X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kedai 'Berhantu' Mak-Mak, Semua Barang RM2-RM2.10 Online! Tekan-Tekan Je Sampai Depan Rumah!

4 min bacaan
Kedai 'Berhantu' Mak-Mak, Semua Barang RM2-RM2.10 Online! Tekan-Tekan Je Sampai Depan Rumah!

Kedai yang terkenal menjual barang murah tetapi amat memuaskan hati pengguna kini sudah meneroka platform dalam talian! Bolehlah anda cuba beli belah!

Siapa yang tidak mahu berjimat dan beli barang murah kan? Lebih-lebih lagi golongan ibu bapa. Jika dulu, kedai RM2 memang menjadi kesukaan. Punyalah ramai beratur. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedai-kedai ‘berhantu’ ni jual online pula!

Jangan tak tahu ya, memang kedai-kedai ini sudah luaskan perkhidmatan mereka secara dalam talian. Bila total lockdown, kanak-kanak tak boleh dibawa masuk ke kedai. 

Jadi bagi ibu bapa yang buntu di mana nak beli barang murah dalam musim PKP ini, anda bolehlah cuba ‘melawat’ secara maya di kedai ini di platform jualan dalam talian kegemaran ramai.

Barang murah, jual online pula, mudahnya!

Bagi yang belum tahu, kedai-kedai popular ini sudah mula bertapak di platform dalam talian bagi memudahkan pelanggannya mendapatkan barang.

Banyak kekangan dihadapi untuk keluar memberi barang dalam musim PKP ini, jadi dengan inisiatif ini ia amat membantu bagi mereka yang memerlukan.

Jangan sampai membazir pula ya parents! Mentang-mentang cuma ‘tekan-tekan’ saja, makin banyak pula yang dibelinya. 

Ini juga mungkin boleh jadi terapi ibu bapa dan anak. Pelbagai barang keperluan boleh anda dapati di platform dalam talian mereka sama saja seperti pergi ke kedai.

Kos penghantarannya juga berbaloi. Jadi apa tunggu lagi? Bolehlah anda cuba buka platform berkenaan sekarang. Mainan untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya di sini.

Digalakkan beli dalam talian dalam musim pandemik

Dalam musim pandemik ini, rakyat memang digalakkan untuk membuat pembelian barangan keperluan secara atas talian sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19.

Memang rata-rata ramai yang memilih untuk membuat pembelian secara atas talian bagi mengelakkan berada dalam kelompok ramai yang boleh mengundang kepada jangkitan virus.

Tetapi ada juga yang memang perlu pegang dan tengok sendiri barang baru mereka percaya untuk beli. Tetapi bagi golongan lebih muda, mereka lebih memilih untuk membuat pembelian secara dalam talian. 

Menurut sinarplus, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi dilakukan secara maya.

Namun begitu terdapat juga risiko yang perlu diambil kira seperti barang yang diterima berbeza seperti saiz, warna dan kualiti daripada yang diiklankan, barangan tidak sampai setelah pembayaran dibuat, barangan yang sampai rosak dan sebagainya. Ini adalah risiko yang harus dihadapi apabila membuat pembelian seperti ini. 

3 kedai ‘berhantu’ boleh dikunjungi secara dalam talian

Anda mungkin sudah biasa dengar nama kedai-kedai ini, bolehlah cuba lawatinya di platform atas talian pula!

#1. NOKO RM2 Malaysia

Barang murah

Dari barang keperluan rumah, perkakas dan segalanya anda boleh dapatkan di sini. Yang menariknya harganya cuma RM2 sahaja! Jangan tak percaya ya.

Bolehlah borang mainan anak di sini sempena PKP ni. Jika anak jenis tidak sayang mainan mungkin anda tak ralat sangat.

#2. Ninso official Store

Barang murah

Dengan harga serendah RM2.10 anda sudah boleh borang pinggan mangkuk pelbagai corak di sini. Ia juga terkenal dengan barangan untuk berkebun dan sebagainya.

#3. ecoshop Malaysia

Barang murah

Siapa saja tak kenal kedai ini. Paling popular beberapa barangan cucian yang mendapat maklum balas baik daripada mereka yang menggunakannya. Cubalah!

3 sebab rakyat Malaysia beli online

Menurut sinarplus yang memetik ukm.my, hasil kajian kualitatif dengan menemubual separa berstruktur yang dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui beberapa jawapan seperti:

#1. Faktor kepercayaan

Faktor kepercayaan dan risiko telah dikenal pasti sebagai faktor utama golongan mahasiswa membuat pembelian atas talian.
Sejak kemunculan World Wide Web (WWW), pelbagai urusan dapat di lakukan secara atas talian dengan mudah dan cepat.

#2. Lebih masa melayari internet

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja banyak meluangkan masa melayari internet seperti bermainan permainan atas talian, mencari maklumat serta berinteraksi dengan rakan-rakan.

Secara tidak langsung, mereka juga terpengaruh untuk membuat pembelian secara atas talian kerana kekerapan mereka terdedah kepada iklan sewaktu melayari internet. Ia menjadi semakin popular kerana tidak perlu membeli secara terburu-buru.

#3. Perbezaan harga

Membuat perbandingan harga dan memilih barangan yang terbaik adalah satu kemestian. Oleh itu, dengan melakukan pembelian atas talian, pembeli mampu membuat perbandingan harga terhadap sesuatu barangan yang ingin dibeli dengan membuat carian di laman-laman jualan yang berkaitan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: sinarplus

Kredit foto: dynamique mag, laman

Baca juga: Tempat-tempat membeli-belah mesra penyusuan di Shah Alam

Baca juga: 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

Baca juga: Mommy And Kids Virtual Expo, Ekspo Atas Talian Untuk Ibu & Anak Membeli Belah, Belajar dan Banyak Lagi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kedai 'Berhantu' Mak-Mak, Semua Barang RM2-RM2.10 Online! Tekan-Tekan Je Sampai Depan Rumah!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham