12 Perkara Wanita Perlu Ada Sebelum Umur 30 Tahun Untuk menjadi Hebat & Berani

Adakah anda mencari-cari cara menjadi wanita berkelas? Ini yang perlu anda ada sebelum usia menginjak 30 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usia 20-an mungkin dikaitkan zaman honeymoon paling indah. Namun sebelum menginjak usia 30 tahun wanita sepatutnya sudah serius memikirkan hala tuju hidup tidak kiralah jika anda masih bujang atau pun sudah berkahwin. Jadi bagaimana cara menjadi wanita berkelas?

Cara Menjadi Wanita Berkelas, 12 Perkara Perlu Ada Sebelum Usia 30 Tahun

 Menjadi wanita berkelas itu akan menjadikan anda lebih hebat dan berani meniti hari-hari ini. Ini 12 perkara perlu ada sebelum anda menginjak usia 30 tahun.

1.Akaun Simpanan Atas Nama Sendiri, Cara Menjadi Wanita Berkelas

Pastikan anda mempunyai akaun simpanan atas nama sendiri. Penting tau. Ia memberi perlindungan kepada anda, mendapatkan kewangan yang stabil selain menggalakkan simpanan.

2.Lesen & Boleh Memandu

Anda wajib tahu memandu. Kaki bagai terikat jika kita tidak tahu memandu. Sekurang-kurangnya pastikan anda boleh memandu kereta automatik.

3.Set Pakaian Elegan Yang Menaikkan Karisma

Walaupun ramai yang suka simple, sekurang-kurangnya simpanlah pakaian yang mampu menaikkan karisma anda. Tak salah sekali -sekala bergaya.

4.Keberanian Lakukan Perkara Sendirian

Anda tidak kisah window shopping sendirian, makan atau tengok wayang sendiri.

5.Perancangan Hidup

Penting untuk anda tahu hala tuju hidup. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Menjadi Wanita Berkelas, Pastikan Anda Ada Ini Sebelum Usia 30 Tahun

6.Jangan Tangguh Impian

Jika mahu melancong, melanconglah. Tapi pastikan bila anda balik ada simpanan untuk anda. 

7.Mula Cari Hobi Bermanfaat

Tiada guna duduk melepak dan menonton TV saja di rumah waktu hujung minggu. Belajar kemahiran baru. Jika tidak tahu berenang boleh belajar berenang atau belajar bahasa baru. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Bebas Dari Rakan Toksik

Pastikan anda sudah bebas daripada rakan toksik ketika di usia ini. Jangan sakitkan kepala dengan perkara tidak berfaedah.

Ada Rumah Sendiri, Cara Menjadi Wanita Berkelas Sebelum 30 Tahun

9.Mula Cari Hartanah

Ketika ini anda sudah sepatutnya sudah mencari hartanah atau sudah ada rumah atas nama sendiri. Pastikan anda mencari hartanah sendiri.

10.Bijak Uruskan Ruang Peribadi

Jangan mengharapkan orang menguruskan hal anda. Jika sudah ada anak berhentilah menyusahkan orang di sekeliling dengan bergantung harap mereka membantu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Menjadi Wanita Berkelas Sebelum 30 Tahun

11.Jaga Kesihatan

Anda boleh mula dapatkan pemeriksaan tahunan secara berkala

12.Tahu Potensi Diri

Berikan ruang pada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan. Belajar untuk katakan tidak pada tugasan yang tidak relevan atau yang melebihi kemampuan kita. Berani katakan tidak. Tapi jangan pula sombong untuk minta pertolongan dan tunjuk ajar.

Siraplimau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menjadi Wanita Hebat & Kuat, Tidak Takut Harungi Hidup Biarpun Seorang Diri

Baca juga: Kuatnya Isteri Kerana Suami, Sebab Itulah Dia Tidak Merungut Walaupun Hidup Susah

Baca juga: Selamat Hari Wanita! Ini 7 Filem Mengangkat Martabat & Hak Wanita Daripada Ditindas

Penulis

Lala Annuar