Nak Anak Nampak Comel? Pakaikan Cekak Yang Selesa Dan Selamat Dipakai

Cekak rambut comel jenis keras dan bergetah yang sesuai untuk anak perempuan anda pakai untuk majlis istimewa, dan cara buat mereka suka untuk pakai cekak rambut.

Cekak rambut adalah aksesori yang paling ringkas untuk dipakaikan pada bayi perempuan, dan ia sebenarnya pelengkap bagi fesyen kanak-kanak. Dengan tambahan satu aksesori kecil ini di atas kepala, mana-mana bayi perempuan akan terus nampak cute dan well dressed.

Tambah-tambah lagi apabila mereka memakai aksesori rambut yang sedondon dengan baju. Alahai, terserlah kecomelannya disitu!

Ada bermacam jenis cekak rambut di pasaran yang boleh anda pilih. Sesuai untuk dipakai dari newborn hingga 2 tahun. Bagi anda yang baru sahaja menimang cahaya mata anak perempuan, sememangnya inilah detik yang indah untuk anda lakarkan memori indah dengan melaram penampilan si kecil sehabis mungkin.

Tips Pemilihan Cekak Rambut Anak

Jika anda belum memiliki satu pun cekak rambut, apa kata luangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini, mana tahu jika ada pilihan yang buatkan anda berkenan di hati.

Walau bagaimanapun, sebelum para ibu geram dan tak sabar menggayakan aksesori rambut anak,  berhati-hati semasa memilih scarf rambut yang hendak dibeli kerana tidak semua cekak rambut sesuai untuk kulit dan ubun-ubun bayi yang masih lembut.

Buat ibu-ibu yang mahu memilih aksesori rambut, sebaiknya pertimbangkan beberapa aspek keselamatan selain daripada hanya memilih scarf rambut berdasarkan corak dan cantik semata-mata. Tidak semua skaf rambut yang terdapat di pasaran sesuai dan selamat dipakai oleh bayi, terutamanya newborn. Mommies, ini tidak bermakna anda tidak boleh memakai langsung aksesori atas kepala bayi.

Bagi mengelakkan pemilihan headband yang salah, sehingga boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi, kami sediakan beberapa tips pemilihan cekak rambut anak untuk ibu-ibu tambah ke troli!

1. Mengenal pasti bahan buatan 

Kulit bayi sangat lembut dan sensitif terhadap jenis fabrik yang menyebabkan sebarang kerengsaan. Elakkan memilih jenis fabrik yang berbulu, renda, tajam dan kasar. Sebaiknya pilih cekak rambut atau headband yang diperbuat daripada fabrik kapas agar ia lebih lembut dan bayi selesa. Yang paling penting, scarf rambut mestilah diperbuat daripada bahan tanpa toksik!

2. Memilih saiz aksesori rambut yang tepat

Pastikan anda pilih saiz aksesori rambut yang sepadan dengan ukur lilit kepala memandangkan otak dan tulang bayi bertambah pada setiap bulan. Jika nak pakai dalam tempoh yang lama, pilih aksesori yang fleksibel dan stretchable kerana jika bayi pakai cekak rambut yang terlalu ketat ia berpotensi menyumbang kepada tumbesaran bayi terbantut. Elakkan juga memilih atau memakaikan bayi saiz cekak rambut yang sama semasa awal kelahiran.

3. Perhatikan jenis hiasan aksesori

Sesetengah mommies gemar menggayakan cekak rambut anak dengan sekuntum bunga besar atau reben merah dengan glitter, ia tidak salah namun perlulah diawasi setiap masa. Pastikan ia tidak menutup hidung sehingga bayi sukar bernafas dan menyebabkan perkara tidak diingini terjadi. Lebih baik sekiranya ia terletak kemas di kepala supaya tidak mudah melorot ke bawah. 

Buat masa sekarang, cekak rambut yang paling selamat untuk bayi berusia 0-3 bulan adalah jenis ringkas tanpa hiasan yang sarat. Take note ya mommies!

4. Keselesaan

Pemakaian aksesori rambut yang terlalu lama akan membantutkan proses perkembangan bayi dan menyebabkan bayi tidak selesa. Jika anak anda sudah mula menunjukkan beberapa tanda-tanda tidak selesa seperti ingin mencapai aksesori atau ingin tidur, segera tanggalkan dan simpan. Jangan marah sekiranya anak menolak memakai aksesori, mungkin ada yang menyebabkan dia tidak selesa. 

Cekak rambut cantik untuk bayi perempuan, sesuai untuk pakai setiap hari dan special occasion

Jika anda sedang mencari cekak rambut untuk bayi perempuan anda untuk dipakai semasa hari raya atau kenduri kendara, tak usah risau. Kami dah survey beberapa pilihan yang terbaik dan selamat untuk bayi perempuan anda.

Cekak Rambut Comel
Spring and Autumn Headband
Terbaik jenis kain dengan tali halus
Beli di Shopee
Newborn Headband Set
Terbaik dengan stoking sedondon
Beli di Shopee
Princess Crown Tiara Headband
Terbaik tampak mewah dan elegan
Beli di Shopee
Akarana Baby 3 in 1 Baby Headband
Terbaik untuk majlis istimewa
Beli di Shopee
Ruffle Bowknot Romper and Headband
Terbaik dengan baju sedondon
Beli di Shopee
Animal Safari Zoo Jungle Hairband
Terbaik bertema kucing
Beli di Shopee
Bandana Scrunchie
Terbaik selesa dipakai
Beli di Shopee
Floral Printed Headband
Terbaik bercorak floral
Beli di Shopee

Spring and Autumn Headband

Cekak rambut terbaik jenis kain dengan tali halus

Cekak rambut ini adalah hasil kerja tangan yang dibuat khas mengikut saiz lilit kepala bayi. Kain getah stretchable dengan material yang lembut berwarna putih membuatkan cekak rambut jenis kain ini amat elegan untuk bayi perempuan anda.

Tahukah anda, cekak rambut jenis kain kapas adalah antara pilihan yang terbaik untuk bayi? Ini adalah kerana ia tidak membuatkan kerengsaan pada kulit dan boleh menyerap peluh. Jadi, cekak rambut ini amat sesuai untuk newborn anda. 

Apa yang kami suka:

  • Pelbagai warna pilihan pastel yang sesuai dipadankan dengan mana-mana jenis warna baju.
  • Mudah dipadankan dengan baju gaun harian dan majlis istimewa.
  • Harga yang berpatutan membuatkan ibu boleh beli banyak sekaligus.

Newborn Headband Set

Cekak rambut terbaik dengan stoking sedondon

Bagi ibu yang suka sediakan pakaian dan aksesori sedondon untuk anak, set ini pasti menarik minat anda. Setiap set datang dengan satu headband jenis kain dan sepasang stoking yang sedondon. Ada tiga lagi jenis pilihan set dengan warna pastel yang pasti memberikan si kecil aura lembut yang mempersona.

Kain bergetah yang digunakan untuk headband ini cukup lebar untuk membuatkan cekak rambut ini lekap di kepala anak anda dengan selesa. Set ini juga sangat sesuai jika digayakan bersama gaun kembang semasa majlis istimewa.

Apa yang kami suka:

  • Tidak meninggalkan kesan pada kepala walaupun headband dipakai untuk tempoh yang lama.
  • Stoking yang datang dengan set cekak mempunyai hiasan 3D yang comel.
  • Saiz yang sesuai untuk bayi 0-3 bulan.

Princess Crown Tiara Headband

Cekak rambut terbaik tampak mewah dan elegan

Headband yang tampak mewah dan elegan ini dihiasi dengan taburan glitter dan rhinestone sesuai dipakai pada majlis istimewa seperti majlis sambutan hari jadi, photoshoot dan dipakai hari-hari. Oh ya, ibu-ibu jangan tertipu ya kerana tiara ini diperbuat menggunakan kain lembut dengan tali yang stretchable supaya tidak menyakitkan kepala bayi. 

Gayakan cekak rambut ini dengan warna dress yang sedondon.  Silap-silap, anak anda akan sukakan cekak itu dan pegang kerana tertarik dengan hiasan dan penampilannya bak puteri cilik. 

Jika ini terjadi, anda harus pastikan princess crown tiara headband ini sentiasa bersih dan tidak terkoyak kerana ia mempunyai tali halus terselindung disebalik tiara.

Apa yang kami suka:

  • Warna striking yang menonjol dan senang untuk dipadankan dengan pelbagai outfit.
  • Datang dengan satu saiz universal yang boleh dilaraskan dan terletak cantik.
  • Mempunyai tali getah yang stretchable yang tidak kelihatan

Akarana Baby 3 in 1 Baby Headband

Cekak rambut terbaik untuk majlis istimewa

Aksesori rambut ini datang dalam 3 jenis corak berbeza dalam setiap set. Berasaskan warna tema merah jambu, aksesori ini dibuat menggunakan kain chiffon dan lace yang lembut. 

Oleh corak kerana headband ini lebih istimewa berbanding dengan yang lain, ianya amat sesuai dipakai untuk majlis istimewa seperi majlis akikah, hari jadi ataupun kenduri kahwin. Kalau nak jmat, inilah pilihan terbaik kerana anda boleh menukarnya setiap hari dengan corak yang berbeza. Cute-cute pulak tu!

Apa yang kami suka:

  • Dengan satu pembelian, anda dapat 3 headband dengan corak berbeza.
  • Hiasan berbentuk crown yang melambangkan puteri kesayangan keluarga.
  • Material yang digunakan buat cekak ini nampak mewah.

Ruffle Bowknot Romper and Headband

Cekak rambut terbaik dengan baju sedondon

 

Ingin adakan parti hari jadi disaat akhir bertemakan Snow White? Ibu-ibu tak payah fikir panjang, beli sahaja set ini yang datang sekali dengan aksesori rambut yang sedondon. Tak perlu susah-susah nak fikir padanan yang sesuai. Dari baju hingga seluar dengan reben merah kecil di pinggang sudah pasti menambahkan kecomelan si pemakai. 

Set ini datang dengan pelbagai saiz bermula 0 hingga 2 tahun. Jadi, kakak dan adik boleh pakai outfit yang sedondon semasa majlis istimewa. 

Jangan lupa untuk ambil gambar mereka bersama sebagai kenangan, ya!

Apa yang kami suka:

  • Gaun dan aksesori rambut dibuat dengan kain cotton yang selesa dan menyerap peluh.
  • Datang dengan saiz untuk pelbagai peringkat umur.
  • Harga yang berpatutan untuk set baju dan headband.

Animal Safari Zoo Jungle Hairband

Cekak rambut terbaik bertema kucing

Jika anda bingung untuk memilih kostum untuk anak anda hadir ke majlis hari jadi bertema haiwan, dapatkan sahaja headband dengan corak telinga kucing seperti ini.

Padankan dengan baju yang sesuai, kemudian lukis misai dan hidung kucing pada muka anak anda dengan menggunakan eyeliner. Anak anda betul-betul ikut tema!

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai pilihan corak telinga haiwan lain seperti telinga arnab, beruang dan kuda belang.
  • Batang keras cekak dibalut dengan kain gebu yang tidak menyakitkan kepala bayi.
  • Sesetengah cekak juga boleh dipakai sebagai kostum untuk budak lelaki seperti telinga katak, monyet dan harimau.

Bandana Srunchie

Cekak rambut terbaik selesa dipakai

Aksesori rambut bayi ala scrunchie ini sesuai untuk dipakai ke majlis yang bertema batik dan tradisional. Dibuat daripada kain satin velvet, semestinya ia tidak akan membuatkan kepala bayi anda gatal.

Headband ini mempunyai reben besar di sebelah atas dan getah di sebelah bawah. Namun, getah lembut ini tidak kelihatan kerana tersorok di dalam kain. Sesuai digayakan bersama baju kurung warna soft semasa hari raya nanti!

Apa yang kami suka:

  • Dengan adanya getah, cekak ini dapat melekap di kepala anak dengan selesa.
  • Sesuai dipakai pada hari panas kerana kain cotton ini menyerap peluh.
  • Datang dengan 3 pilihan saiz untuk kakak dan adik pakai aksesori rambut yang sedondon.

Floral Printed Headband

Cekak rambut terbaik bercorak floral

Pernah tak orang menyangka anak anda baby boy hanya kerana kurang dress up? Pakaikan anak anda cekak rambut yang bercorak floral ini supaya terserlah keayuannya. Ada pelbagai corak yang berasaskan floral ibu-ibu boleh pilih. Diperbuat dari bahan kapas berkualiti tinggi dan lembut, sudah tentu ia tidak menyakitkan kepala bayi.

Bayi juga selesa memakainya dalam tempoh yang lama kerana talinya jenis memeri. Jangan terkejut selepas ini ramai yang menegur baby anda gara-gara kecomelannya menggayakan aksesori rambut yang feminin ini. 

Sesuai untuk cuaca di Malaysia kerana ia boleh melindungi kepala bayi dari terik cahaya matahari dan mengekalkan rasa hangat semasa musim hujan.

Apa yang kami suka:

  • Tali jenis elastik, jadi boleh dilaras mengikut saiz kepala bayi.
  • Sesuai untuk bayi berusia 3-18 bulan
  • Datang dengan 8 pilihan corak floral yang menarik dan sesuai dipakai harian.

Perbandingan Harga Cekak Rambut Anak

Jenama Harga (RM)
Spring & Autumn Headband  RM3.90- RM5.90
Newborn Headband Set RM9.57
Princess Crown Tiara Headband RM3.85
Akarana Baby 3 in 1 Baby Headband RM 26.90
Ruffle Bowknot Romper and Headband RM19.64
Animal Safari Zoo Jungle Hairband RM7.90-RM9.90
Bandana Srunchie RM5.39
Floral Printed Headband RM2.55

Biasakan puteri kesayangan anda pakai cekak rambut

Ibu yang baru pertama kali menyambut kelahiran anak perempuan pasti amat terasa amat teruja untuk mendandan puteri kesayangan. Pemakaian aksesori rambut jenis headband adalah permulaan yang mudah dan selesa untuk mereka. 

Namun, tidak semua bayi akan terus suka memakai headband. Ini kerana sesetengah bayi mudah rasa rimas dan tidak selesa dengan kehadiran ‘benda asing’ di kepalanya dan membuatnya tidak selesa.

Apa yang kami di TheAsianParent boleh bantu anda supaya si kecil mudah untuk memakai cekak rambut adalah anda boleh ikut cara-cara ini untuk biasakan mereka dengan aksesori rambut ini.

1. Perkenalkan cekak sejak bayi

Kini terdapat pelbagai jenis headband yang dijual di pasaran, dan datang dalam pelbagai saiz. 

Biasanya, untuk bayi newborn atau 0-3 bulan, headband yang dibuat menggunakan kain bergetah yang lembut adalah yang paling selamat dan selesa. Perkenalkan cekak rambut sejak bayi boleh membantu mereka tidak kekok dan selesa. Namun, sentiasa awasi anak semasa mereka memakai headband kerana bimbang melorot ke leher. 

Ingat ya, bayi dibawah usia 3 bulan masih tidak tahu berkomunikasi dan perlu dilihat tiap masa.

2. Ibu juga pakai aksesori rambut

Bagi ibu yang baru nak mula memperkenalkan aksesori rambut pada anak perempuan yang sudah berusia melebihi 6 bulan, cabarannya sedikit berbeza. 

Ini adalah kerana mereka sudah faham sudah pandai untuk cabut sendiri aksesori yang ada di kepala mereka. 

Jadi, ibu perlu tarik minat mereka dengan memakai aksesori rambut yang sedondon dengan mereka.

Mereka akan lebih selesa dan teruja apabila ibu berswafoto bersama-sama. 

3. Pilih cekak yang selesa

Cekak rambut jenis kain atau getah adalah pilih terbaik untuk bayi manakala cekak rambut yang jenis keras lebih sesuai untuk anak yang berusia 1 tahun ke atas.

Pastikan bahagian kain yang akan sentuh kulit bayi anda tidak akan buat mereka rasa gatal atau naik ruam. Kain cotton, jersey dan lace lembut adalah pilihan terbaik untuk kulit bayi yang sensitif.

Nota Editor: Setiap item dan harga adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aksesori Kepala Bayi Comel Untuk Dipakai Namun Boleh Ancam Keselamatan Anak Tau!

Baca juga: Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Penulis

Najibah