Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Ciri anak autisme, ibu bapa perlu ambil tahu maklumat ini. Penting untuk memberikan rawatan terbaik untuk si manja meneruskan hidup mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa aku panggil anak banyak kali, dia tak pernah pandang. Anak aku autism ke? Pernahkah terdetik di hati ibu ayah sewaktu memanggil anak namun dia tidak pernah memberikan respon. Hingga terdetik di hati, benarkah anak kesayangannya ini mempunyai ciri anak autisme.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini.

  • Ciri anak autisme boleh dilihat seawal usia 6 bulan lagi
  • Ciri anak autisme, si manja mengalami masalah komunikasi dan interaksi sosial
  • Anak menunjukkan tingkah laku dan aktiviti yang berulang

Dengan perkembangan teknologi pada masa ini, ibu dan ayah mudah untuk mendapatkan maklumat hanya di hujung jari sahaja berkenaan autisme. Lebih-lebih lagi banyak perkongsian ibu bapa yang mempunyai anak autisme, sering berkongsi cerita sekali gus ia memberi kesedaran kepada masyarakat.

Ciri anak autisme boleh dilihat seawal usia 6 bulan lagi

Gangguan Spektrum Autisme (ASD) atau autisme iaitu istilah yang digunakan secara meluas kepada kumpulan mereka yang mengalami keadaan berkaitan perkembangan saraf. Mereka ini boleh dibezakan dari segi komunikasi dan interaksi sosial.

Anak dilahirkan dengan ASD sering menunjukkan minat atau corak tingkah laku terhad dan berulang. ASD dikesan melibatkan anak-anak yang lahir di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan etnik, budaya atau latar belakang ekonomi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, ASD lebih kerap didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Malah, kajian terhadap kanak-kanak berusia 8 tahun di 11 lokasi di Amerika Syarikat mendapati, nisbah lelaki dan perempuan ialah 4.3 hingga 1 pada 2016 iaitu kira-kira 1 daripada 54 peserta kajian mempunyai ASD.

Kebiasaannya gejala ASD ini akan nampak jelas sewaktu kanak-kanak berusia antara 12 hingga 24 bulan. Bagaimanapun, gejala tersebut mungkin akan muncul lebih awal atau lambat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala awal mungkin termasuk kelewatan yang ketara dari segi kemampuan berkomunikasi atau perkembangan sosial.

Gejala ini terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah komunikasi dan interaksi sosial serta corak tingkah laku atau aktiviti terhad dan berulang. Untuk didiagnosis dengan autisme, seseorang itu mesti mengalami kedua-dua kategori itu.

Ciri anak autisme, si manja mengalami masalah komunikasi dan interaksi sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

ASD boleh melibatkan pelbagai isu dengan komunikasi yang kebanyakannya muncul sebelum anak berusia 5 tahun. Di sini antara ciri-ciri yang dapat dilihat:

  • Sejak lahir: masalah mengekalkan temuan mata (eye contact).
  • Masuk umur 9 bulan: tidak memberi maklum balas jika dipanggil nama.
  • Masuk umur 9 bulan: tidak menampakkan ekspresi wajah mencerminkan emosi mereka (seperti terkejut atau marah).
  • Masuk umur 12 bulan: tidak terlibat dengan permainan asas.
  • Masuk umur 12 bulan: tidak menggunakan atau hanya menggunakan beberapa gerak isyarat tangan seperti melambai.
  • Masuk umur 15 bulan: tidak berkongsi minat dengan orang lain (seperti menunjukkan kepada seseorang mengenai permainan digemari).
  • Masuk umur 18 bulan: tidak menunjuk atau melihat ke arah yang ditunjukkan orang lain.
  • Masuk umur 24 bulan: tidak menyedari apabila orang lain kelihatan sedih atau terluka.
  • Masuk umur 30 bulan: tidak terlibat dalam ‘permainan olok-olok’ contohnya menjaga anak patung bayi atau bermain dengan patung.
  • Masuk umur 60 tahun: tidak bermain permainan yang mengambil giliran.

Anak autistik juga sukar untuk meluahkan perasaan mereka atau memahami perasaan orang lain sewaktu usia mereka bermula 36 bulan.

Semakin bertambah usia, mereka juga mempunyai kesukaran bercakap atau kemahiran komunikasi mereka terhad. Jika kanak-kanak ini mula bercakap, mereka mungkin akan bercakap dengan nada yang tinggi, seperti menyanyi atau seperti robot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak menunjukkan tingkah laku dan aktiviti yang berulang

Kanak-kanak dengan autism juga mempunyai ciri-ciri berkaitan pergerakan dan tingkah laku badan. Antaranya seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pergerakan berulang seperti bergoyang, mengepakkan lengan mereka, berpusing atau berlari
  • Menyusun barangan seperti permainan dan berasa marah jika diganggu.
  • Perlu mempunyai rutin yang sama.
  • Mengulang-ulang perkataan jika dia mendengar seseorang menyebutnya
  • Berasa sedih dengan perubahan kecil.
  • Hanya focus kepada sesetengah bahagian sahaja contohnya, tayar permainan trak atau rambut anak patung.
  • Reaksi luar biasa terhadap sensori seperti bunyi, bau dan rasa.
  • Mempunyai sikap taksub.
  • Kebolehan luar biasa seperti bakat muzik atau keupayaan ingatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Meja Belajar Kanak-Kanak Terbaik: Selesa Dan Kukuh, Hadiahkan Buat Anak Lagi Semangat Belajar!

Baca juga: 5 Jenis Snek Ibu Berpantang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Tingkatkan Susu Badan

Baca juga: Info PENTING Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat