Rambut Bayi: Bila Ia Tumbuh, Tips Penjagaan & 21 Cara Melebatkan Rambut Bayi

Cara melebatkan rambut bayi yang berkesan dapat menggalakkan proses pertumbuhan rambut selepas cukur jambul agar si manja kelihatan comel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja masuk hari ke-7 kelahiran, antara perkara sunat yang perlu ibu ayah lakukan adalah menamakan bayi, melakukan aqiqah dan mencukur rambut bayi hingga botak. Bagi membolehkan rambutnya tumbuh semula dengan sihat, ada beberapa cara melebatkan rambut bayi yang boleh anda cuba.

Sesetengah ibu mungkin berasa sayang untuk cukur rambut bayi. Walau bagaimanapun, tujuan cukur jambul adalah untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan. Di samping itu untuk menjaga kebersihan dan memastikan anak bebas dari penyakit.

Cara melebatkan rambut bayi selepas bercukur

Rambut bayi sering menjadi perkara yang menarik perhatian ramai. Bagi ibu bapa yang baru menerima kelahiran anak, pertumbuhan rambut bayi adalah satu lagi ciri yang mempesona.

Sebelum membahas lebih lanjut tentang cara melebatkan rambut bayi, mari kenali ciri-ciri rambut bayi yang normal:

  1. Halus dan Lembut: Rambut bayi biasanya sangat halus dan lembut. Texturnya boleh sangat berbeza berbanding dengan rambut orang dewasa. Terdapat rambut bayi yang sangat halus hingga rambut yang sedikit lebih kasar, tetapi kebanyakan adalah halus.

  2. Warna yang Berbeza-Beza: Warna rambut bayi juga sangat pelbagai. Walaupun banyak bayi dilahirkan dengan rambut yang agak terang, warna rambut mereka boleh berubah sepanjang beberapa bulan pertama kehidupan mereka. Bayi yang dilahirkan dengan rambut berwarna terang mungkin akan melihat warnanya menjadi lebih gelap seiring pertumbuhan.

  3. Pola Pertumbuhan yang Berbeza: Tidak semua bayi mempunyai pertumbuhan rambut yang sama. Beberapa bayi mungkin mempunyai sedikit rambut pada saat dilahirkan, manakala yang lain mungkin mempunyai lebih banyak. Pertumbuhan rambut juga boleh berbeza-beza, dan ada yang memerlukan masa yang lebih lama untuk pertumbuhan rambut yang lebih mencolok.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  4. Rambut Terlekat pada Kulit: Pada peringkat awal, rambut bayi biasanya lebih melekat pada kulit kepala. Ini kerana folikel rambut belum berkembang sepenuhnya. Seiring pertumbuhan, rambut akan mula tumbuh lebih panjang dan tidak terlalu melekat pada kulit kepala.

  5. Permukaan Kepala Tidak Sempurna: Kepala bayi mungkin mempunyai ketidaksempurnaan permukaan, terutamanya pada awal kehidupan. Kulit kepala yang ada kerak atau kulit kepala yang berkilat adalah perkara biasa dan tidak perlu risau.

Selepas cukur jambul, ada sesetengah ibu berdepan masalah rambut bayi nipis, jarang serta lambat tumbuh sehingga perlu mencuba pelbagai produk rambut bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, anda sepatutnya tidak perlu bimbang kerana tebal atau nipisnya rambut bayi sebenarnya dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunannya.

Bagi bayi baru lahir hingga enam bulan, ibu hendaklah sentiasa mengambil pemakanan seimbang kerana si manja memerlukan khasiat yang cukup daripada susu ibu untuk berkembang dengan baik.

Antara cara melebatkan rambut bayi secara semula jadi yang boleh ibu ayah cuba di rumah adalah:

#1. Air kelapa muda

Petua melebatkan rambut bayi yang pertama adalah menggunakan air kelapa muda.Anda hanya perlu menyediakan air kelapa muda secukupnya, siramkan pada kulit kepala bayi sambil diurut lembut.

Cara nak lebatkan rambut bayi dengan cepat adalah lakukannya setiap pagi dan petang selepas waktu mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Minyak kelapa

Hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang ada dalam minyak rambut.

Sebenarnya pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran, ibu ayah tidak digalakkan guna produk lebatkan rambut bayi.

Hal ini kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya boleh membawa mudarat terhadap si manja.

Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.

#3. Lidah buaya

Lidah buaya memang bukan lagi rahsia melebatkan rambut. Tidak hanya bayi, malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara melebatkan rambut bayi adalah dengan mengambil isi dan lendir lidah buaya sahaja. Kemudian hancurkan isi sehingga menjadi dalam bentuk gel. 

Sapukan pada rambut dan kulit kepala bayi. Buat secara berulang kali setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

#4. Madu dan minyak zaitun

Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E.

Kedua bahan ini juga dikatakan mampu melebatkan rambut. Caranya adalah campur madu bersama minyak zaitun. Sapukan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya.

Lakukan sekali sehari atau dua hari.

#5. Buah avokado dan madu

Cara melebatkan rambut bayi yang seterusnya adalah menggunakan buah avokado dan madu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hanya perlu ambil isi buah yang sudah masak, kemudian hancurkan hingga halus seperti pupur. Kemudian, campurkan satu sudu madu asli.

Kacau sebati dan sapu pada rambut serta kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala agar tidak disentuh atau diusik oleh tangan kecil si manja.

Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.

#6. Buah keras

Cara melebatkan rambut bayi seterusnya adalah menggunakan buah keras. Ia adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah.

Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi.

Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.

#7. Pisang dan minyak zaitun

Cara melebatkan rambut bayi yang lain adalah menggunakan pisang dan minyak zaitun. Buah pisang mengandungi bahan mineral seperti kalium yang dapat merangsang pertumbuhan rambut lebih cepat.

Campuran pisang bersama minyak zaitun dapat membuatkan folikel rambut lebih kuat dan tumbuh dengan baik. 

#8. Minyak argan

Minyak argan mengandungi vitamin E dan kaya antioksidan, kandungan ini dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadi salah satu cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari. 

Untuk bayi, minyak argan boleh disapu sebelum dicuci dan diurut perlahan-lahan, biarkan selama 10 minit.

Kemudian bilas menggunakan air suam. Bila rambut bayi semakin lebat nanti boleh sapukan pada rambut seperti masker.

#9. Minyak hazelnut

Minyak hazelnut telah lama dipercayai membantu melebatkan rambut bayi. Kandungan asid penting dan linoleik yang terkandung dalam hazelnut membantu merangsang pertumbuhan rambut yang cepat.

Cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari adalah dengan sapukan minyak hazelnut perlahan-lahan pada kulit kepala bayi dan buat urutan lembut untuk melancarkan peredaran darah.

Jika kulit bayi anda jenis yang sensitif, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

#10. Pastikan anak penuhi keperluan vitamin

Cara melebatkan rambut bayi 6 bulan ke atas adalah dengan memastikan anak mendapat keperluan vitamin yang mencukupi.

Sumber vitamin ini penting kerana setiapnya mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu menyihatkan rambut:

  • vitamin C dan E yang membantu melindungi rambut daripada cahaya matahari yang boleh membuatkan rambut rosak
  • vitamin A membantu menyihatkan kelenjar kulit kepala
  • vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut dan membaiki rambut-rambut rosak

#11. Elakkan makanan tidak sihat

Salah satu cara lebatkan rambut anak adalah dengan menjaga pemakanannya. Elak beri anak junk food dan minuman berkarbonat kerana ia akan membuatkan rambut mereka kering dan kasar.

#12. Banyakkan makan sayuran, buah-buahan

Rambut mudah tumbuh dan lebat jika tubuh anak penuh nutrisi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika mereka si manja sudah berusia 6 bulan ke atas dan kurang gemar memakan buah, buatkan jus atau smoothie tanpa gula yang penuh khasiat.

#13. Makan telur

Masukkan telur dalam diet seharian. Ini kerana telur mengandungi protein, kaya L-cysteine iaitu asid amino yang sangat penting dalam pertumbuhan rambut yang sihat.

Selain itu, ia mengandungi manganese dan vitamin B biotin yang membantu mengurangkan rambut gugur.

#14. Beri anak bijirin sihat

Kita sering terlepas pandang bab ini kerana kebanyakan yang dijual di pasaran adalah sumber bijirin yang diproses. Tukar menu seperti roti putih, biskut dan pasta kepada whole grains.

Mengandungi Keratin, whole grains bertindak balas dengan hormon yang membantu pertumbuhan rambut.

#15. Banyakkan beri anak ikan

Cara melebatkan rambut bayi yang seterusnya adalah pelbagaikan menu ikan. Asid lemak yang terkandung di dalamnya mampu memberikan perlindungan kesihatan pada rambut secara maksimum dan hasilnya, rambut semakin tebal.

Banyakkan makan ikan yang kaya Omega 3, daging lembu organik yang kaya Omega 6 dan minyak zaitun sumber utama Omega 9.

#16. Pengambilan zat besi

Cara melebatkan rambut untuk anak yang lebih besar adalah memastikan si manja mendapat kandungan zat besi iaitu antara 7 hingga 10 mg setiap hari.

Biji bunga matahari, oat, bijirin, daging dan ayam adalah antara makanan yang kaya dengan zat besi.

Cara orang India melebatkan rambut

Ada beberapa cara orang India melebatkan rambut mereka khususnya golongan wanita. Antaranya:

  • Daun pandan bersama santan

Gabungan dua bahan ini dikatakan mampu lebatkan rambut anak. Caranya adalah tumbuk daun pandan, kemudian masukkan sedikit air dan perah.

Seterusnya ambil santan dan campurkan dengan daun pandan. Kacau sehingga rata dan biarkan selama setengah hari sebelum sapukan pada kepala anak untuk 45 minit atau lebih.

Akhir sekali bilas dengan air. Lakukan dengan kerap bagi mendapatkan hasilnya.

  • Masker protein

Cara melebatkan rambut yang seterusnya adalah menggunakan masker protein. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian putihnya. Lalu sapukan putih telur berkenaan pada akar rambut.

Balut dengan tuala kecil untuk tempoh satu jam.

  • Gunakan essential oil

Jojoba, Lavender dan almond merupakan tumbuhan yang baik dalam perawatan dan pertumbuhan rambut. Cara melebatkan rambut menggunakan bahan ini adalah campurkan kesemuanya  gabungkan dengan masker kelapa.

Setelah itu sapukannya pada kulit kepala dan biarkan selama 2–3 jam. Cuci rambut dua kali agar kesan dan bau minyak hilang.

  • Cuci rambut dengan cuka epal

Cara untuk melebatkan rambut yang seterusnya adalah cuka epal.

Penggunaan cuka epal pada rambut sangatlah mudah, Anda hanya perlu menggunakannya sebagai pengganti conditioner, bezanya anda tidak perlu membilas rambut.

  • Bilas rambut anak menggunakan air sejuk

Selain tips lebatkan rambut di atas, ada cara paling mudah ibu boleh cuba iaitu menggunakan air dingin untuk membilas rambut setelah menggunakan conditioner.

Bila rambut bayi akan tumbuh

Kebanyakan bayi akan memiliki rambut yang halus pada saat lahir, walaupun dalam beberapa kes, bayi mungkin dilahirkan dengan sedikit atau tiada rambut pada kulit kepala mereka. Rambut ini biasanya sangat halus dan tipis, dan mereka disebut sebagai “rambut lahir.”

Rambut bayi banyak bayi baru lahir gugur dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupan. Rambut gugur memuncak pada usia 3 bulan. Ibu juga mungkin kehilangan sebahagian rambutnya pada masa ini.

Namun ibu jangan risau kerana rambut bayi ini kemudiannya digantikan dengan rambut kekal.

Rambut bayi biasanya mula tumbuh dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan. Pada kebanyakan bayi, anda mungkin melihat pertumbuhan rambut yang lebih ketara di sekitar tiga hingga enam bulan usia bayi.

Mengapa bayi kehilangan rambut mereka?

Sesetengah rambut bayi gugur sehingga mereka berumur 6 bulan. Perkara ini tidak patut dibimbangkan kerana setiap bayi adalah unik, dan kadar pertumbuhan rambut bayi boleh berbeza-beza.

Jika anak anda banyak tidur telentang, anda mungkin melihat tompok botak di mana kepalanya bertemu dengan bantal.

Tidak perlu risau kerana ini adalah sebahagian daripada kitaran pertumbuhan rambut semulajadi untuk bayi, dan rambut mereka akan terus tumbuh dan berubah dari semasa ke semasa.

Sebab bayi dilahirkan tanpa rambut

Ia disebabkan oleh genetik. DNA anda dan pasangan menentukan jumlah rambut bayi, serta warna dan tekstur.

Hormon pula memainkan peranan yang penting. Pada akhirnya, segala-galanya daripada buah kiwi botak kepada rambut palsu lebat yang subur adalah perkara biasa semasa lahir.

Kulat jarang menjadi punca bayi botak, tetapi ia boleh menjadi keadaan autoimun. Kedua-dua kes mempunyai rawatan yang tersedia. Rujuk doktor jika bayi botak apabila mereka menghampiri hari lahirnya yang kedua.

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan rambut bayi

Pertumbuhan rambut bayi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang meliputi:

  1. Faktor Genetik: Faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan rambut bayi adalah faktor genetik. Gen-gen yang diwarisi dari ibu bapa akan menentukan jenis rambut yang akan tumbuh pada bayi, sama seperti pada dewasa. Bayi dengan kedua-dua ibu bapa yang memiliki rambut yang tumbuh dengan cepat mungkin cenderung memiliki pertumbuhan rambut yang lebih cepat.

  2. Faktor Hormonal: Perubahan hormon dalam tubuh bayi boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut. Sebagai contoh, beberapa bayi mengalami kerontokan rambut awal selepas kelahiran, yang disebabkan oleh perubahan hormon setelah mereka dilahirkan. Namun, rambut baru biasanya akan tumbuh semula.

  3. Kesihatan Bayi: Kesihatan keseluruhan bayi juga boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut. Bayi yang sihat, dengan diet yang baik dan cukup tidur, cenderung untuk memiliki pertumbuhan rambut yang lebih baik. Kekurangan nutrien tertentu dalam diet bayi boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut.

  4. Perawatan Rambut: Cara anda merawat rambut bayi juga boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut. Sikat rambut bayi dengan lembut dan hindari penarikan yang kuat yang boleh merosakkan folikel rambut. Penggunaan produk rambut yang terlalu keras atau produk yang mengandungi bahan kimia tajam juga boleh memberi kesan negatif pada pertumbuhan rambut bayi.

  5. Usia Bayi: Pertumbuhan rambut bayi adalah proses yang beransur-ansur. Pada awal kehidupan, rambut bayi mungkin kelihatan lebih jarang atau kurang mencolok. Seiring berjalannya waktu, rambut biasanya akan menjadi lebih tebal dan panjang.

Bolehkah rambut bayi nipis menjadi tebal?

Rambut anda terdiri daripada pelbagai jenis helai, masing-masing mempunyai kitaran pertumbuhannya sendiri.

“Rambut bayi” yang lebih pendek dan nipis mungkin tumbuh pada kadar yang lebih perlahan daripada helai yang lebih panjang dan lebih tebal. Tetapi dari masa ke masa, mereka boleh mencapai panjang yang sama dengan seluruh rambut anda.

Masalah rambut bayi yang biasa

Masalah rambut adalah masalah yang biasa berlaku pada bayi. Walaupun biasanya tidak serius, ibu bapa perlu mengambil perhatian dan memberikan penjagaan yang betul. Berikut adalah beberapa masalah rambut bayi yang mungkin berlaku:

  1. Kerak kepala Bayi (Cradle Cap): Kerak kepala bayi adalah masalah biasa di mana kulit kepala bayi mungkin menghasilkan kerak berminyak yang berwarna kekuningan atau berkulit putih. Ia boleh muncul seperti ketombe atau ketulan berminyak. Penyebab pasti ketombe bayi tidak diketahui, tetapi ia mungkin berkaitan dengan pengeluaran minyak kulit yang berlebihan. Kerak kepala bayi biasanya tidak menyakitkan atau gatal, tetapi ibu bapa boleh membersihkannya dengan lembut dengan menggunakan sikat rambut bayi yang lembut atau sampo bayi yang sesuai.

  2. Rambut bayi gugur: Pada beberapa bulan pertama kehidupan, sesetengah bayi gugur lebih awal. Ini adalah perkara biasa dan biasanya tidak perlu risau. Rambut baru akan tumbuh semula dalam beberapa bulan. Rambut bayi gugur mungkin disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku selepas kelahiran.

  3. Masalah Pertumbuhan Rambut yang Lambat: Beberapa bayi mungkin mempunyai pertumbuhan rambut yang lebih perlahan daripada bayi lain. Faktor-faktor genetik, pemakanan, atau perkembangan individu mungkin mempengaruhi pertumbuhan rambut. Biasanya, rambut bayi akan tumbuh dengan lebih lebat seiring berjalannya waktu.

  4. Rambut yang Kusut: Rambut bayi yang halus dan lembut mungkin menjadi kusut, terutamanya jika bayi tidur dalam posisi tertentu. Ia adalah masalah biasa dan boleh diatasi dengan menyikat rambut bayi secara lembut dengan sikat rambut bayi yang lembut. Anda juga boleh menggunakan sedikit air atau minyak bayi untuk membantu mengurangkan kusut.

  5. Rambut yang Tersangkut pada Jari atau Jari Kaki: Bayi mungkin akan mencapai tahap perkembangan di mana mereka mula menarik atau memegang rambut mereka sendiri, terutamanya jika rambut mereka lebih panjang. Ini boleh menyebabkan rambut terjebak di sekitar jari atau jari kaki bayi. Penting untuk berhati-hati apabila membebaskan rambut mereka untuk mengelakkan kecederaan.

  6. Masalah Perubatan Serius (Jarang Terjadi): Dalam kes-kes tertentu, masalah rambut bayi seperti kebotakan atau penipisan rambut mungkin menunjukkan masalah perubatan yang serius seperti infeksi kulit atau masalah hormon. Jika anda memperhatikan perubahan mendadak dalam rambut bayi anda yang mengkhawatirkan, adalah penting untuk berunding dengan doktor kanak-kanak atau pakar dermatologi untuk penilaian dan rawatan lanjut.

Penting untuk diingat bahawa kebanyakan masalah rambut bayi adalah perkara biasa yang tidak memerlukan tindakan perubatan yang serius.

Namun, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang masalah rambut bayi, adalah bijak untuk berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan penjagaan yang sesuai.

Cara penjagaan rambut bayi dengan betul

#1. Membersihkan kerak pada kepala bayi

Tips melebatkan rambut dan cara jaga rambut bayi hendaklah mengutamakan kebersihan kepala si manja.

Kerak kepala bayi muncul disebabkan oleh penghasilan sebum yang banyak iaitu salah satu bahan untuk memastikan kulit kepala bayi kekal lembap. Biasanya ia kelihatan seolah-olah seperti kelemumur dan berwarna kekuningan.

Bagi membersihkan kepala si manja, letakkan sedikit minyak bayi dan gosok perlahan menggunakan berus rambut atau berus gigi lembut. Lakukan dengan kerap, lama kelamaan kulit kepala bayi akan bersih.

#2. Elakkan sikat plastik, guna berus lembut

Tips melebatkan rambut dan menjaganya dengan baik adalah penggunaan berus lembut.

Dengan menyikat rambut bayi, liang pori mereka akan dirangsang untuk menghasilkan sebum yang sihat. Walau bagaimanapun perlu ingat bahawa kulit kepala bayi bersifat lembut dan nipis.

Justeru sikat plastik yang biasa kurang sesuai, sebaiknya gantikan dengan sikat khas untuk bayi menggunakan berus lembut.

#3. Guna syampu yang dikhaskan untuk bayi

Salah satu tips lebatkan rambut adalah penggunaan syampu bayi.

Bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang baik, si manja anda hendaklah disyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selepas mencuci kepala bayi, anda hendaklah mengeringkan rambut dengan baik.

Hal ini kerana kulit kepala yang lembap akan meningkatkan risiko jangkitan kulat.

#4. Melakukan urutan kepala bayi

Cara penjagaan rambut yang lain adalah melakukan urutan.

Urutan daripada tangan seorang ibu dapat meningkatkan pengaliran darah pada kulit kepala. Keadaan ini sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.

Caranya adalah dengan sapukan minyak pada kulit kepala bayi. Gunakan kelima-lima jari, tekan lembut ke atas kepala si manja dalam gerakan membentuk bulatan.

#5. Elakkan tuala kasar atau pengering

Penggunaan tuala kasar atau pengering rambut boleh membuatkan kepala si manja tertekan.

Bagi yang berusia lebih enam bulan, cara penjagaan rambutnya adalah ibu boleh beli sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut, perapi rambut setiap kali selepas syampu dan elak ikat rambut dengan ketat.

#6. Guna minyak rambut yang sesuai

Petua lebatkan rambut yang seterusnya adalah pemilihan minyak yang sesuai dan selamat.

Dalam bab cara jaga rambut anak, ibu digalakkan meneliti kandungan dalam minyak rambut bayi berasaskan sumber organik seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak hazelnut.

Untuk anak yang lebih besar, anda juga boleh membuat sendiri masker rambut yang sihat daripada bahan semulajadi.

Kami ada senaraikan minyak rambut bayi terbaik di sini.

Kepentingan nutrisi pemakanan

Sebab itu pastikan anak menerima vitamin dan nutrisi yang secukupnya.  Segera berjumpa doktor jika mengalami masalah kulit kepala agar dapat diubati segera kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan rambut yang sempurna serta tebal.

Elak mengguna produk daripada bahan kimia untuk mendapatkan rambut yang lebat kerana ia hanya untuk masa yang singkat sahaja malah boleh memberi kesan sampingan untuk tempoh lama.

Bila perlu risau

Jika rambut bayi gugur berterusan selepas 6 bulan, dapatkan nasihat doktor untuk menolak isu lain seperti kekurangan nutrisi, penyakit autoimun atau kulat.

Alahan dan masalah kulit yang lain boleh ditunjukkan dengan tompokan merah atau apa-apa jenis kulit yang meleleh.

Jangan bimbang jika bayi anda dilahirkan rambut sedikit, rambut nipis, tiada rambut, atau jika mereka kehilangan hampir kesemuanya dalam beberapa bulan pertama kehidupan. Jauhkan mereka dari matahari, terutamanya jika kulit kepala si manja terdedah.

Nikmati setiap hari dengan bayi dan keajaiban beberapa bulan pertama itu tanpa membenarkan dilema rambut mempengaruhi perasaan anda.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat

Baca juga: Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Baca juga: Ibu Sedih Rambut Anak Kena Potong Pendek Oleh Pengasuh, Dah Nampak Macam Gegirl!