Melihat kanak-kanak kecil menari, bernyanyi atau menghadiri pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dengan peringkat usia mereka di kaca TV memang menyeronokkan. Tapi, ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil kisah tentang kesihatan anak, hingga berani mencuba aksi stunt yang menyebabkan anak jadi mangsa cedera tulang belakang!
Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang menggemparkan masyarakat di China.
Cedera tulang belakang kerana aksi stunt backflip bawa padah!
Dalam klip yang tular itu, seorang bapa didapati telah mengangkat anak perempuannya tinggi-tinggi dan meniru aksi stunt yang dilihat dalam satu aplikasi popular.
Selepas cuba membuat backflip, anak kecil yang didukung si bapa tiba-tiba jatuh terhentak kepala dahulu. Disebabkan kecuaian itu, kanak-kanak malang terbabit cedera teruk.
Kemudian bapa itu bergegas ke Wuhan Children’s Hospital. Dr Wu Ji yang bertugas mengendalikan insiden tersebut berkata, ketika tiba di hospital, keadaan kanak-kanak itu serius dan tidak dapat menggerakkan badannya.
Kanak-kanak 2 tahun tak dapat gerakkan tubuh dan cedera tulang belakang
“Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya, terutama kedua-dua belah tangan,” katanya kepada media tempatan di China.
Walaupun kanak-kanak itu mungkin boleh pulih, saya meminta agar ibu bapa tidak meniru aksi berbahaya dengan anak-anak di rumah kerana bahagian tubuh anak-anak masih rapuh!
Sekiranya bapa tersebut memegang tangannya dengan longgar, pasti anak itu akan jatuh di bahagian kepala dulu. Jika dia memegang tangan terlalu ketat, ia akan menyebabkan dislokasi siku”,”
Ketahuilah bahawa, kanak-kanak mempunyaibadan yang lembut dan rapuh. Ibu bapa tidak boleh berbuat kasar terhadap tubuh badan mereka.
Jika tidak, akan terjadi seperti insiden ini kanak-kanak cedera tulang belakang ini. Walaubagaimanapun, kanak-kanak masih boleh menceburi bidang sukan fizikal tetapi asalkan ia tidak berbahaya di kemudian hari.
Bagaimana dengan kanak-kanak dan sukan lasak?
Permainan dan sukan sememangnya harus diminati oleh anak-anak muda. Sebagai contoh kerjasama yang dapat dihidupkan dalam pasukan.
Terdapat banyak kelebihan sekiranya anak-anak suka mengambil bahagian dalam sukan.
Sangeeta Vijayasimha, pakar psikologi kanak-kanak dan keibubapaan di ePsyClinic.com, India, menjelaskan, kanak-kanak dengan seragam aktiviti berkumpulan mampu mencipta kecederungan sosial mereka sambil memikirkan cara bersahabat dalam pasukan.
Dalam pasukan itu, kanak-kanak akan dapat membina semangat persaingan yang sihat dan memahami idea-idea penting seperti bersyukur.
Sebagai sebahagian daripada kumpulan, anak-anak muda dapat membina kemampuan menyelesaikan masalah, mengembangkan disiplin diri, dan menjadi pemikir kritis. Selain itu, mereka akan berpeluang untuk memikirkan cara menyesuaikan diri dengan rasa tidak puas hati.
Tips keselamatan ibu bapa perlu tahu
- Mintalah anak anda memakai alat perlindungan seperti helmet pelindung kepala, pengawal mulut serta gigi dan sebagainya. Terutama sukan kriket, bola sepak, besbol dan hoki.
- Panaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan bagi melindungi otot dari tercedera.
- Mengajar anak-anak peraturan permainan. Kadang kala, anak-anak jadi kompetitif apabila terlibat sukan ganas. Jadi tetapkan peraturan sebelum mereka keluar bermain.
- Minta mereka berhati-hati dan tidak melakukan apa-apa aksi berbahaya tanpa pengawasan.
- Membantu mereka sekiranya berlaku kecederaan. Adalah normal untuk kanak-kanak mendapat cedera . Oleh itu, berikan bantuan perubatan asas dan menyokong secara fizikal.
Foto kredit : southchinamorningpost, alodokter, lobak merah
Sumber : South China Morning Post,theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Pelampung memang alat keselamatan anak ketika berenang, tapi ia berbahaya untuk si kecil!