lain.
  • Kerap pegang tanah yang kotor juga berisiko untuk dijangkiti kurap. 

Baca juga: Corak Gigitan Berbentuk Garis Lurus, ‘ZigZag’: Mungkin ada ‘Penghuni’ Lain Dalam Bilik Anda!

4 cara hilangkan kurap dengan bahan semula jadi 

1 – Bawang putih 

Kredit: Unsplash

Walaupun tiada penelitian tentang kesan bawang putih bagi mengubati kurap, namun bawang putih terbukti berkesan bagi mengatasi kuman seperti Candida, Torulopis, Trichophyton dan Cryptococcus. 

Caranya, anda hancurkan bawang putih dengan minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian sapu di bahagian kulit yang dijangkiti dan biarkan ia selama dua jam. Selepas itu, bilas dan ulangi dua kali sehari sehingga sembuh. 

Namun, jika terdapat kesan seperti bengkak, kemerahan dan sebagainya, sebaiknya anda tidak menggunakannya lagi. 

2 – Cuka epal 

Cuka epal mempunyai sifat antibakteria. Caranya rendamkan kapas putih dalam cuka kemudian sapu pada kulit. Ulangi tiga kali sehari hingga sembuh. 

3 – Daun lidah buaya

Kredit: Unsplash

Kalau anda nak tahu, lidah buaya mengandungi enam jenis agen antiseptik dan memiliki sifat antikuman, antibakteria dan antivirus yang sangat bagus untuk mengubati kulit bermasalah.

Caranya, sapu gel lidah buaya di bahagian kulit yang dijangkiti sebanyak tiga ke empat kali sehari. Gel ini sejuk maka ia dapat menenagkan kulit yang gatal dan bengkak. 

4 – Minyak kelapa 

Kredit: Unsplash

Minyak kelapa boleh membunuh sel kuman pada kulit manusia. Beberapa penelitian menunjukkan minyak kelapa dapat mengubati masalah kulit yang ringan dan sederhana. 

Anda boleh sapu minyak kelapa pada kurap sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Diharap perkongsian ini melegakan hati anda yang mungkin sedang mengalami masalah ini. Semoga bermanfaat. 

Amaran: Jika terdapat gejala tertentu kesan menggunakan bahan semula jadi ini, sebaiknya anda terus berkonsultasi dengan doktor bagi mengelak keadaan yang lebih parah. 

Selain kulit gatal punca kurap untuk dewasa, bayi dan kanak-kanak juga mungkin mengalami masalah kurap. Kenalilah 15 common children’s skin conditions supaya anda tahu jika patut membawa anak mengunjungi doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada