Biasanya, kesalahan cara penjagaan bayi baru lahir disebabkan oleh cerita dari orang “dulu-dulu” atau sebab ibu bapa yang tidak menguasai pengetahuan tentang perkembangan fizikal anak dengan betul.
Kita sedia maklum, bayi baru lahir memerlukan penjagaan rapi supaya tidak membahayakan nyawa si kecil itu. Tubuh mereka masih lemah dan mereka memiliki sistem imun yang sensitif terhadap bakteria.
Untuk itu, ahli pediatrik meringkaskan tujuh kesilapan ibu bapa terhadap cara penjagaan bayi baru lahir terutama mereka yang masih keliru dan tidak mempunyai info lengkap tentang bab ini.
Jom kita lihat apakah ia!
7 mitos cara penjagaan bayi baru lahir
# 1. Mitos cara penjagaan bayi baru lahir – Susu ibu boleh merawat mata merah bayi
Mitos : Ramai orang berpengalaman kata, nak sembuhkan mata merah bayi, titik susu ibu ke dalam mata bayi. Kata mereka, susu ibu bersih. Tapi itu sebenarnya salah.
Penjelasan doktor: Jika mata bayi merah, itu maksudnya mata telah dijangkiti. Susu payudara tidak dapat merawat kesakitan mata bayi kerana ia boleh tercemar dek alat atau tangan ibu.
Oleh demikian, susu ibu yang diletakkan pada mata bayi boleh menyebabkan lebih kerosakan dan pembiakan bakteria.
#2. Mitos cara penjagaan bayi baru lahir – Bagi bayi minum air kosong
Sebelum ini, kami ada menerangkan tentang bahaya memberi bayi minum air kosong. Susu ibu sudah ada kandungan air yang mencukupi untuk si kecil.
Jika ibu tetap berdegil memberi bayi minum air seawal bawah enam bulan, ia boleh menyebabkan cirit birit dan keracunan air!
Penjelasan doktor: Ibu bapa perlu faham yang susu ibu menyediakan cukup air untuk tubuh si kecil. Air akan ganggu penyerapan nutrien pada bayi baru lahir selain boleh menyebabkan fenomena keracunan, sawan.
Manakala bayi atas enam bulan boleh diberi air tapi tak boleh melebihi 200ml setiap hari.
#3. Mitos cara jaga bayi – Anak cirit birit itu tanda ‘beralih bulan’
Selalu kita dengar bayi “beralih bulan” akan mengalami cirit-birit atau berak. Kata orang tua, itu simptom biasa dan akan hilang sendiri selepas beberapa hari.
Penjelasan doktor: Pada usia kanak-kanak, mereka mula bergerak, meneroka, menjilat dan mengunyah. Sebab itu tubuhnya mudah dijangkiti bakteria lalu menyebabkannya cirit-birit.
Sekiranya cirit birit tak hilang selama seminggu, anda patut risau dan ia boleh membahayakan nyawanya. Apapun dapatkan nasihat doktor untuk sebarang kemusykilan.
#4. Mitos cara jaga bayi – Bayi merengek sebab tumbuh gigi
Orang selalu kata bayi yang berumur empat dan enam bulan akan selalu merengek sebab tumbuh gigi.
Penjelasan doktor: Menurut Dr. Baker, kita tidak boleh terlalu percaya dengan mitos tersebut kerana merengek dan menangis adalah perkembangan biasa yang tidak ada kena mengena dengan gigi.
Bayi baru lahir memang lazimnya sukar untuk tidur malam kerana mereka masih cuba membiasakan diri dengan kehidupan luar rahim.
Namun, ramai yang mengatakan tidurkan bayi secara meniarap mempercepatkan si kecil tidur, tapi bagi doktor ia adalah sebaliknya.
Penjelasan doktor : Dr. Nguyen yang berasal dari England menyatakan bayi tidur secara meniarap atau di dada ibu bapanya merupakan cara yang salah kerana ia boleh meningkatkan risiko SIDS atau kematian secara mengejut di kalangan bayi baru lahir.
#6. Mitos – Rawat demam bayi dengan ubat-ubatan
Penjelasan doktor: Menurut Dr. Baker, tiada bukti demam boleh menyebabkan kerosakan otak malah ia tidak semestinya dirawat dengan ubat walaupun suhu tinggi.
Cara yang paling selamat adalah pastikan anak dalam keadaan selesa dan terhidrasi. Paling tidak damah tubuhnya dengan air asam jawa supaya suhu turun.
#7. Mitos – Bayi jadi manja bila selalu berdukung
Ramai ibu bapa yang mempercayai jika selalu dukung anak ketika menangis, ia boleh menyebabkan banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Ini adalah tidak benar!
Penjelasan doktor: Dalam beberapa bulan pertama bayi, mereka memerlukan lebih banyak sentuhan kulit ke kulit dengan kedua ibu bapanya.
Namun tidaklah sampai sepanjang masa dukung si kecil itu tapi peluk tubuhnya supaya dia berhenti menangis sekaligus dapat tenangkannya.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Nytimes
Sumber: Fit Pregnancy & theAsianparent Vietnam
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenjagaan-bayi-baru-lahir/