Cara Pembahagian Daging Korban Dalam Islam, Apakah Hukum Jika Simpan Lebih 3 Hari?

Cara pembahagian daging korban bergantung kepada jenis haiwan korban yang anda buat. Terdapat dua jenis korban iaitu sunat dan nazar (wajib)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ibadah korban dilaksanakan setiap tahun, namun pasti ada yang tertanya-tanya mengenai cara pembahagian daging korban.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Cara pembahagian daging korban mengikut ajaran Islam
  • Hukum menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari

Ibadah korban adalah ibadah yang dituntut oleh orang yang berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yang memerlukan. Jadi adakah mereka yang melakukannya boleh menikmati daging yang dikorbankan?

Cara pembahagian daging korban mengikut ajaran Islam

Terdapat dua jenis korban iaitu korban sunat dan korban orang bernazar.

Korban sunat adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dan digalakkan manakala korban orang yang bernazar adalah korban wajib.

Apabila anda bernazar ia bukanlah sunat muakkad. Apabila seseorang telah bernazar untuk melakukan ibadah korban jika nazarnya tercapai, individu tersebut wajib melaksanakan korban.

Haiwan yang boleh dikorbankan adalah an’am iaitu haiwan ternakan yang boleh dizakatkan termasuklah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Haiwan itu mestilah juga menepati ciri-ciri haiwan korban yang sempurna iaitu tidak cacat telinganya walau terpotong sedikit, tidak terpotong lidah atau ekor, tidak kurus dan kurang daging, tidak berkudis, tidak buta, tidak tempang dan tidak bunting.

Cara pembahagian daging korban yang betul adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Korban sunat

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Namun ini cumalah pembahagian yang biasanya diikuti masyarakat di Malaysia. Ada juga yang menyedekahkan kesemua daging korban dan mengambil sedikit sahaja bahagian untuk dirinya.

Cara paling afdal adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban tersebut dan mengambil sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.

#2. Korban orang bernazar (wajib)

Individu yang telah bernazar korban wajib menyedekahkan kesemua daging korban serta apa saja yang berkaitan dengan haiwan itu termasuk tanduk dan kulit kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.

Hukum menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kenyataan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah dibolehkan untuk daging korban disimpan melebihi tiga hari. Ia bersandarkan kepada:

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ianya juga melihat kepada sebab mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bolehkah Niat Korban Dan Akikah Pada Seekor Haiwan Yang Sama? Ini Jawapan Ustaz

Baca juga:  Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

Baca juga: Nak Masak Rendang Daging Raya Nanti? Ini 5 Cara MELEMBUTKAN DAGING Dengan Cepat!

Penulis

Lala Annuar