Bila ada anak yang semakin membesar, segala benda ibu bapa perlu peka dan ambil perhatian. Nampak biasa saja, tapi silap cara akan pengaruhi masa depan anak. Ia termasuklah cara anak pegang pensel.
Menurut Pakar Tulisan Tangan yang juga ahli terapi cara kerja Mahfuzah Zainol, ada 3 jenis pegangan pensel yang akan mempengaruhi kemahiran tulisan tangan kanak-kanak.
Jika tidak dibetulkan sejak kecil, kemahiran tulisan tangan ini akan mempengaruhi karekter anak-anak. Salah pegang dia mungkin akan rasa ketinggalan apabila beradah di sekolah rendah nanti. Jadi ibu bapa tolong take note kerana ia perkara penting yang pastinya akan mempengaruhi masa depan anak anda nanti!
Elakkan anak pegang pensel cara tak efektif
Menurut pakar, ada tiga jenis pegangan pensel yang mungkin anda lihat pada anak. Ia termasuklah:
#1. Jenis berfungsi
Untuk pegangan jenis berfungsi ini ada dua cara, tripod grip (tiga jari) dan quadrupod grip (empat jari). Kedua-dua cara ini adalah efektif dan paling baik untuk kanak-kanak.
Tidak akan cepat letih menulis, lebih efisien dan pantas, dinamik dan mantap. Ahli terapi cara kerja sangat lega jika kanak-kanak sudah boleh pegang pensel dengan dua cara ini kerana tidak banyak yang perlu dirisaukan dan sudah boleh fokus pada penulisan.
#2. Jenis tidak efektif
Jenis tidak efektif ni ada banyak dan pelbagai. Contohnya pegang pensel lima jari. Five finger grip. Saya selalu nampak pegangan jenis ni dalam kalangan kanak-kanak autisme melalui pengalaman saya la.
Kemudian, ada cara thumb tuck grip dan finger wrap grip, pegangan jenis ini saya lihat banyak murid Down Syndrome buat. Yang cara macam ni mereka akan jadi cepat letih ketika menulis, tekanan pensel pun sangat kuat dan berisiko tinggi untuk ketinggalan dalam kelas sebab cikgu dan kawan-kawan laju menulis dah siap.
Bila dia rasa ketinggalan, dia akan down dan kecewa dan mula benci aktiviti menulis atau menyalin-menyalin ini. Sebab tu penting untuk kita proposed pegangan pensel yang betul sejak awal lagi, regardless dia ada diagnosis apa, tidak kiralah Autism ke, ADHD ke, Down Syndrome ke, Cerebral Palsy ke.
Yang murid tipikal pun kadang-kadang kita lihat mereka pegang cara-cara yang tidak efektif ini. Cikgu dan ibu bapa kena aware dan bantu mereka.
Satu lagi cara tak efektif ialah flexed wrist, pegangan jenis ni biasa saya lihat dalam kalangan kanak-kanak Cerebral Palsy. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Cerebral Palsy sememangnya mempunyai masalah muscle tone. Apabila mereka kena buat juga aktiviti menulis, jadi pegangan pensel jadila macam tu. Tidak efektif.
Saya suka mencadangkan kanak-kanak CP ni diberi kelonggaran guna computer untuk aktiviti melibatkan tulisan tangan. Tidak perlu dipaksa sebab mereka memang ada masalah muscle tone (mostly high tone).
#3. Jenis tidak matang
Jenis ini yang paling teruk dalam sejarah perkembangan kemahiran tulisan tangan. Kalau kita tengok ada murid masih pegang pensel macam nak bunuh orang (fisted atau palmar grip) ini.
Itu petunjuk penting bahawa dia perlukan banyak aktiviti handwriting readiness. Jenis ini macam baby baru pegang pensel. Sekitar umur 1-3 tahun.
Cara satu lagi yang tidak matang ialah pronated grip. Kanak-kanak Cerebral Palsy pun ada yang pegang macam ini, tapi kita sedia maklum masalah high tone muscle dia, tak perlu dipaksa.
Kita guna sahaja alternatif tekan keyboard untuk dia.
Perlu kreatif bagi yang bekeperluan khas
Jadi, dalam dunia Pendidikan, guru perlu bijak merancang dan memberikan alternatif terbaik kepada murid berkeperluan khas. Tidak semua intervensi kita boleh beri secara fixed. Kita give and take.
Itu menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai guru dan juga ahli terapi dalam menangani masalah pegangan pensel mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: Ajar Anak Anda Cara Menulis dan Membaca dengan Kaedah ‘Garam dan Dulang’
Baca juga: 9 Aktiviti Paling Mudah Kuatkan Otot Tangan Anak Menurut Doktor
Baca juga: Penting Kembangkan Kemahiran Motor Halus Anak – Baru Anak Cepat Menulis