6 Cara Selamat & Kebaikan Menggunakan Essential Oil Pada Bayi

Ada banyak manfaat essential oil pada bayi tapi jika digunakan secara melampau, ia boleh menyebabkan iritasi terutama pada bayi baru lahir. Berikut info berkaitan essential oil dengan lebih terperinci

Anda tahu tak cara penggunaan essential oil pada bayi yang betul dan selamat? Essential oil sangat popular di kalangan orang dewasa kerana ia membawa manfaat pada kesihatan. 

Tapi penggunaan essential oil yang salah boleh beri kesan buruk pada bayi dan kanak-kanak.

Sebab itu ibu bapa disarankan memahami cara penggunaan essential oil ini dahulu sebelum digunakan pada si kecil. 

Cara penggunaan essential oil – Manfaat pada kesihatan si manja 

Kredit: Medical News Today

Manfaat essential oil memang tidak disangkal. Dengan hanya beberapa titisan saja sudah membawa kelebihan pada fizikal dan psikologi si kecil. 

Ia juga dapat melepasi dinding sel dan membran tubuh sekaligus dihantar pada bahagian badan yang diperlukan. 

Berikut 6 kebaikan penggunaan essential oil: 

Namun begitu, anda harus pilih minyak essential yang betul-betul selamat untuk bayi mahupun kanak-kanak dan ikut panduan ini. 

Panduan dan cara penggunaan essential oil untuk kanak-kanak & bayi

Kredit: Twenty lemons.com

Menurut Persatuan Pakar Naturopatik Amerika, ibu bapa dilarang menggunakan essential oil pada bayi bawah umur tiga bulan. Terdapat dua sebab: 

  • Ia boleh jejaskan deria bau bayi baru lahir – Salah satu cara bayi baru lahir kenal dunia adalah melalui deria bau. Menurut penyelidikan, bayi baru lahir dapat mengenali ibunya melalui susu ibu. Jadi sebarang konflik bau yang terlalu kuat harus dielakkan supaya tidak ganggu penyusuan si kecil
  • Merosakkan kulit bayi – Kulit bayi baru lahir pastinya lebih halus berbanding orang dewasa. Sebab itu, ibu bapa harus selektif tentang minyak yang digunakan pada kulit bayi. 

Walau bagaimanapun, sebaik saja bayi lulus fasa tiga bulan selepas dilahirkan, ada minyak pati yang selamat untuk kegunaan si kecil tapi ibu bapa harus pakai secara berhati-hati. 

Petua penggunaan minyak essential pada bayi 

Kredit: You and kids

Sekarang anda sudah faham tentang maklumat keselamatan yang penting saat menggunakan minyak essential ini, kan? 

Jadi kita beralih pula pada jenis-jenis minyak yang selamat digunakan pada bayi dan membawa banyak manfaat kesihatan. Berikut senarainya:

Senarai minyak pati yang selamat digunakan 

  1. Lavender: Kajian 2016 mendapati minyak lavender merawat kesakitan dan boleh meredakan kolik pada bayi
  2. Chamomile: Tiada kajian mengenai keberkesanannya, tapi ia diakui sendiri oleh para ibu setelah digunakan pada mandian bayi. 
  3. Distilled lemon: Ia pendorong mood yang lebih baik dan meresap dalam tubuh bayi. 
  4. Eucalyptus: Minyak ini dapat melegakan hidung tersumbat atau titiskan pada tab mandian bayi. 
  5. Dill: Minyak ini dapat menenangkan ketidakselesaan bayi dengan cara mengurut.
  6. Mandarin: Sama seperti lavender, mandarin juga menenangkan dengan wangian yang cukup indah. 

Terdapat tiga cara penggunaan essential oil 

#1. Mengurut tubuh bayi: 

  • Melegakan kolik si kecil dan persiapan untuk tidur. 
  • Lakukan sentuhan ringan di sekitar tubuh bayi dengan dua titis minyak essential. 

#2. Mandian bayi 

  • Titiskan beberapa essential oil  dalam tab mandian si kecil. 

#3. Aroma penyegar 

  • Pastikan anda memilih minyak pati penyegar udara yang selamat untuk bayi hidu. 
  • Antara minyak yang sesuai digunakan seperti lavender, oren, lemon, ros, limau mandarin, ylang ylang dan rosemary. 

Nota penting : Jika anak sakit, jangan gantikan minyak essential ini sebagai ubat tapi dapatkan terus rawatan dengan pakar pediatrik.

Malah, selalu berunding dengan doktor terlebih dahulu jika terdapat tanda anak sakit sebelum mengambil sebarang rawatan dari rumah. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Anak maut selepas ibu ganti ubat asma dengan minyak pati