X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Niat Jamak Takhir & Jamak Takdim Ketika Musafir Lebih 92km, Panduan Lengkap Buat Anda

6 min bacaan
Niat Jamak Takhir & Jamak Takdim Ketika Musafir Lebih 92km, Panduan Lengkap Buat Anda

Niat jamak takhir boleh dilakukan bagi anda yang bermusafir melebihi dua marhalah dengan menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu solat kedua

Apabila melakukan perjalanan jauh melebihi dua marhalah, umat Islam diberikan kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat. Justeru kami kongsikan panduan lengkap termasuklah niat jamak takhir sebagai panduan anda.

Rukhsah atau kemudahan ini memberikan kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan mengalami masalah untuk singgah mendirikan solat fardhu beberapa kali.

Ertinya, kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali gus.

Niat jamak takdim dan niat jamak takhir

Niat jamak zohor dan asar 

Dari segi bahasa, jamak adalah perkataan Arab yang bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak, atau mengarang kitab atau menyusun huruf.

Dalam hal solat, ia bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu.

#1. Niat jamak zohor dan asar (JAMAK TAKDIM)

Niat jamak zohor dan asar adalah seperti berikut:

1.Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.

2.Lafaz niat solat jamak taqdim bagi solat Zohor adalah seperti berikut:

Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

3. Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

4. Kerjakanlah solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

5.Selesai sahaja salam, segera bangun berdiri untuk solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

6. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut (muwalat)

7.Lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar:

Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

8.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

9.Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

10.Dengan demikian, kita tidak perlu lagi mengerjakan solat fardu Asar di waktu Asar nanti.

#2. Niat Solat Jamak Asar Dan Zohor (JAMAK TAKHIR)

niat jamak takhir

Niat solat jamak asar dan zohor adalah seperti berikut:

1.Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.

2.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”.

3.Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tidak sah.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

4.Maksudnya, jika terlupa niat jamak, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Zohor dahulu.

5.Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.

6.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niat Solat Jamak Asar Dan Zohor:

Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

7.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

8. Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

9.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat.

#3. Niat Solat Jamak Maghrib dan Isyak (JAMAK TAKDIM)

Cara solat Jamak Takdim Maghrib dan Isyak adalah seperti berikut:

1.Setelah masuk waktu maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.

2.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa takbiratul ihram):

Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

3.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

4.Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

5.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

6.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

7.Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:

Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

8.Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

9.Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

10.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti.

#4. Niat jamak takhir maghrib isya 

Niat jamak takhir maghrib isya 

Niat jamak takhir maghrib isya adalah adalah seperti berikut:

1.Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka niat jamak solat fardu Maghrib di waktu Isyak nanti.

2.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir di waktu Isyak nanti”.

3.Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Maghrib, jamak tersebut tidak sah.

4.Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Maghrib dahulu.

5.Apabila masuk waktu Isyak, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Isyak dahulu.

6.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya:

Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

7.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

8.Kerjakanlah solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

9.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu maghrib tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

11.Lafaz niat untuk solat fardu Maghrib:

Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

12.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

13.Kerjakanlah solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk Maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Jadi Isteri Memang Penat & 24 Jam Kena Bekerja, Niat Kerana Allah Jadi Tiket Ke Syurga

Baca juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Niat Jamak Takhir & Jamak Takdim Ketika Musafir Lebih 92km, Panduan Lengkap Buat Anda
Kongsikan:
  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

    Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

    Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.