X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Seluruh keluarga lemas ketika berekreasi dan berkelah di Pantai Tok Bali, Kelantan

4 min bacaan
Seluruh keluarga lemas ketika berekreasi dan berkelah di Pantai Tok Bali, Kelantan

Ketahui tips keselamatan di pantai dan cara untuk mengenalpasti arus karau yang boleh meragut nyawa...

Apabila merancang percutian, lebih-lebih lagi jika anda ingin ke pantai membawa anak, ibu bapa perlu mengetahui geografi kawasan tersebut serta tips keselamatan di pantai. Bukan apa, anda ingin mengambil ikhtibar dari kes ini.

Sebagai pelawat, kita mesti sentiasa ingat yang kita tidak tahu sejarah tempat itu. Semua pantai berlainan dan keadaannya boleh berubah dari masa ke semasa.

Masa cuti sepatutnya masa yang paling menggembirakan tapi malangnya untuk keluarga ini, ia telah berakhir menjadi tragedi buruk. 

Semasa berenang di pantai Kelantan pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, 5 anggota keluarga telah mati lemas!

Jenazah Yazul Bahari Yacob, 46; Yusnina Yacob, 38; Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari dan Zufika Suhaimi, kedua-duanya berusia 10 tahun – dijumpai pada hari Sabtu, 17 Februari.

Menurut laporan mereka didapati lemas sekitar 10 pagi pada 16 Februari. Dua hari kemudian, nelayan tempatan menemui mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi yang berusia 5 tahun pada pagi 18 Februari.

Selain tips keselamatan di pantai, sejarah pantai itu juga penting

mati lemas, arus karau, tips keselamatan di pantai, keselamatan di pantai, kanak-kanak lemas, keluarga mati lemas

Advertisement

Menurut laporan, terdapat sebuah tapak projek di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dan ia merupakan kawasan yang tidak selamat untuk berenang. Penduduk tempatan tahu mengenai hal ini.

Tetapi keluarga terbabit, serta pelancong lain yang datang melawat pantai itu mungkin tidak tahu.

“Permukaan geologi di sini tidak sekata. Sekejap air laut mungkin pada paras pinggang, kemudian lantai pantai boleh jadi dalam tiba-tiba. Pasir di sini juga sangat lembut dan lain dari biasa,” kata Timbalan Penguasa Polis Pasir Puteh, Abdul Rozak Mohamad.

Berikutan tragedi itu, pihak berkuasa tempatan telah berusaha untuk menyediakan papan tanda untuk memberi amaran jelas kepada orang awam supaya kemalangan yang sama tidak berulang.

Kepentingan tips keselamatan di pantai 

Biarpun anda pernah melawat pantai itu, keadaan pantai itu mungkin sudah berubah sekian lama. Air laut mungkin lebih dalam, kawasan yang dulunya cetek mungkin boleh berubah menjadi dalam dengan tiba-tiba.

Semua ini bergantung kepada betapa lembut pasir di kawasan itu.

mati lemas, arus karau, tips keselamatan di pantai, keselamatan di pantai, kanak-kanak lemas, keluarga mati lemas

Ingat tips keselamatan di pantai ini:

  • Walaupun hanya bermain air, pastikan semua orang pandai berenang.
  • Pastikan kanak-kanak semua memakai float dan sentiasa tidak berjauhan dari ibu bapa.
  • Jangan berenang sendirian, biarpun anda yakin dengan kebolehan diri.
  • Ikut arahan anggota penyelamat. Jangan berenang jika tiada anggota penyelamat bertugas. 
  • Sentiasa berhati-hati walaupun seronok bermain.
  • Apabila rasa tidak senang hati, jangan masuk ke dalam air.

Apakah arus karau dan cara untuk mengenalpastinya

Selain selalu mengingatkan tips keselamatan di pantai, ibu bapa juga harus tahu bahayanya arus karau dan cara untuk mengenalpastinya. Arus karau adalah arus kuat yang boleh menarik seseorang dari pantai dengan tiba-tiba.

Arus karau juga arus yang biasa berlaku di pantai-pantai seluruh dunia, terutamanya pantai yang sesuai untuk bermain luncur air. Sukar untuk mengeluarkan diri apabila terperangkap dalam arus ini.

“Arus karau boleh berlaku pada bila-bila masa dan beberapa kali sehari tanpa mengira musim, berbeza dengan fenomena ekor naga yang hanya berlaku pada tempoh penghujung Monsun Timur Laut, iaitu sebelum berakhirnya bulan Februari.

Kebiasaannya mereka yang pandai berenang pun akan tewas dan panik apabila diserang dengan arus karau, itu yang menjadi punca berlakunya kejadian lemas,” kata Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Perkhidmatan) Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd ketika ditemuduga Utusan Online

mati lemas, arus karau, tips keselamatan di pantai, keselamatan di pantai, kanak-kanak lemas, keluarga mati lemas

Sumber gambar: Youtube

Tanda-tanda arus karau: 

  • Sekiranya anda melihat air bergelombak yang berpusing-pusing, arus karau boleh berlaku.
  • Berhati-hati apabila melihat dengan garis buih, serpihan atau rumpai laut yang ditarik keluar ke laut.
  • Garisan ombak yang terputus

Tips keselamatan di pantai jika terperangkap dalam arus karau:

  • Jangan panik dan jangan melawan arus.
  • Untuk keluar dari arus karau, berenang mengikut garisan pantai. 
  • Apabila berjaya keluar dari arus karau, berenang ke pantai secara serong. 
  • Jika anda terlalu letih atau dan tidak berupaya untuk berenang lebih lama lagi, jerit untuk pertolongan sambil melambai-lambaikan tangan.

Apabila cuba menolong orang yang terperangkap dalam arus karau: dapatkan pertolongan anggota penyelamat atau jerit cara betul untuk berenang keluar dari arus itu. Anda juga boleh cuba lontarkan float kepada orang yang memerlukan pertolongan.

*gambar sekadar ilustrasi sahaja

 

 

 

Sumber: Channel News Asia, AsiaOne, New Straits Times, Utusan Online

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu Bapa Ini Berkongsi Tentang Pengalaman Ngeri Anaknya Yang Lemas Di Kolam Renang

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Seluruh keluarga lemas ketika berekreasi dan berkelah di Pantai Tok Bali, Kelantan
Kongsikan:
  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham