X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Menjadi Wanita Hebat & Kuat, Tidak Takut Harungi Hidup Biarpun Seorang Diri

5 min bacaan
Cara Menjadi Wanita Hebat & Kuat, Tidak Takut Harungi Hidup Biarpun Seorang Diri

Wanita hebat dan kuat mampu mengharungi kehidupan meskipun seorang diri. Beberapa cara ini dapat membantu anda sebagai ibu dan isteri

Kebelakangan ini banyak kisah wanita ditindas dan menjadi mangsa konflik rumah tangga hingga membuatkan ramai turut bersimpati. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi wanita hebat di saat diri berdepan pelbagai ujian.

Namun mahu ataupun tidak, hidup perlu diteruskan. Anda perlulah mengumpul kekuatan diri dan meninggalkan segala episod air mata.

Tips menjadi wanita hebat dan kuat

wanita hebat dan kuat

Setiap rumah tangga pasti ada cabaran yang tersendiri. Sempena Hari Wanita Sedunia, kami kongsikan beberapa tips dan cara untuk menjadi wanita hebat dan kuat.

#1. Lebih menyayangi diri sendiri

Seorang wanita hebat dan kuat akan mengutamakan kebahagiaan dirinya sendiri berbanding orang lain.

Dia suka dan menghargai penampilan diri, tanpa mengambil berat tentang kata-kata orang di sekelilingnya.

Selain itu, wanita kuat cenderung memilih untuk menyayangi diri mereka setiap masa, sama ada melalui rutin harian yang sihat atau meluangkan masa bersama orang tersayang.

Seorang wanita yang kuat mengambil berat tentang kesejahteraan fizikal, mental dan emosinya serta mengambil langkah untuk menyayangi semua bahagian dirinya.

#2. Sedar dirinya bernilai

Seorang wanita hebat tahu bahawa dia bernilai, dan berusaha menjadi yang terbaik dalam setiap perkara.

Apabila dia menyedari bahawa hubungan itu tidak sesuai untuknya, dia mempunyai keberanian untuk melangkah pergi supaya hati lebih tenang dan terbuka kepada cinta yang lebih berkualiti.

Wanita yang kuat berhak bersama orang baik, dikelilingi individu yang menggembirakan dan menambah nilai positif kepada kehidupan mereka.

Pengaruh toksik atau negatif dalam kehidupan mereka dihapuskan sebaik sahaja disedari agar dia boleh bergerak ke hadapan tanpa penyesalan.

#3. Tidak takut bersendirian

tips menjadi wanita kuat

Kebanyakan wanita selesa apabila bersama pasangan, rakan atau ahli keluarga setiap masa. Namun untuk menjadi wanita hebat, ada kalanya anda perlu yakin bersendirian.

Hal ini supaya nanti jika ada yang pergi meninggalkan, anda tidak janggal melaluinya seorang diri.

Bersendirian tidak bermakna menjauhkan diri dari semua orang. Cubalah makan di restoran seorang diri, membeli-belah atau healing.

Menghabiskan sedikit masa bersendirian dengan kerap terbukti mempunyai beberapa kesan positif. Contohnya, wanita yang mengambil masa bersendirian memiliki ingatan yang lebih baik, hati yang tenang dan hubungan rohani lebih kukuh. 

#4. Berfikiran terbuka dan mendengar pengalaman

Selain itu untuk menjadi wanita hebat dan kuat, anda perlulah berfikiran terbuka, mendengar cerita, fikiran dan pengalaman orang di sekeliling.

Seorang wanita yang kuat tidak gentar dengan pandangan atau perspektif dunia yang berbeza; dia cuba belajar tentangnya serta mendapatkan pandangan baharu dan berharga. Wanita yang kuat mengamalkan pemikiran pembelajaran berterusan untuk menyemarakkan idea setiap masa.

#5. Tidak malu minta bantuan

Menjadi kuat bukan bermakna anda melakukan segala-galanya sendiri. Wanita yang benar-benar kuat menyedari kelemahannya dan tahu bila untuk meminta bantuan orang lain.

Dia mengakui kekuatan orang lain dengan meminta bantuan, dan dia juga memaafkan dirinya sendiri atas kelemahannya. 

Sesetengah wanita berjuang untuk berasa kuat dan selesa dengan diri mereka sendiri. 

#6. Tahu waktu untuk berseronok

cara menjadi wanita kuat

Seorang wanita yang kuat tahu bila perlu bekerja keras, tetapi dia juga tahu bila untuk lepaskan tekanan dan berseronok.

Berseronok adalah bahagian penting dalam gaya hidup sihat. Ia secara dramatik boleh meningkatkan harga diri, keyakinan dan kebahagiaan wanita untuk meluangkan masa dari bekerja untuk melakukan sesuatu yang digemari.

Ramai wanita mempunyai definisi yang berbeza tentang keseronokan, tetapi mengenal pasti aktiviti yang menyeronokkan (dan aktiviti yang tidak menyeronokkan) adalah kekuatan dan kelebihan.

Wanita kuat mengambil masa untuk berseronok supaya mereka boleh berhubung semula dengan diri mereka pada tahap yang lebih mendalam. Sudah tentu, kerja juga boleh menyeronokkan! 

#7. Sentiasa mencari jalan

Keberanian dan kesanggupan untuk mengejar apa yang anda inginkan adalah sebahagian besar untuk wanita kuat.

Wanita yang kuat tahu apa yang mereka mahu dan tidak takut untuk mengejarnya. Misalnya jika anda ingin membantu ringankan beban suami, pastinya anda tidak akan berdiam diri dan mencari jalan bagi menambah pendapatan.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Zaman kini segalanya di hujung jari. Ramai suri rumah telah berjaya dan memegang gelaran jutawan dengan hanya melakukan perniagaan dari rumah sahaja.

#8. Suka belajar dan kembangkan fikiran

Bagi wanita yang kuat, pembelajaran tidak berakhir apabila tamat sekolah. Belajar adalah matlamat hidup. Wanita kuat meluangkan masa untuk membaca, menonton dokumentari dan mendengar podcast yang menarik.

#9. Mengatur perjalanan kehidupan

Wanita yang kuat akan mempunyai cara untuk mengatur dan mengurus kehidupan bagi membolehkannya menjaga perkara yang lebih penting baginya.

Ini tidak semestinya bermakna anda perli bergaya seperti “ahli perniagaan” (walaupun sebenarnya boleh); wanita yang kuat juga akan berani membuat keputusan untuk dirinya dan hidupnya.

Dia menyedari akan tanggungjawab dan bukan tanggungjawabnya dalam keluarga agar dirinya tidak tertekan mengambil alih peranan suami.

#10. Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia

Untuk menjadi seorang yang hebat, anda perlulah menjaga hubungan dengan Allah dan manusia dengan baik.

Ini sekaligus mampu membuatkan kehidupan anda dirahmati dan dipermudahkan. Elak mencari musuh dan belajarlah memaafkan mereka yang telah melakukan kesalahan terhadap anda.

Usah disimpan dalam hati nanti lama-lama boleh menganggu ketenteraman diri.

#11. Belajar dari kesilapan

Seorang wanita yang kuat tidak sempurna; anda perlu tahu bahawa manusia pastinya tidak terlepas dari membuat banyak kesilapan!

Tetapi wanita yang kuat tidak gentar dan berasa malu dengan perkara yang mereka lakukan salah. Sebaliknya, mereka bangkit untuk menghadapi cabaran dan memperbaiki diri.

Seorang wanita yang kuat melihat kesilapannya dengan jelas di mata dan berusaha untuk belajar daripadanya.

Dia menjadikan kelemahan diri sebagai dorongan melangkah lebih ke hadapan. Apabila membuat salah dengan orang, wanita hebat juga tidak menunda masa untuk minta maaf.

Semoga bermanfaat!

Regain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selamat Hari Wanita! Ini 7 Filem Mengangkat Martabat & Hak Wanita Daripada Ditindas

Baca juga: Selalu Pakai Masker Oat Sebelum Tidur, Ibu Anak 4 Kongsi Rahsia Kulit Cantik & Sihat

Baca juga: Wanita Tugasnya Bukan Di Dapur Sahaja, Tapi Mereka Juga Boleh Menggoncang Dunia

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Menjadi Wanita Hebat & Kuat, Tidak Takut Harungi Hidup Biarpun Seorang Diri
Kongsikan:
  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.