Baru-baru ini isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro iaitu Nor Farhana Syamimi telah memuat naik perkongsian yang meminta jasa baik semua pihak mendoakan kesembuhan anak lelakinya yang naik ulser dan demam chicken pox. Bagi yang tidak tahu, chicken pox in malay adalah penyakit cacar air.
Ramai ibu yang keliru mengenai adakah penyakit chicken pox dengan demam campak ini sama. Jawapannya tidak, kedua-duanya berbeza kerana simptom yang berlainan.
Chicken pox in malay cacar air, anak Shiro demam dan naik ulser dalam mulut
Anak lelakinya, Iskandar Rizqi telah disahkan menghidap demam chicken pox dan simptomnya dilihat agak serius.
Assalammualaikum. Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh.
.
Rizqi kene chicken pox tapi mulut dia penuh Ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat Ulser dalam mulut dia.
.
Kita ni Ibu, luluh hati tengok anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk anak. Semua ini atas izin ALLAH S.W.T.
Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. ALLAH izinkan anak sakit dalam masa yang sama ALLAH hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat.
Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhannya.
SyafakaAllah buat adik Rizki.. Ujian buat ibu smoga terus kuat ibu.. smoga Cepat sembuh kami semua doakan.
Ya Allah kesiannya😢😢😢 kena satu ulser ja pun sakit, seksa dan susah nak makan😢😢 apatah lagi banyak2 penuh mulut macam tu😭😭😭😭 semoga cepat sembuh
Aamiin .. semoga adik rizqi diberi kesembuhan .. dan Allah tarikan kesakitan. Tak daya aunty tengok
Tidak kurang dengan itu, ada juga yang berkongsi tips merawat anak demam chicken pox.
Mandi dengan daun semambu Dan tido malam lapik atas tilam. Semoga anak sis sembuh.
Menerusi perkongsian terbaharunya di Instastory, anaknya kini sudah tidak demam dan menunjukkan kesembuhan.
Chicken pox in malay: penyakit cacar air dan simptomnya
Cacar air bayi dan cacar air dewasa mungkin menunjukkan beberapa simptom yang hampir sama mengikut ketahanan tubuh masing-masing.
Paling menyeksakan apabila cacar air ini terkena pada anak kecil yang masih tidak boleh bercakap.
Antara tanda tanda chicken pox pada anak kecil ialah:
- Demam. Ia terjadi kerana tubuh si manja berusaha melawan virus penyebab chicken pox.
- Simptom cacar air: Bintik merah di seluruh tubuh yang berisi air. Biasanya ia akan muncul buat pertama kali di tangan dan wajah sebelum tersebar pada bahagian lain. Bayi juga akan rasa gatal-gatal.
- Bayi meragam. Si kecil cenderung menangis kerana rasa tidak selesa dan demam.
Orang dewasa yang tidak divaksinasi dan belum pernah naik bertih atau cacar air ini, anda berisiko tinggi dijangkiti.
Cara merawat penyakit chicken pox
Bagi merawat penyakit chicken pox pada anak kecil, anda boleh lakukan beberapa perkaa ini:
#1. Kerap menyusu badan
Tujuannya adalah untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh si manja dan mengelakkan dehidrasi.
Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, ibu wajib memberikan makanan kaya nutrisi dengan air putih yang cukup.
#2. Elak mengenakan pakaian
Ibu elakkan bayi mengenakan pakaian jenis kain tebal kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Adalah lebih baik hanya memakaikannya dengan lampin bagi memastikan bayi selesa.
#3. Daun semambu
Ia adalah petua chickenpox sejak zaman dahulu. Caranya adalah dengan mengambil segenggam daun semambu dan kisar sehingga hancur.
Selepas mandikan anak, ibu boleh sapukannya pada bintik-bintik merah badan si manja. Biarkannya kering dan amalkan setiap hari.
Ibu juga boleh ambil daun ini dan dijadikan sebagai pelapik tidur anak.
#4. Losen calamine
Bukan itu sahaja, ada juga ibu mengatakan bahawa losen calamine ini berkesan bagi mengurangkan rasa gatal. Cara penggunaannya disarankan pada watu malam kerana ia mengandungi bahan pengawet.
Bila malam anak tidur, kalau pakai siang nanti habislah dia pegang dan masukkan jari ke dalam mulut.
Biasanya proses penyembuhan penyakit cacar air ini memakan waktu lebih dari satu minggu.
Namun jika bayi menunjukkan gejala semakin teruk seperti enggan menyusu, tidak berhenti menangis atau sesak nafas, ibu ayah hendaklah segera membawanya berjumpa doktor.
Doktor akan memberikan ubat yang sesuai dengan usia, berat dan keadaan si manja bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!
Baca juga: Cacar Monyet (Monkeypox): Simptom, Rawatan & Risiko Jangkitan Yang Perlu Ibu Ayah Tahu
Baca juga: Kanak Berusia 2 Tahun Ini Terserang Cacar Air Yang Terparah Di Dunia Perubatan