Mungkin ada yang pelik, bagaimana seseorang itu boleh kahwin berkali-kali tetapi memang ada yang begitu. Seperti kisah wanita berusia 52 tahun ini, dia tak pernah serik mencari cinta sejati walaupun sudah berkahwin 10 kali!
Mungkin yang membaca pun rasa mustahil. Tetapi itulah hakikatnya, wanita ini sudah berkahwin sebanyak 1o kali menerusi perkahwinan bersama 9 lelaki.
Ini bermakna ada perkahwinannya dengan lelaki yang sama. Kini dia sedang bercinta dengan lelaki ke-11.
Menurut wanita ini, dia tidak pernah memikirkan untuk berpisah setiap kali berkahwin. Malah berdoa dan berharap ia adalah calon yang dapat kekal bersamanya.
Dah kali 10 kali kahwin pun, wanita ini tetap tak serik cari cinta sejati!
Namun, panas diharap hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dia tetap perlu melalui lagi cabaran perpisahan dan ada juga yang memang hanya kekal menjadi kawan sahaja.
Monetter, 52, dikatakan memang seseorang yang ‘gilakan’ lelaki. Kali pertama dia mengikat tali pertunangannya ketika baru saja meninggalkan alam persekolahan.
Dia mengenali lelaki pertamanya di sekolah menengah dan berkahwin dengannya dua bulan selepas itu namun ia tidak bertahan lama sebagai pasangan kekasih muda.
Pernah dilamar sebanyak 28 kali
Katanya, sepanjang hidupnya, dia telah dilamar sebanyak 28 kali. Walaupun orang memandang yang dia mudah move on, tetapi sebenarnya dia tetap sedih dengan setiap perpisahan yang berlaku.
“Tidak pernah sekali pun saya berkahwin dan memikirkan ia akan berakhir dengan perceraian kerana doa saya kepada Tuhan setiap kali melangkah ke perkahwinan baharu adalah ‘Tolonglah biarkan ini menjadi’,” katanya.
10 tips untuk move on dari cinta lama
Bukan senang nak move on, lagi-lagi cinta sejati pertama. Jadi apa yang anda boleh buat?
#1. Beri masa pada diri sendiri
Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang terkandas di tengah jalan. Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
#2. Sibukkan diri anda
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
#3. Simpan barang kenangan
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu. Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.
#4. Luaskan circle anda
Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru. Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.
#5. Dekatkan hubungan dengan orang sekeliling
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
#6. Asah bakat atau hobi baru, belajar ilmu baharu
Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan. Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan kerana sibuk bercinta. Travel, main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.
#7. Minta bantuan atau sokongan
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia. Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.
#8. Elak simpan dendam atau marah
Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.
#9. Jangan hubungi si dia
Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan cara apa jua pun. Bagaimanapun, sekiranya ada anak, mahu tak mahu anda perlu juga berhubungan. Cuma pandai-pandailah ya.
#10. Ambillah seberapa banyak masa pun
Cinta bukan sesuatu yang mudah dibuang. Ambillah masa anda, tetapi pastikan ada hadnya dan janganlah hingga menyiksa diri. Anda paling kenal siapa diri anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: TLC
Baca juga: Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan
Baca juga: 20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga
Baca juga: Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!