Bagi mereka yang sudah uzur atau mengalami kecederaan mungkin ada keperluan untuk solat secara duduk. Jadi kami kongsikan cara solat duduk atas kerusi perempuan yang mungkin boleh membantu anda mendapatkan secara jelas cara solat duduk.
Kepentingan Solat
Banyak ayat al-Quran yang dikaitkan dengan kepentingan menunaikan solat. Antaranya termasuklah dalam Surah Taha ayat 14.
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Hukum Solat Bagi Orang Yang Tidak Mampu Berdiri
Berdiri atau Qiyam adalah rukun solat yang wajib dipatuhi. Namun, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Jadi kami kongsikan cara cara solat duduk atas kerusi perempuan.
Bagi seseorang yang tidak mampu solat berdiri, dia dibolehkan bersolat secara duduk. Jika tidak mampu duduk, maka dibolehkan solat mengiring dan begitulah seterusnya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Hussein yang mengadu kepada Rasulullah tentang beliau mengidap penyakit bawasir, lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk (mengiring).” – Riwayat al-Bukhari
Keuzuran Yang Dibenarkan Untuk Solat Secara Duduk
- Tidak mampu berdiri
- Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya bersolat secara berdiri
- Berada di atas kapal, sampan, atau perahu yang ditakuti akan tenggelam sekiranya melakukan solat secara berdiri di atasnya
- Seseorang yang berasa pening kepala
- Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat
- Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh atau berada pada kedudukan yang tidak stabil apabila dilakukan solat secara berdiri
- Solat di dalam kereta api dan seumpamanya
- Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul yang jika sekiranya dia berdiri akan menyebabkan air kencingnya mengalir atau lebih banyak akan mengalir keluar
Cara Solat Duduk Atas Kerusi
- Duduk menghadap kiblat: Selepas takbiratul ihram, kedua-dua tangan diletak di antara pusat dan dada sepertimana solat berdiri.
- Apabila rukuk badan ditundukkan sedikit dengan niat rukuk dan kedua-dua tangan diletak di atas paha di pangkal lutut.
- Iktidal, badan ditegakkan semula. Tangan dilepaskan ke bawah.
- Sujud dilakukan dengan badan dibongkokkan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk.
- Untuk duduk di antara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan dihujung pada seperti kedudukan awal.
- Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.
Panduan Video Solat Secara Duduk
Berikut adalah panduan solat secara duduk:
JAKIM
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Begini Caranya Didik Anak Sembahyang Tanpa Perlu Dipaksa, Ini Tips Buat Ibu Ayah!
Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan
Baca juga: Hukum Guna Duit Raya Anak Mengikut Mufti WP, Parents Kena Take Note