X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!

4 min bacaan
Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!

Banyak kan susu badan secara semula jadi adalah dengan memastikan mood ibu gembira. Penghasilan oksitosin dapat meningkatkan penghasilan susu

Selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan melalui fasa berpantang yang ada kalanya mudah dan sukar. Antara salah satu masalah ramai ibu hadapi adalah berkaitan penyusuan sehingga mencuba pelbagai cara banyak kan susu badan.

Tidak dinafikan bahawa tidak semua direzekikan dengan susu ibu yang lancar dan cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Walau bagaimanapun jangan berputus asa, sebenarnya pemikiran yang positif dan mood ibu yang baik dapat membantu penghasilan susu.

Banyak kan susu badan secara semula jadi, ibu kena tahu pentingnya hormon oksitosin

Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menjelaskan sebenarnya susu badan boleh jadi tiba-tiba banyak disebabkan oleh beberapa perkara yang ramai ibu terlepas pandang.

Cara banyakkan susu badan

Mungkin ada yang bertanggapan bahawa banyak atau sikit susu ibu adalah bergantung kepada demand dan supply?

Sebelum menjawab soalan di atas, ibu-ibu perasan tak?

  1. Bila anda makan makanan sedap: SUSU BANYAK
  2. Bila suami beri hadiah: SUSU BANYAK
  3. Bila ibu keluar window shopping sambil pam susu (scroll shopee): SUSU BANYAK
  4. Dan ada juga ibu-ibu bila dia tengok video atau gambar anak: SUSU BANYAK

Kerana dalam susu ibu ada dua hormon penyusuan yang sangat penting. Salah satunya ialah hormon oksitosin yang membantu refleks ejeksi susu.

Cara banyakkan susu badan tanpa ubat

Apabila anda berasa gembira dan kurang tekanan, maka rembesan hormon oksitosin meningkat dan dalam ibu tidak sedar, badan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Namun ada pula ibu yang melalui pengalaman sebaliknya. Bila pam susu di tempat ramai orang seperti tempat kerja, mereka jadi resah gelisah sebab malu. Ini sekaligus membuatkan susu tidak mahu keluar.

Ada juga ibu yang perlu pam dalam keadaan susu dan tenang agar reflek ejeksi susu tidak terganggu.

Ini semua disebabkan oleh hormon oksitosin yang mainkan peranan dalam pengeluaran susu ibu. Bila refleks berlaku, ibu akan rasa denyutan di payudara ketika susu dikeluarkan.

Dua jenis hormon yang berkaitan dengan penyusuan susu badan

susu ibu

#1. Hormon oksitosin- fungsi untuk mengeluarkan susu

Kelebihan:

  • Memberi rasa seronok dan ceria
  • Mengurangkan paras hormon stress seperti adrenalin dan menenangkan ibu
  • Memberi perasaan kasih sayang, mengambil berat, berkomunikasi dengan positif dan membekalkan ibu dengan kenangan manis

#2. Hormon prolaktin- fungsi untuk menghasilkan susu

Kelebihan:

  • Ibu lebih peka kepada kehendak bayi
  • Memberi kesan relaksasi dan ketenangan kepada bayi

Jadi, secara tidak langsung kedua-dua hormon penyusuan ini dapat membantu ibu mengatasi tekanan seharian yang dilalui.

Walaupun ada mungkin berasa penat dan letih, akan tetapi kehadiran dua hormon ini secara tidak langsung membantu menurunkan aras stress ibu.

Makanan banyakkan susu badan

Selain kekal positif dan sentiasa gembira, ibu juga boleh mengambil beberapa jenis makanan untuk tambah susu badan dalam menu seharian.

Ramai ibu bersetuju bahawa pemakanan seharian yang tinggi nutrisi membantu menghasilkan tenaga dan merangsang badan mengeluarkan banyak susu.

menyusu badan

Antara makanan untuk tambahkan susu badan ialah:

  • Buah kurma. Ia menjadi salah satu cara tambahkan susu badan yang berkesan kerana mengandungi zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan.
  • Sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli. Ia kaya dengan vitamin A, C dan zat besi yang menjadi cara tambah susu badan secara semula jadi. Pengambilan sayuran dalam diet ibu sedang menyusu dapat menambahkan kandungan lemak baik dan mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Oat dan kekacang. Bijiran oat sangat disarankan ambil ketika waktu sarapan pagi untuk membekalkan tenaga mencukupi untuk anda. Selain itu, kacang boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia merupakan sumber protein baik dan bagus untuk kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Baca juga: Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada  Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!
Kongsikan:
  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.