Penyusuan secara terbuka sememangnya satu perkara yang bukan mudah dilakukan, tetapi kadangkala ibu berada dalam keadaan terdesak apabila si kecil mula lapar. Namun ramai yang tidak mengetahui ada satu cara menyusui bayi yang lebih mudah dengan penggunaan gendongan bayi atau baby carrier.
Pastinya ramai ibu mahu menjayakan penyusuan ibu dengan sempurna, tetapi pada masa yang sama masih terbatas dengan beberapa perkara.
Contohnya perlu mencari kemudahan bilik bayi atau pam susu pada masa yang ditetapkan ketika menjalankan urusan seharian atau berjalan dengan keluarga di tempat awam.
Kuasai Penyusuan Badan Eksklusif Dengan Cara Menyusui Bayi Dengan Baby Carrier
Mungkin para ibu akan lebih bersemangat untuk menjayakan penyusuan ibu dengan membaca perkongsian Pn Mei Theng, seorang ibu yang bekerja dari rumah yang juga seorang kaunselor penyusuan di bawah Pusat Laktasi Negara Malaysia dan konsultan babywearing bertauliah yang disahkan dengan School of Babywearing UK.
Sebagai ibu kepada anak perempuan yang berusia 3 tahun, Pn Mei Theng telah berjaya menyusukan anaknya secara ekslusif, dan merupakan seorang pengamal penyusuan secara terbuka atau nursing in public (NIP) dengan menggunakan baby carrier.
Bagaimanakah penggunaan baby carrier membantu saya dalam perjalanan penyusuan saya? Ini kisah peribadi dari seorang ibu dalam perjalanan mengakhiri perjalanan penyusuannya.
Sejak awal perjalanan saya memulakan keluarga, sudah menjadi impian saya untuk melakukan penyusuan badan. Semasa hamil, saya menghadiri kursus penyusuan selama 10 jam dengan CT Clinic.
Berbekalkan pengetahuan dan semangat, saya mengandaikan perjalanan penyusuan ini akan berjalan lancar. Malangnya, bayi saya mengalami kesukaran melekap di payudara kerana saya ada masalah puting leper.
Ditambah dengan tanggungjawab kerja dan rumah, 2 minggu pertama sebagai seorang ibu baru hakikatnya merupakan satu penyeksaan sehinggalah dia berjaya melakukan penyusuan direct feeding.
Sakit Pergelangan Tangan Menyebabkan Pergerakan Terbatas
Saya benar-benar lega dan mula jatuh cinta dengan ikatan dari penyusuan susu badan dan berazam untuk meneruskan sehingga kami berdua memutuskan untuk berhenti. 2 bulan kemudian, saya mula merasakan sakit yang teruk di kedua-dua pergelangan tangan.
Lawatan ke pakar ortopedik mengesahkan saya telah mengalami De Quervain tenosynovitis (atau dikenali sebagai “tangan Mama” dalam bahasa Mandarin). Saya dinasihatkan untuk mencuba laluan konservatif dengan mengelakkan penggunaaan pergelangan tangan saya sehingga 20 jam sehari.
Ini bermakna 20 jam dari 24 jam menyebabkan saya mula berfikir, bagaimana saya hendak melakukan tugasan sebagai penjaga utama bayi saya? Ini merupakan permulaan saya dalam dunia babywearing, membawa si manja menggunakan baby carrier.
Kali pertama saya membawa bayi semasa memakai baby carrier Ergobaby Adapt, saya mula mendapat satu pencapaian apabila saya lebih responsif pada isyarat lapar bayi.
Sebagai ibu bekerja dari rumah, saya sering meletakkan bayi di dalam katil selepas sesi penyusuan susu supaya saya dapat terus bekerja.
Oleh kerana katil bayi dalam jarak dekat dari kawasan kerja, selalunya saya selalu terlepas kebanyakan isyarat awal bayi lapar dan akan menanganinya pada peringkat kemudian. Namun dengan penggunaan baby carrier, saya dapat melihat isyarat awal kelaparan dan mula mempersiapkan diri untuk sesi penyusuan.
Ini menyebabkan si manja saya kurang menangis disebabkan oleh kelaparan dan menjadi bayi yang lebih tenang dan pastinya ini menjadikan saya seorang ibu yang lebih tenang dan yakin dapat memahami bayi dengan lebih baik!
“Babywearing membantu saya menjadi ibu menyusu yang lebih responsif, lebih tenang dan lebih yakin.”
Apabila bayi saya berumur 6 bulan, kami mempunyai peluang yang hebat untuk menemani suami saya ke Taipei untuk program pertukaran pelajar PhD jangka pendek.
Pada satu malam ketika kami bergegas untuk menaiki kereta api terakhir, bayi saya mula mempamerkan isyarat awal yang menunjukkan dia lapar, tetapi saya tidak dapat mencari tempat yang selamat untuk menyusunya. Tambahan lagi, kami tidak mahu terlepas pengangkutan terakhir.
Pada masa itu saya teringat beberapa demonstrasi video penyusuan yang boleh dilakukan semasa menggendong bayi. Oleh kerana saya selalu pakai baju menyusu semasa menggendong anak, saya membuat keputusan untuk mencuba menyusu sambil memakai kain pelindung.
Apabila berjaya melakukannya, saya rasa sangat menakjubkan!
Semakin saya berlatih, semakin saya menyedari bahawa babywearing boleh menjadi sekutu penting untuk menyusukan bayi secara rahsia. Tiada lagi bergegas untuk mencari bilik bayi atau perlu menutup bayi di bawah selimut untuk sesi penyusuan sambil berjalan mengelilingi pusat beli-belah.
“Babywearing membantu saya menyusu secara rahsia di depan umum semasa berjalan-jalan.”
Menyusukan anak saya yang berusia 2 tahun dalam wrap Calin Bleu cotton gauze.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
“Penyusuan eksklusif disyorkan sehingga umur 6 bulan, dan penyusuan susu badan diteruskan dengan makanan pelengkap yang sesuai sehingga 2 tahun atau lebih”
Disebabkan saya mengamalkan memakai baju menyusu setiap hari, ini memudahkan saya terus membekalkan susu badan kepada anak walaupun semasa bekerja, melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, bersosial, melancong, dan lain-lain.
Padahal semasa mula menyusu, saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan menyusukan dia sehingga berusia 3 tahun!
“Babywearing membantu saya mencapai matlamat penyusuan saya dalam melanjutkan penyusuan susu ibu”
TIPS: Bagaimana ibu boleh menggabungkan babywearing dan menyusu?
Ibu perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran menggendong bayi dan menyusu secara berasingan sebelum menggabungkan mereka. Berlatih di rumah sebelum cuba di kawasan awam untuk membina kemahiran dan keyakinan ibu dalam cara menyusui bayi sebegini.
Selalu ingat untuk meletakkan semula bayi dengan selesa dalam baby carrier apabila sesi penyusuan selesai. Jika ragu-ragu, sila hubungi perunding bayi untuk nasihat dan bantuan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjenama-baby-carrier-terbaik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!