Resepi Char Kuey Teow Yang Mudah Dan Sedap Boleh Hidang Untuk Seisi Keluarga

Senang sebenarnya nak buat resepi char kuey teow. Mungkin anda boleh cuba resepi yang mudah dan lazat ini untuk hidangan seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh kata majoriti masyarakat kita sukakan char kuey teow kerana rasanya yang cukup lazat dan kena dengan citarasa kita sebagai orang Asia. Sebenarnya mudah sahaja untuk membuat resepi ini seperti mana yang kita rasa di kedai.

Menurut Resepi Che Nom, cara memasak kuey teow versi basah atau berkuah ini adalah berbeza dengan stail masakan Chinese. Jika melihat pada resepi yang dikongsikan oleh Che Nom ini, bahan-bahannya juga simple dan cara membuat pun senang.

Kalau anda ikut satu per satu daripada resepi ini, pastinya char kuey teow yang anda bayangkan di kedai, boleh dibuat sendiri di rumah. Cubalah!

[ez-toc]

Bahan-bahan Char Kuey Teow

Bahan-bahan Untuk Kisar Halus(A):

  • 6 ulas bawang putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • Sedikit air

Bahan-bahan Untuk Air Rebusan(B):

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
  • Anggaran 3 cawan air

Bahan-bahan Untuk Sos:

  • Sedikit minyak utk menumis
  • Bahan (A)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 6 sudu besar kicap cair
  • 4 susu besar sos tiram
  • Bahan (B)
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Untuk Char Kuey Teow:

  • Sedikit minyak
  • 1 pek kuey teow (jenis halus)
  • 1 ikat kuchai
  • 1 mangkuk taugeh
  • Telur

Cara Penyediaan Char Kuey Teow

Cara-cara Untuk Sos:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Buang kepala udang, dan rebus 10 minit.
  2. Tuang dalam blender dan kisar halus kulit udang.
  3. Kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.
  4. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
  5. Masukkan dalam blender, tambah sedikit air dan kisar halus.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
  7. Masukkan cili kisar.
  8. Masak hingga pecah minyak.
  9. Tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi.
  10. Tambah kiub ikan bilis.
  11. Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan).
  12. Masak sampai mendidih.
  13. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara Untuk Menggoreng Char Kuey Teow:

  1. Bilas kuey teow dengan air dan tapis.
  2. Bersihkan kuchai dan hiris memanjang.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
  5. Masukkan dua senduk sos.
  6. Tambah 4-5 senduk air.
  7. Kuey teow sejemput.
  8. Masukkan taugeh dan kuchai.
  9. Last sekali telur.

Tips

  • Char kuey teow perlu masak asing-asing untuk sorang makan baru sedap.
  • Tambah lebih air atau sos kalau nak lebih kuah.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuey Teow Goreng Chinese Style Yang Sedap, Ini Char Kuey Teow Sebenar Yang Boleh Anda Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad