Cara Tegangkan Payudara Selepas Menyusu Bayi Dengan Berkesan, #5 Wajib Cuba!

Cara tegangkan payudara menjadi lebih berkesan jika anda cuba beberapa teknik yang betul. Bentuk dan keanjalan payudara mengalami perubahan ketika menyusu

Sebagai ibu, dapat menyusukan bayi sangat membahagiakan. Namun, kita pasti risau tentang masalah payudara kendur. Ada ibu-ibu yang tertanya-tanya: Bagaimana cara tegangkan payudara selepas menyusu?

Sebenarnya, masalah payudara kendur selepas bersalin dan menyusu adalah perkara biasa. Ia akan kembali ke bentuk dan saiz asal kira-kira 6 bulan selepas si kecil berhenti menyusu badan.

Baca juga: Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!

Mengapa Payudara Kendur

Pernah terdengar ada yang cakap tak pakai bra boleh menyebabkan payudara kendur? Banyak punca yang menyebabkan payudara kendur walaupun sepanjang hari pakai bra.
Nak tahu apa sebabnya, berikut merupakan punca yang menyebabkan payudara kendur ibu-ibu perlu tahu:

#1 Graviti

Graviti boleh menjadi salah satu punca payudara menjadi kendur. Payudara yang bersaiz berbesar mudah kendur berbanding payudara bersaiz kecil. Apabila payudara ‘ditarik’ ke bawah oleh graviti, lama kelamaan ia akan menjadi longgar dan kendur.

#2 Genetik

Faktor genetik juga merupakan salah satu faktornya. Payudara kendur terjadi disebabkan keanjalan kulit, saiz payudara dan ketumpatan tisu yang memainkan peranan penting dalam mengubah rupa payudara.

#3 Merokok

Jika ada seorang perokok ini adalah satu sebab kenapa payudara anda kendur. Kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan elastin dalam badan menjadi rosak sehingga kulit menjadi lemah dan menyebabkan payudara kendur.

#4 Hamil dan menyusu badan

Semasa hamil, payudara akan membesar daripada kebiasaannya. Ini kerana tisu payudara mula meregang dan ligamen menjadi longgar sehingga tidak dapat menampung berat payudara.

#5 Tidak memakai bra yang betul

Pemilihan bra yang betul adalah sangat penting keutama jika anda ingin bersukan hal ini supaya dapat menyokong payudara anda ketika bersukan. Jika anda memakai bra yang salah ia boleh menyebabkan payudara melantun sehingga menyebabkan ligamen berubah. Kesannya akan menjadi longgar dan membuatkannya menjadi kendur.

#6 Berubahan hormon

Wanita menopaus kebiasaanya akan mempunyai payudara kendur. Keadaan ini berlaku kerana penurunan tahap estrogen dalam badan sehingga menyebabkan tisu payudara hilang keanjalannya.

Urutan Payudara Untuk Tegang 

Jangan rasa rendah diri bila payudara mula kendur. Anda boleh cuba urutan ini untuk mengembalikan ketegangan payudara anda!

1. Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara
2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara
3. Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada
4. Setelah minyak atau krim meliputi payu dara anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu
5. Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada
6. Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri
7. Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali
8. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi
9. Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting
10. Ulangi langkah-langkah ini

Cara Tegangkan Payudara Selepas Menyusu

Semasa kita hamil, ligamen Cooper, iaitu ligamen yang menghubungkan antara dada dan otot payudara, akan menegang dan menjadi lemah. Akibatnya, payudara akan menjadi besar. Ia sebenarnya adalah satu proses yang menyediakan badan kita untuk menyusukan bayi yang bakal lahir.

Tahap pengenduran payudara pula bergantung pada umur, genetik dan gaya hidup si ibu. Semakin berusia seorang wanita itu, semakin kurang tahap elastik. Saiz payudara juga dipengaruhi oleh genetik. 

Tahukah anda? Saiz payudara juga bergantung kepada kekerapan kehamilan. Semakin kerap anda hamil, semakin mudah untuk payudara bertukar saiz dan mengendur.

Kredit: Shutterstock

Jika saiz payudara anda sebelum ini kecil, lebih mudah untuk bentuknya kekal selepas bersalin dan menyusukan bayi. Hal yang sebaliknya akan berlaku kepada payudara yang besar.

Apa lagi faktor yang mempengaruhi tahap pengenduran payudara? Penambahan berat badan yang berlebihan semasa hamil juga akan menyebabkan payudara kendur.

Dan, sudah tentu, aktiviti penyusuan badan juga boleh menjadi faktor kepada masalah payudara kendur.

Cara Menegangkan Payudara Paling Berkesan

#1. Pemakaian nursing bra yang betul

Antara cara tegangkan payudara selepas menyusu adalah dengan memakai bra menyusu atau nursing bra, yang sesuai dengan payudara anda.

Graviti akan membuatkan payudara anda yang membesar untuk mudah kendur. Jadi, pemakaian bra yang betul sangat penting; ia sepatutnya tidak terlalu ketat atau longgar.

#2. Mengurangkan berat badan

Antara cara tegangkan payudara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurangkan berat badan. Ia dapat membantu mengurangkan risiko payudara kendur.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan lebihkan bijirin penuh, vitamin B dan sayuran untuk menegangkan payudara anda.

#3. Guna pelembap kulit

credit to sources

Pastikan juga anda memakai pelembap kulit. Cumanya, anda perlu memakai krim pelembap yang sesuai dan selamat untuk ibu yang menyusu badan.

#4. Selang-seli mandi air sejuk dan air panas

Semasa mandi, gunakan air panas dan air sejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.

Ini membantu memperbaiki tona kulit dan pengedaran darah pada payudara. Selepas itu, akhiri mandian dengan air sejuk.

#5. Perbetulkan postur badan 

Antara cara tegangkan payudara semasa menyusu adalah memperbetulkan cara anda duduk atau berdiri. Berhati-hati juga dengan keadaan postur badan anda semasa menyusukan si kecil.

Pastikan anda berada pada posisi melawan graviti semasa menyusukan bayi. Contonya seperti menyusu semasa duduk tegak, bersandar sedikit ke belakang dan menggunakan bantal nursing sebagai sokongan.

#6. Lakukan senaman khas

Senaman dapat membantu menguatkan otot dada dan mengelakkan masalah payudara kendur. Tapi, anda perlu tahu jenis senaman apa yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:

  • Dumbbell pull-over

Lakukan senaman dumbbel pull-over ini. Berbaring pada kerusi panjang dengan kaki di lantai. Kemudian, angkat dua dumbbel melepasi kepala anda berulang kali.

  • Senaman tekan-tubi

Anda juga boleh melakukan senaman tekan-tubi, atau push-up. Jika tidak boleh melakukan tekan-tubi yang penuh, anda boleh buat secara separuh dengan meletakkan lutut di atas lantai.

  • Chest press

Lagi satu senaman yang bagus untuk menegangkan payudara adalah dengan melakukan chest press. Caranya adalah dengan mengangkat dumbbel pada kedua-dua tangan ke arah dada. Kemudian, meletakkannya semula ke bawah.

Lakukan senaman ini selepas anda benar-benar pulih terutamanya jika anda menjalani pembedahan caesarean semasa bersalin tempoh hari.

Cuba semua tip di atas dan semoga anda dapat mengembalikan rupa payudara yang cantik dan tegang!

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Deodoran & Minyak Wangi Punca Kanser Payudara? Awas, Ia Pembunuh No.1 Wanita!

Baca juga10 Baju Breastfeeding Terbaik, Pilihan dari Dress, Pakaian Kerja Hingga Ke Baju Tidur Untuk Ibu Menyusu

Baca jugaMasalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya

Penulis

Noor