Club Med Cherating Lokasi Sempurna Untuk Percutian Keluarga, Ini Antara 5 Sebabnya!

Club Med Cherating menjadi salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi oleh seisi keluarga dengan menawarkan pelbagai keseronokan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti sekolah yang agak panjang pada hujung tahun ini semestinya membuatkan anak-anak berasa teruja untuk pergi bercuti. Sebagai ibu bapa, anda mungkin tercari-cari tempat percutian yang mesra keluarga dengan adanya pelbagai keseronokan seperti yang ada dekat Club Med Cherating.

Sejak tahun lalu, seluruh negara dilanda pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan kesihatan mental akibat kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan diri serta pematuhan SOP yang ditetapkan.

Club Med Cherating mengalu-alukan kedatangan anda

Memandangkan kini kerajaan telah memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap vaksin untuk merentas negeri bagi pelbagai tujuan, Club Med Cherating menjemput anda merasai pengalaman percutian yang berharga bersama orang tersayang.

Hanya 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, ia menawarkan segala-galanya yang anda perlukan seperti makanan, penginapan, aktiviti dan hiburan.

Pakej bermula dari RM980++ bagi setiap dewasa untuk penginapan 3H2M dan percuma untuk kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Ibu ayah kini boleh merancang percutian tanpa tekanan yang menyeronokkan di Club Med Cherating.

Sebab mengapa ibu ayah perlu memilih Club Med Cherating

#1. Dikelilingi dengan kehijauan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugasan harian sering membuatkan ibu ayah cenderung merasai tekanan yang tiada penghujungnya. Justeru dengan memilih Club Med Cherating sebagai destinasi percutian anda, ia menawarkan pemandangan lautan dan penuh kehijauan yang begitu menenangkan.

Hutan hujan tropika seluas 85 hektar yang mengelilingi resort ini juga dapat mendekatkan anda seisi keluarga dengan alam semula jadi.

#2. Acara meriah untuk sambutan Krismas dan Tahun Baharu

Club Med Cherating mampu menjadikan perayaan Krismas dan Tahun Baharu anda amat bermakna, di mana tetamu memperoleh pengalaman premium yang ditawarkan dalam pakej penginapan.

Bermula dengan variasi makanan yang tersedia dalam bufet, pertunjukan menarik, aktiviti menyeronokkan seperti menghias biskut halia, menulis surat kepada Santa dan lawatan Santa Claus, perayaan Krismas anda menjadi cukup sempurna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk Malam Tahun Baharu pula, anda boleh merakam detik-detik akhir tahun dengan Parti Countdown Tahun Baharu dihoskan oleh G.Os® yang begitu menakjubkan!

#3. Tempat yang sempurna untuk mencipta kebahagiaan

Tidak hanya menawarkan pengalaman sekali seumur hidup untuk setiap perayaan, Club Med juga meletak sasaran untuk mencipta kebahagiaan dengan menyediakan gabungan percutian sempurna buat anda sekeluarga.

Ia menggabungkan keindahan semula jadi, tawaran pakej premium yang lengkap, membolehkan tetamu menikmati keseronokan bagi ketenangan fikiran yang tidak boleh diperoleh di tempat lain.

#4. Club Med Cocoon untuk memastikan anda selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman Club Med yang unik ini dilengkapi dengan tempat sosial, makanan dan minuman, hiburan dengan pelbagai zon yang menenangkan serta kelab kanak-kanak.

Bagi anda yang ada anak kecil terutamanya, usah risau kerana ia menyediakan penjagaan kanak-kanak percuma bagi yang berusia antara empat hingga tujuh belas tahun.

#5. Menikmati pemandangan di tepi kolam

Club Med juga memiliki kolam yang luas bagi membolehkan para pengunjung dewasa berehat sambil melihat pemandangan matahari terbenam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh sekatan perjalanan yang berubah oleh kerajaan, Club Med memahami keperluan dan keselamatan anda dalam merancang percutian. Justeru para pelancong diberi kemudahan untuk menukar tarikh perjalanan, membuat tempahan sekarang-bayar-kemudian serta pembatalan percuma sehingga 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

Bagi anda yang mendambakan percutian akhir tahun di Club Med Cherating, boleh terus melayari www.clubmed.com.my/r/cherating-beach/y untuk proses penempahan percutian anda hari ini atau hubungi Penasihat Percutian Club Med di +60 2053 1888.

Sebagai ibu bapa, anda sendiri pastinya ada memori indah pergi bercuti bersama ibu, ayah dan adik beradik lain sewaktu kecil dahulu. Maka memang sewajarnya anda membuat perkara yang sama dengan ahli keluarga anda sekarang agar dapat menguatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Justeru gunakan cuti tahunan yang masih berbaki ini untuk membeli jiwa suri hati dan anak-anak bagi mengukir lebih banyak kenangan manis bersama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan