Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Solat sunat Aidilfitri hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Berikut adalah cara mengerjakannya seperti dikongsi JAKIM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat sunat Aidilfitri hukumnya sunat muakkad. Segala rukun dan syarat sama seperti solat fardhu lima waktu kecuali tambahan perkara sunat iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri – Panduan oleh JAKIM

Rakaat Pertama:

  1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahuakbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua:

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Niat Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri & Tasbih

Lafaz niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala

Lafaz tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ertinya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar Dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Hukum Solat Sunat Aidilfitri 

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum solat sunat Aidilfitri adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Menurut hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri solat sunat ini disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Bermula tempoh terbitnya matahari sehingga tergelincir matahari iaitu 8 pagi ke atas hingga sebelum masuk waktu Zohor

Khutbah Raya Aidilfitri

Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat daripada segi rukunnya. Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Takbir Raya Aidilfitri

Umat Islam digalakkan untuk bertakbir bagi hari raya Aidilfitri bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat hari raya.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga: Begini Caranya Didik Anak Sembahyang Tanpa Perlu Dipaksa, Ini Tips Buat Ibu Ayah!

Baca juga: Mahukan Anak-Anak Lebih Bersemangat Bangun Bersahur? Cuba Tips Berkesan Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar