Tips Menabung Untuk Suami Isteri, Ibu Ini Kongsi Rahsia Untuk Jimat Cermat Dengan Mudah

Ibu ini berkongsi cara menyimpan duit menggunakan tips menabung yang sangat mudah. Malah, dia juga kongsi di mana anda boleh simpan duit dengan selamat! Bagaimana dia lakukannya? Baca di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas berkahwin, isteri bertanggungjawab dalam menguruskan hal kewangan keluarga. Namun, dalam pada menguruskan hal kewangan suami, isteri juga perlu ada cara menyimpan duit simpanan untuk diri sendiri.

Bukan apa, dengan kes-kes yang berlaku sekarang isteri tidak boleh mengharapkan 100% sepenuhnya terhadap duit suami. Misal kata suami anda buat hal? Bagaimana pula dengan anak-anak?

Tidak kiralah walau hubungan anda aman sekali pun, wang simpanan diri sendiri untuk isteri perlu ada. Bagi suami, anda juga perlu mengingatkan isteri anda agar sentiasa menabung.

Jangan asyik ‘shopping’ saja tau! Tapi, bukan isteri sahaja kena simpan, suami pun sama ya! Mungkin tips ini dapat membantu ‘savings’ dalam hubungan anda.

Kalau anda baru sahaja berkahwin dan masih keliru bagaimana cara untuk menyimpan duit dengan betul, mungkin cara ini dapat membantu anda dan pasangan.

Cara Menyimpan Duit Dengan Betul

  1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
  2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
  3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
  4. Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
  5. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
  6. 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan.

Suami isteri yang bijak dalam berbelanja kebanyakkan mengamalkan 5 tips ini pula ketika ingin membeli barangan dapur dengan bajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan beli makanan ringan (sebab selalunya mahal). Cuba makanan baru, mungkin ada yang lebih murah
  • Sediakan kalkulator, senang nak semak berapa anda patut bayar
  • Beli barang seperti sabun atau beg sampah dekat kedai yang tawar harga lebih murah
  • Sentiasa periksa harga barang nak tengok ada diskaun atau promosi apa-apa.

Dengan semua cara berjimat cermat ini, pasti gaji anda suami isteri akan cukup sampai sebulan, insyaAllah!

Sekarang duit simpanan dah ada dalam tangan, kalau tak simpan cepat sahaja habisnya. Tak tahu nak simpan kat mana? Jangan takut boleh simpan di tempat yang paling selamat dan kurang kebarangkalian kita boleh keluar tanpa sedar.

Tahukah anda, ada ruang untuk kita membuat simpanan secara sukarela dalam akaun KWSP? Rupa-rupanya, setiap isteri boleh mencarum sejumlah wang mengikut kemampuannya.

Walaupun mengikut Akta KWSP 1991, gaji setiap pekerja dicarumkan ke dalam KWSP setiap bulan, simpanan secara sukarela ini merupakan caruman tambahan. Tak perlu susah hati kat mana nak menyimpan duit dengan selamat lagi! Caruman ini boleh dilakukan melalui perbankan Internet, tunai, draf bank atau cek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu lagi kemudahan mencarum yang mesti direbut adalah insentif i-Suri untuk golongan suri rumah. Yang ini kita boleh mencarum sendiri atau suami carumkan untuk isteri. Selain dapat dividen tahunan KWSP, caruman juga boleh dibuat pada bila-bila masa, tak kira apa-apa amaun ikut kemampuan sendiri.

Syarat-syarat kelayakan i-Suri ialah anda mestilah warganegara Malaysia yang belum mencapai usia 60 tahun, suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2018 serta mencarum sekurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun KWSP.

Cara menabung macam ni mampu menjamin masa depan kita yang lebih tenang dan bahagia, tanpa harapkan duit suami atau anak-anak bila dah berusia nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikala kita hidup dalam zaman ekonomi yang mencabar ini, duit tabungan amat penting dan menjadi sumber keberlangsungan hidup yang lebih stabil.

Menurut kajian yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), didapati bahawa 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000.

Perit nak diterima namun itulah statistik pada tahun 2019 yang amat menyedihkan. Jika tiada persediaan bertambah teruk keadaan anda sekiranya ditimpa apa-apa kecemasan.

Pepatah Melayu juga ada mengatakan " sediakan payung sebelum hujan", begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia perlu siap sedia pada masa akan datang jika berlaku sesuatu . Dek kerana terlalu ikutkan nafsu kebanyakan generasi muda kita tidak mempunyai wang tabungan mereka sendiri.

Heboh dengan gaya hidup yang mewah, hutang-piutang keliling pinggang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan adanya simpanan wang yang kukuh, anda tidak perlu lagi pening memikirkan masalah yang bakal anda hadapi di masa hadapan, pupuk semula amalan menabung, tiada istilah terlambat untuk anda.

Artikel ini ditulis oleh VIP Parent Nordianna binti Md Nor untuk theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

Baca juga: Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! - Luah suami ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Kedai 'Berhantu' Mak-Mak, Semua Barang RM2-RM2.10 Online! Tekan-Tekan Je Sampai Depan Rumah!