Gara-Gara 'Teruja' Rakam Suami Cuci Pinggan, Isteri Kena Cerai Lepas Muat Naik Video

Cuci pinggan di dapur menjadi punca perceraian. Seorang wanita merakam video suaminya telah diceraikan kerana guna lagu yang kurang sesuai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita tersebut merakamnya sedang cuci pinggan mangkuk dan memuat naik pada akaun TikTok.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Suami hilang sabar, video cuci pinggan disertakan lagu ‘provokatif’
  • Bukan pertama kali lagu penyebab penceraian

Menurut laporan Gulf News yang memetik media tempatan, video tersebut kemudian disertakan dengan lagi menunjukkan lelaki tersebut berada di bawah kawalannya.

Laporan itu menyebut, wanita itu mengambil kesempatan daripada kesibukan suaminya yang membersihkan rumah serta merakam lelaki itu mencuci pinggan mangkuk sambil berdiri di dapur.

Suami hilang sabar, video cuci pinggan disertakan lagu ‘provokatif’

Si isteri juga menambah lagu berbentuk ‘provokatif’ pada video tersebut menyebabkan suaminya hilang sabar dan menceraikan wanita itu sejurus selepas klip tersebut menjadi tular.

Lagu digunakan itu bertajuk Mesaytara yang diterjemahkan kepada ‘saya dominan’ atau ‘saya akan mengawal anda’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Kan.

Ia menjadi sebab utama di sebalik penceraian pasangan tersebut dengan bahagian pertama lagu itu ialah, ‘saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya’, ‘saya akan membuatkan anda gila jika anda melihat kepada gadis-gadis lain di jalan’, ‘selagi anda bersama saya, anda adalah di bawah arahan saya’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan pertama kali lagu berkenaan menjadi penyebab penceraian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan itu juga menyebut, ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada penceraian. Terdapat dua lagi kes penceraian lain dilaporkan di Iraq dan Jordan.

Malah awal tahun lalu, Baghdad, Iraq pernah merekodkan kes penceraian terpantas di negara tersebut apabila seorang pengantin lelaki menceraikan pengantin perempuannya semasa perkahwinan apabila lagu tersebut dimainkan.

Pengantin perempuan itu dilaporkan menari lagu Mesaytara dengan pengantin lelaki serta keluarganya menyifatkan ia suatu provokasi seterusnya membawa kepada pertengkaran kedua-dua pengantin dan akhirnya dia menceraikan wanita itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

Baca juga: Elak Buka Aib Walaupun Sudah Bercerai, Wanita Ini Berkahwin Dengan Rakan Bekas Suaminya

Baca juga: Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai – Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan