X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

3 min bacaan
10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Bayi anda baru tumbuh gigi? Cuba legakan kesakitan tumbuh gigi dengan 10 cara semulajadi yang mudah dibuat di rumah ini. Anda pasti takkan kecewa.

Apabila bayi tumbuh gigi…

Kalau setiap kali anak atau bayi anda kesakitan kerana tumbuh gigi, anda kena pergi berjumpa doktor… habislah! 

Ibu bapa boleh bankrupt kena bayar bil lawatan doktor!

Jadi, untuk mengelak dari membazirkan wang, ibu bapa boleh mencari jalan lain untuk merawat kesakitan bayi tumbuh gigi di rumah. 

Mujurlah, terdapat banyak cara yang boleh melegakan rasa sakit apabila tumbuh gigi. 

Di sini ada 10 cara  yang ibu bapa boleh cuba:

Cara 1 – Daging kering (beef jerky)

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Mungkin ramai yang tak kenal daging lembu kering atau beef jerky tapi ia boleh dijadikan teether gigi yang bagus!

Ini sebab daging kering sukar untuk digigit tapi sangat sedap untuk dimakan.

Bayi suka gigit daging kering ini tanpa henti dan ia seakan gusi mereka sedang “diurut”. 

Tapi, selepas beberapa minit ia dikunyah bayi, ibu bapa perlu gantikan dengan daging baru untuk mengelak kemalangan tercekik.

Cara 2 – Buah pisang yang sejuk atau yang telah dibeku

Pisang yang telah dibeku atau disejukkan adalah alternatif yang baik untuk melegakan kesakitan. 

Oleh sebab pisang adalah buah yang lembut, ia boleh ditelan dengan selamat oleh bayi anda. Tapi untuk keselamatan, ibu bapa digalakkan untuk memantau anak mereka dengan teliti apabila mereka makan.

Artikel berkaitan: Baby Led Weaning Atau Bayi Makan Dari Tangan Sendiri – Bagus Atau Tidak?

Cara 3 – Rantai leher Amber (Amber Teething Necklace)

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Rantai leher yang dibuat dari amber dianggap sebagai salah satu cara yang biasa untuk merawat anak tumbuh gigi.

Amber boleh mengeluarkan asid succinic ke dalam kulit dan mengurangkan kesakitan.

Asid succinic juga boleh mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka.

Selain itu, bentuk manik pada rantai boleh melegakan tekanan pada gusi.

Cara 4 – Ekstrak vanila semulajadi

Sama seperti minyak cengkih, vanila mempunyai ciri-ciri yang boleh melegakan kesakitan tumbuh gigi. Gosokkan ia pada gusi bayi sekali sehari untuk melihat kesannya.

Cara 5 – Tuala kecil bersimpul

Tuala kecil yang sejuk juga pilihan yang baik.

Fabrik yang sejuk dan lembut boleh membantu melegakan kesakitan.

Teksturnya juga boleh diubah dengan mengikat beberapa simpul pada hujung kain lap untuk bayi yang sedang merengek.

Cara 6 – Ais kisar

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Ais kisar (berperisa atau tanpa perisa) adalah remedi kegemaran berbanding pilihan lain.

Ibu-ibu juga boleh mengisar susu badan yang telah dibekukan sebagai alternatif yang sedap untuk anak. 

Ais boleh mengurangkan gusi bengkak serta mengebaskan kesakitan. Ais kisar ini boleh diberi dengan menggunakan sudu atau diberi sebagai minuman.

Cara 7 – Wafel beku

Ibu bapa juga boleh cuba beri wafel beku yang sedap.

Ibu bapa masih boleh tolong lenyekkan wafel tersebut supaya ia senang dan selamat untuk ditelan.

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Cara 8 – Batang lobak merah yang mentah

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Lobak mentah yang sejuk adalah remedi yang hebat dan sihat untuk kanak-kanak yang tumbuh gigi.

Bayi suka mengigit teksturnya yang kukuh dan sejuk. Tetapi ibu bapa haruslah memerhati anak mereka semasa mereka makan untuk memastikan mereka tidak tercekik cebisan-cebisan kecil.

Cara 9 – Puri Epal

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Makanan seperti puri epal yang disejukkan dalam peti sejuk boleh melegakan gusi anak.

Cara 10 – Berus gigi

Dengan menggunakan berus gigi, kesakitan bayi dapat dikurangkan kerana ia boleh mengurut bahagian gusi yang sakit.

Perbuatan mengunyah berus gigi juga merupakan cara yang baik untuk melegakan kesakitan.

Adakah anda sanggup mencuba cara-cara semulajadi ini?

Beritahu kami pilihan anda dalam bahagian komen di bawah. Adakah anda memerlukan lebih banyak idea mengenai ubat untuk tumbuh gigi?

Cuba tengok video dibawah ini:

Sumber: TheAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combahan-semulajadi-untuk-rawat-selesema/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!
Kongsikan:
  • Jangan panik jika bayi 8 bulan masih belum tumbuh gigi, ini apa anda patut buat

    Jangan panik jika bayi 8 bulan masih belum tumbuh gigi, ini apa anda patut buat

  • Ini 3 sebab mengapa gigi susu anak anda perlu dicabut walaupun jika ia belum jatuh

    Ini 3 sebab mengapa gigi susu anak anda perlu dicabut walaupun jika ia belum jatuh

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.