Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

Cara pakai bengkung hendaklah betul agar ibu memperoleh manfaatnya. Anda juga perlu memastikan saiz bengkung adalah bersesuaian dengan bentuk tubuh badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman mengandung dan melahirkan zuriat untuk suami tercinta adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama. Ketika melalui tempoh berpantang, anda perlu disiplin mengamalkan beberapa makanan yang selamat serta tahu cara pakai bengkung dengan betul.

Ada sesetengah ibu berpantang selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari bagi memastikan tubuh badan benar-benar sihat. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekangan masa dan tugas di pejabat, tempoh ini mungkin dipendekkan.

Baca juga: Resepi Berpantang 44 Hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

Cara pakai bengkung yang betul memberikan manfaat kepada ibu berpantang

credit to sources

Ketika berpantang, biasanya wanita perlu melakukan pelbagai amalan pemulihan seperti berpilis, memakai param, berurut, mandi herba, bertungku dan memakai bengkung.

Menurut perkongsian oleh seorang bidan, Kak Engku Bidan Bersalin, ada banyak kelebihan amalan berbengkung yang perlu diambil perhatian oleh ibu-ibu selepas bersalin. Antaranya:

#1. Pakai bengkung sehari selepas melahirkan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dalam pantang bersalin hendaklah mempraktikkan rawatan berbengkung. Pemakaiannya hendaklah dimulakan pada hari yang berikut sejurus sahaja bersalin. Dalam hal ini, lagi cepat adalah lebih bagus agar bahagian perut tidak dimasuki angin.

Jika perut terdedah dengan angin berlebihan, ia boleh membuatkan anda tidak sedap badan dan mungkin mudah sakit.

#2. Pakai lagi lama, lagi bagus

Ketika menggunakan bengkung, ia hendaklah mengikut keselesaan diri. Lagi lama anda pakai, ia lagi bagus kerana boleh cepat nampak hasil kebaikan bengkung tersebut kepada tubuh terutamanya bagi mengelakkan perut menggeleber.

#3. Sapukan bersama minyak urut herba atau krim panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh menyapu minyak urut herba atau krim panas pada bahagian perut terlebih dahulu. Kemudian, alaskannya menggunakan kain bagi mengelakkan kesan minyak atau krim terkena pada bengkung.

Anda juga tidak perlu basuh bengkung berkenaan dengan kerap.

#4. Membantu pengeluaran darah nifas dan elak sengal pada perut

Cara pakai bengkung yang betul dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Ia juga membolehkan ketulan darah nifas keluar dengan sempurna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan cara ini, ibu dapat mengelakkan tubuh badan daripada rasa sengal atau tidak selesa pada bahagian perut. Biasanya anda berdepan masalah ini ketika bersama suami selepas tamat tempoh berpantang nanti.

#5. Mengelakkan masalah perut buncit

credit to sources

Jika anda memandang rendah akan penggunaan bengkung ini, ibu mudah mengalami perut buncit, menggeleber serta sakit, lenguh pada bahagian pinggang atau pinggul.

Masalah ini boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Biasanya ia tidak akan habis pada waktu itu sahaja, tetapi boleh berulang kembali pada kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, jika mengabaikan amalan bertungku turut boleh menganggu pergerakan fizikal dan sekaligus mempercepatkan penuaan sebelum masa. Penyakit ini berpunca daripada ketegangan serta pembengkakan di bahagian urat peranakan, celah paha dan ari-ari.

Tips pemakaian bengkung yang mudah dan betul

  1. Sapukan minyak atau krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
  2. Buka kain bengkung dan letakkan mengelilingi kawasan perut
  3. Berbaring agar lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut ibu meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding dengan berdiri
  4. Ikat bermula dari bawah bagi memudahkan ibu sekiranya hendak ke tandas
  5. Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama, anda hanya perlu longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Sebaik sahaja selesai di tandas, pastikan anda mengikat semula dengan rapi
  6. Ibu dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
  7. Bagi ibu yang menjalani proses bersalin secara pembedahan atau caesarean, bengkung boleh digunakan hanya setelah anda sembuh dari kesan pembedahan

credit to sources

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah bengkung yang baik adalah mempunyai diameter panjang menutupi paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ia dapat memberi sokongan yang penuh ke atas rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala diameter bengkung yang pendek boleh menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. Keadaan ini boleh menjejaskan kedudukan rahim kerana ia menekan ke bawah dan boleh menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Selain itu, ia turut boleh menjejaskan potongan badan dengan membuatkan bahagian pinggang mengecil, sedangkan bahagian bawah kelihatan lebih besar.

Sumber: Aiennamusa, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Rumah Mak Sendiri Atau Rumah Mak Mentua, Anda Pilih Yang Mana?