Cara Penyimpanan Susu Ibu Dan Panduan Pengendalian Yang Betul

Cara penyimpanan susu ibu yang betul ialah gunakan bekas yang sesuai, simpan dalam kuantiti yang sedikit dan catatkan tarikh pemerahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyimpanan susu ibu hendaklah dilakukan dengan betul, supaya ia tidak rosak dan selamat untuk diminum oleh bayi anda. Susu yang diberi terus dari payudara ibu memang lebih baik.

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Dan Selepas Mengepam Susu

Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukans sebelum dan selepas mengepam susu:

Sebelum Mengepam Atau Mengendalikan Susu Ibu

Sebelum mengepam atau mengendalikan susu ibu, pastikan tangan dan peralatan seperti pam dan botol susu betul-betul bersih.

Cuci tangan dengan sabun, pastikan peralatan disterilkan, dan guna bekas yang kering dan bersih.

Jangan lupa pastikan tempat mengepam juga bersih dan bebas dari kotoran! Terakhir, pastikan susu yang dipam tak rosak atau berbau pelik.

Dengan cara ni, proses mengepam jadi mudah dan susu ibu tetap selamat!

Selepas Mengepam Susu Ibu

Selepas pam susu, biarkan terlebih dahulu susu pada suhu bilik. Kemudian sejukkan di peti ais bawah dan baru bekukan. Atau untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia cair atau rendam dalam air paip pada suhu biasa.

Pastikan susu betul-betul cair kemudian rendamkan dalam air suam. Jangan terlalu panas yaa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu akan hilang khasiatnya jika dipanaskan terus dalam air mendidih atau perubahan susu yang mendadak. Jadi ibu perlu elak daripada melakukan perkara ini.

Kaedah Dan Tempoh Penyimpanan Susu Ibu Yang Diperah

Berikut adalah kaedah penyimpanan susu ibu yang diperah

1.Gunakan Bekas Yang Sesuai

Bekas yang baik untuk menyimpan susu ibu adalah bekas yang diperbuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat, atau beg khas untuk susu ibu.

Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu kerana ia berisiko untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.

2.Simpan Dalam Kuantiti Yang Sedikit

Cara penyimpanan susu ibu yang baik ialah dengan membahagikannya mengikut jumlah susu yang diambil oleh anak supaya tidak membazir susu yang tidak habiskan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan isi susu sehingga terlalu penuh. Biarakan ruang kosong kira-kira 2.5 cm dari atas.

Susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh bila disimpan kembali.

3.Catatkan Tarikh Setiap Pemerahan Pada Bekas

Labelkan tarikh dan masa supaya mudah diingat dan disusun.

4.Simpan Bekas Susu Ibu Di Dalam Peti Sejuk Atau Peti Sejuk Beku

Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan dalam peti sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 4 jam, manakala di dalam cooler bag pula selama 7-8 jam (ikut berapa banyak ice pack di dalam).

Cara-Cara Mengendalikan Susu Ibu Beku

Nyahsejuk beku susu ibu di dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian siram (masih dalam keadaan tertutup) dengan air sejuk yang mengalir.

Cairkan susu ibu dengan air suam dari paip sehingga ia cair sepenuhnya. Jangan cairkan susu beku dengan meletakkannya pada suhu bilik.

Selepas susu cair, rendamkan botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas yang mempunyai air panas.

Langkah-Langkah Mencairkan Susu Ibu Dengan Betul

Untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia cair atau rendam dalam air paip pada suhu biasa.

Pastikan susu betul-betul cair kemudian rendamkan dalam air suam. Jangan terlalu panas yaa.

Susu akan hilang khasiatnya jika dipanaskan terus dalam air mendidih atau perubahan susu yang mendadak. Jadi ibu perlu elak daripada melakukan perkara ini.

Petua Mengenal Pasti Susu Ibu Rosak

Jika ibu mengamalkan cara menyimpan susu ibu yang tepat, ia boleh bertahan selama 6 – 8 jam pada suhu bilik kurang dari 25°C.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk. Apabila disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4°C, susu ibu boleh disimpan selama 5 hari. Susu ibu yang disejukkan dalam cooler dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam.

Susu ibu yang telah dipam keluar juga boleh dibekukan terus jika peti sejuk di pejabat mempunyai peti ais. Apabila dibeku pada suhu -15°C, susu ibu boleh disimpan selama 3-4 bulan.

Ibu-ibu yang berjaya untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak bolehlah melabur sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu ibu.

Apabila dibekukan pada susu – 18°C, susu ibu boleh disimpan selama 6 bulan.

Nak tahu susu ibu rosak atau tak? Ini petua mudah yang boleh bantu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bau pelik: Kalau susu bau busuk atau tengik, jangan beri pada bayi. Itu tanda susu dah rosak!
  • Simpan tak betul: Susu ibu yang disimpan lebih dari 3-5 hari dalam peti sejuk atau lebih 2 jam pada suhu bilik, boleh rosak. So, pastikan simpan dalam peti sejuk secepat mungkin.
  • Tekstur atau warna berubah: Kalau susu dah berketul, atau warna berubah jadi kekuningan atau kehijauan tanpa alasan, ia mungkin tak selamat.
  • Kebersihan peralatan: Kalau botol atau pam susu tak bersih, susu boleh tercemar. Pastikan semua peralatan dicuci dengan baik.
  • Susu jadi lebih asidik: Susu yang rosak biasanya jadi lebih berasid, boleh buat bayi rasa tak selesa.

Cara-Cara Menyimpan Susu Ibu Semasa Dalam Perjalanan

Nak simpan susu ibu masa dalam perjalanan ? Tak perlu risau, ini cara mudah yang boleh buat hidup ibu lebih senang!

  • Bawa Cooler Bag – Dengan pek ais, susu tetap sejuk sepanjang perjalanan.
  • Bekas Tertutup – Pastikan susu dalam bekas yang kalis bocor.
  • Jangan Biarkan Terlalu Lama – Susu tak boleh lebih 2 jam pada suhu bilik.
  • Cari Tempat Sejuk – Kalau perjalanan panjang, cari tempat yang ada peti sejuk.

Cara-Cara Menyimpan Susu Ibu Di Tempat Kerja

Nak simpan susu ibu ketika di tempat kerja ? Tak perlu risau, ini cara mudah yang boleh buat hidup ibu lebih senang!

  • Gunakan Peti Sejuk – Simpan susu dalam peti sejuk pejabat, boleh tahan 3-5 hari.
  • Cooler Bag & Pek Ais – Kalau tiada peti sejuk, gunakan cooler bag.
  • Label Susu – Tandakan tarikh dan masa untuk guna susu yang lebih lama dulu.
  • Tempat Bersih – Simpan susu di tempat yang bersih dan selamat.
  • Jangan Simpan Susu Yang Dipanaskan Semula – Hanya simpan susu yang belum dipanaskan.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Baca juga: Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!