22 Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Tanpa Perlu Scan Di Klinik

undefined

Cara mengetahui jantina bayi tanpa scan boleh dilihat melalui pemakanan ibu, degupan jantung, alahan mengandung, bentuk perut ibu hamil

Selain daripada petua orang lama, terdapat beberapa kaedah lain atau cara mengetahui jantina bayi tanpa scan yang cepat dan terbukti tepat. Namun begitu, walaupun anda boleh mengetahuinya dengan tepat terdapat juga beberapa kesan atau risiko ketika melakukannya.

Sudah tentu dengan mengetahui jantina bayi, ia memudahkan anda untuk membeli pakaian si kecil itu. Namun, ada juga bayi sorokkan jantina mereka setiap kali imbasan dilakukan sehingga ibu ayah ternanti-nanti.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Tanpa Scan 

1. Suka Makan Manis Atau Masam

Kata orang, kalau ibu suka makan benda manis, pedas dan yang sedap sahaja, itu tandanya ibu mengandung bayi perempuan. Manakala kalau ibu suka makan benda yang masam, masin dan makanan ringan, itu tandanya hamil anak lelaki.

2. Denyutan Jantung Bayi

Semasa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan, jururawat atau doktor akan membaca denyutan jantung anak.

Jika denyutan jantung bayi 140 dan ke atas, ia berkemungkinan tanda ibu hamil anak perempuan. Kalau denyutan jantung bayi berada bawah 140, itu tandanya bayi lelaki.

3. Wajah Berseri-Seri

Orang tua yang berpengalaman melahirkan anak juga mengatakan kalau wajah ibu kelihatan kusam itu tandanya hamil anak perempuan. Kata mereka, anak yang dikandung itu tarik seri wajah ibu. Betul atau tak ye?

4. Alahan Mengandung

Jika anda mengandungkan bayi perempuan, maka kemungkinan untuk mengalami morning sickness, jauh lebih teruk berbanding anak lelaki.

Malah ada ibu yang langsung tidak mengalami morning sickness semasa hamil bayi lelaki. Wah, untungnya badan!

5. Saiz Payudara Semakin Besar

Perubahan pada payudara semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Sebab itu, kalau payudara kiri lebih besar, tandanya hamil bayi lelaki. Kalau sebelah kanan lebih besar itu maksudnya ibu mengandung anak perempuan.

6. Emosi ibu, Suka Marah Atau Tidak?

Emosi ibu semasa hamil juga berperanan dalam menentukan jantina bayi. Katanya kalau ibu suka marah-marah, cepat melenting atau lekas naik angin itu tandanya mengandung anak perempuan.

Tapi, kalau ibu lebih tenang dan cepat cool tanda hamil bayi lelaki. Setuju tak ibu?

7. Suka Tidur Mengiring Kiri Atau Kanan

Semasa tidur atau ketika bangun tidur, ibu boleh perhatikan sama ada anda suka mengiring tidur sebelah kiri atau kanan.

Ini kerana, jika cenderung mengiring sebelah kiri tandanya bayi lelaki. Manakala kalau suka sangat tidur mengiring ke sebelah kanan, itu tandanya ibu hamil anak perempuan.

8. Bentuk Perut Ibu

Mengikut orang lama dahulu, jika perut ibu condong ke depan, maka diramalkan ibu sedang mengandung anak lelaki.

Sebaliknya jika perut lebih melebar ke bawah, ia dikaitkan dengan jantina bayi perempuan. Malah perut juga kelihatan bulat dan lebih rata.

9. Penampilan Ketika Hamil

Ibu yang tidak suka bersolek, tak nak berhias, malas mandi dan sebagainya dikaitkan dengan kehamilan bayi lelaki.

Manakala itu kalau ibu mudah bersiap, pandai bergaya dan suka pakai cantik-cantik itu tandanya ibu sedang mengandungkan anak perempuan.

10. Sikap Ibu Ketika Hamil

Ada yang berpendapat, jika ibu hamil bayi lelaki mereka akan memiliki sifat atau karakter yang lebih tegas, kuat berpendirian dan lain-lain.

Namun, ia akan berlaku sebaliknya jika ibu hamil bayi perempuan seperti mudah sensitif, kuat menangis dan sebagainya.

11. Pergerakan Bayi 

Pergerakan bayi yang tidak terjangka sering dikaitkan dengan anak perempuan manakala pegerakan yang lebih teratur dikaitkan dengan hamil anak lelaki.

12. Menggunakan Jadual Jantina

Kaedah ini diambil dari ilmuan dari makan kerajaan di Bejing, RRC melalui naskhah asli yang telah terkubur selama 700 tahun. Naskhah ini telah disimpan rapi oleh Institut Pengetahuan Beijing.

Caranya adalah dengan mengira umur ibu hamil serta bulan berapa benih mulai terbentuk dalam rahim. (bulan last period + umur ibu hamil) Kiraan genap ia adalah perempuan dan ganjil pula anak lelaki.

13. Kalkulator Kelahiran

Masukkan tarikh lahir ibu dan tarikh mula mengandung atau pun tarikh anda bakal bersalin nanti. Kalkulator ini akan mengeluarkan keputusan sama ada anda sedang mengandung bayi lelaki atau perempuan. 

14. Kedudukan Uri

Kaedah yang dikenali sebagai Ramzi’s Method oleh Doktor Saad Ramzi Ismail ini boleh mengetahui jantina bayi seawal 6 minggu kehamilan. Caranya adalah dengan melihat kedudukan plasenta bayi anda.

15. Warna Air Kencing

Jika anda mengandung anak perempuan, warna air kencing adalah kuning samar.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Tanpa Scan Menurut Petua Orang Lama

  1. Perut cenderung membulat dan mengalami morning sickness.
  2. Selalu mual pada hidangan yang beraroma tajam.
  3. Wajah tidak berseri namun kulit lebih lembut dan rambut sedikit menipis.
  4. Punggung kelihatan lebih besar
  5. Mengidam makanan yang berjus, manis dan buah-buahan
  6. Emosi tak stabil seperti kuat menangis, sensitif, marah-marah dan lain-lain
  7. Bayi suka mengiring sebelah kiri
  8. Garis perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan terputus-putus
  9. Jika anda mendukung anak perempuan orang lain, si kecil itu mudah menangis.
  10. Ambil cincin perkahwinan, kemudian gantung atas perut selepas itu lihat ia bergerak ke kiri atau kanan. Kalau kanan itu bermaksud hamil bayi perempuan.
  11. Samalah juga kalau anda kencing dalam air bikarbonat kalau tidak berbuih maksudnya bayi perempuan.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Melalui Air Kencing

Mengetahui jantina bayi melalui air kencing adalah salah satu kaedah yang lebih tradisional dan tidak selalu berdasarkan sains.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dicuba, walaupun hasilnya tidak selalu tepat. Berikut adalah beberapa kaedah yang dikaitkan dengan air kencing:

  1. Ujian Kit Jantina DIY: Terdapat kit ujian jantina yang boleh dibeli di pasaran, yang biasanya melibatkan penggunaan air kencing ibu. Kit ini bekerja dengan cara mengubah warna air kencing bergantung pada jantina bayi. Walau bagaimanapun, ketepatan ujian ini tidak dapat dijamin dan sering kali dianggap sebagai kaedah yang tidak terlalu boleh dipercayai.
  2. Ujian Baking Soda: Beberapa orang mencadangkan ujian menggunakan baking soda untuk menentukan jantina bayi. Anda akan mengumpulkan sedikit air kencing dalam bekas dan menambah baking soda. Jika campuran berbuih, ia dianggap sebagai tanda bayi lelaki, manakala jika tidak berbuih, ia dianggap sebagai tanda bayi perempuan. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong kaedah ini.
  3. Ujian dengan Rempah Ratus atau Makanan: Terdapat beberapa kepercayaan popular yang mengatakan bahawa perubahan dalam keasidan atau pH air kencing boleh memberikan petunjuk tentang jantina bayi. Contohnya, memerhatikan bagaimana air kencing berinteraksi dengan makanan tertentu, seperti limau nipis atau cuka. Sekali lagi, tiada bukti saintifik untuk menyokong kaedah ini.

Penting untuk diingat bahawa kaedah-kaedah ini lebih kepada kepercayaan atau percubaan yang tidak mempunyai asas saintifik yang kuat. Untuk ketepatan, kaedah seperti ultrasound atau ujian DNA lebih disarankan untuk mengetahui jantina bayi.

Bila Boleh Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan

Mengetahui jantina bayi dalam kandungan adalah salah satu momen yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak.

Umumnya, terdapat beberapa cara dan tempoh untuk mengetahui jantina bayi:

  1. Ultrasound (Sonografi): Biasanya, ultrasound dapat menentukan jantina bayi sekitar minggu ke-18 hingga ke-22 kehamilan. Dalam sesetengah kes, jantina mungkin lebih sukar untuk ditentukan jika bayi berada dalam posisi yang tidak sesuai.

  2. Tes DNA (NIPT): Ujian darah bukan invasif (NIPT) yang boleh dilakukan sekitar minggu ke-10 kehamilan. Ujian ini mengukur DNA bayi dalam darah ibu dan boleh memberikan maklumat tentang jantina bayi dengan ketepatan yang tinggi.

  3. Amniosentesis atau Chorionic Villus Sampling (CVS): Ini adalah ujian invasif yang biasanya dilakukan jika terdapat risiko genetik atau perubatan tertentu. Amniosentesis biasanya dilakukan antara minggu ke-15 hingga ke-20, manakala CVS dilakukan antara minggu ke-10 hingga ke-13. Kedua-dua ujian ini boleh memberikan maklumat mengenai jantina bayi bersama dengan analisis genetik.

  4. Ujian Darah Tradisional: Ujian darah tradisional yang boleh dilakukan sekitar minggu ke-9 kehamilan untuk mendapatkan maklumat mengenai jantina bayi, walau bagaimanapun, ketepatannya mungkin tidak setinggi NIPT.

Kelebihan Mengetahui Jantina Bayi

Mengetahui jantina bayi lebih awal membantu ibu dan ayah dalam banyak hal terutamanya berkaitan kelengkapan bayi. Ibu tidak perlu lagi tersalah memilih pakaian dan sudah tahu apakah barangan dan dekorasi yang perlu dipilih.

Malah, ibu dan ayah juga tidak perlu lagi membuat list nama yang begitu panjang untuk kedua-dua jantina dan sudah pun boleh menetapkan nama yang bersesuaian untuk si manja.

Selain itu, bagi ibu khasnya sudah boleh berbual-bual dengan si manja anda menggunakan nama panggilan mereka. Pendek kata, banyak hal yang lebih menarik dan mudah setelah mengetahui jantina bayi.

  1. healthline.com (2020, Januari 22) How Soon Can You Find Out the Sex of Your Baby? www.healthline.com/health/pregnancy/when-can-you-find-out-sex-of-baby

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Cara Power Hamil Bayi Perempuan Secara Semula Jadi, Betulkan Teknik Ini Dulu!

Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Baca juga: Payudara Kiri Atau Kanan Lebih Besar? Jika Kiri Anda Mungkin Mengandung Bayi Lelaki!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!