TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pelampung memang alat keselamatan anak ketika berenang, tapi ia berbahaya untuk si kecil!

3 min bacaan
Pelampung memang alat keselamatan anak ketika berenang, tapi ia berbahaya untuk si kecil!

Kanak-kanak memang suka mandi kolam dan memakai pelampung. Tapi, ibu ayah masih perlu tahu tentang bahaya pelampung untuk anak kecil!

Siapa tak suka mandi air kolam, kan? Terutamanya kanak-kanak. Tapi, jika ibu ayah sudah memakaikan si kecil alat renang, itu bukan bermaksud anda boleh membiarkannya mandi tanpa dipantau. Anda perlu tahu dan peka tentang bahaya pelampung!

Bahaya pelampung pada kanak-kanak ketika mandi kolam

bahaya pelampung, bahaya pelampung kanak-kanak, bahaya pelampung leher bayi

Kredit: Youtube

Ada satu insiden yang telah berlaku di satu kolam mandi di China baru-baru ini. Ia berlaku hanya selama 2 minit, tapi sudah cukup membuatkan kita mengusap dada, terkejut!

Video tersebut menunjukkan kepada kita tentang bahaya pelampung pada kanak-kanak ketika mandi di kolam tanpa pemantauan.

Dalam klip video tersebut, anak kecil itu sedang memakai pelampung dan kemudiannya telah terbalik. Dia cuba untuk membetulkan kedudukan dan meninggikan kepala tetapi gagal!

Disebabkan tidak mampu menerbalikkan diri, dia mula menggoyangkan kakinya. Tapi masih tak berjaya.

Nasib baik ada ahli penyelamat!

bahaya pelampung, bahaya pelampung kanak-kanak, bahaya pelampung leher bayi

Kredit: Youtube

Anak kecil yang mandi seorang diri ini kemudiannya diselamatkan oleh pekerja tempat tersebut setelah tenggelam hampir 72 saat dalam air!

Ya, nasib kanak-kanak ini memang baik, tapi bukan semuanya akan bernasib baik seperti ini. Bagaimana jika ia terjadi pada anak kita?

Bahaya pelampung mandi kanak-kanak dan bayi: ibu ayah perlu peka tentangnya!

Ibu ayah, bila kita bawa anak-anak bermandi-manda di sungai, laut atau pun di kolam mandi, pastikan kita ambil kira tentang risiko lemas. Malah, bahaya pelampung dan alat renang lain pun perlu kita tahu!

Lemas adalah antara pembunuh “senyap” kanak-kanak. Mereka masih kecil dan belum mampu untuk menyelamatkan diri ketika panik atau terendam dalam air.

Malah di Amerika, sebuah negara yang kebanyakkan kanak-kanaknya sudah diajar berenang pada usia kecil, pun mengalami masalah lemas.

Ia antara pembunuh atau penyebab kecederaan nombor satu untuk kanak-kanak antara usia 1 ke 4 tahun di negara itu!

Langkah untuk mengatasi bahaya pelampung dan risiko lemas pada kanak-kanak

bahaya pelampung, bahaya pelampung kanak-kanak, bahaya pelampung leher bayi

Kredit: Shutterstock

Ini ada sedikit tip untuk ibu ayah ketika membawa anak bermandi-manda di luar.

  • SENTIASA perhatikan anak-anak. Pada 2017, seorang ibu ralit melihat smartphone dan tidak perasan yang anaknya sendiri sedang lemas!
  • Pastikan pelampung yang dipakai sesuai dengan umur dan saiz anak. Pastikan pelampung itu tidak terlalu kecil atau besar.
  • Pastikan anda tahu kedalaman air. Kolam renang kanak-kanak pun masih berbahaya untuk kanak-kanak. Anda perlu lihat dulu berapa dalam airnya! 
  • Jangan biarkan anak mandi jauh seorang diri. Tidak kiralah berapa ceteknya air kolam itu, pastikan anda ada dekat di sisinya. Ada satu insiden di mana seorang anak kecil lemas dalam air setinggi 2 inci sahaja! Berhati-hati selalu ya.

Untuk sedarkan kita semua tentang bahaya pelampung dan risiko lemas yang tinggi pada anak-anak, saya masukkan sekali kata-kata Dr. Maribeth Chitkara, seorang profesor pediatrik dari New York.

“Anak kecil, terutamanya bayi, boleh lemas dalam air setinggi satu inci sahaja. Itu tidak dalam, cetek sahaja, tapi masih berbahaya!”

Dr. Mark Waltzman, seorang doktor kecemasan pediatrik, pula menjelaskan yang kita tidak patut berfikir bahawa akan ada orang lain yang tolong perhatikan anak kita.

Menurutnya, si kecil itu anak kita, maka kita sendirilah yang perlu memantaunya; bukan orang lain!

Oh, tentang video kanak-kanak yang terbalik ketika memakai pelampung itu, jom tontonnya di sini:

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

https://my.theasianparent.comanak-meninggal-dalam-kereta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Pelampung memang alat keselamatan anak ketika berenang, tapi ia berbahaya untuk si kecil!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham