Nenek Tidak Sengaja Tertinggal Cucu 3 Tahun Dalam Kereta, Mangsa Mati Akibat Strok Haba

Cucu perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat kecuaian seorang nenek yang meninggalkannya dalam kereta. Ikuti tips keselamatan dikongsi oleh doktor ini!

Tiada siapa yang menginginkan untuk berdepan dengan kejadian yang meragut nyawa insan tersayang. Beberapa hari lalu, tular berita mengenai seorang cucu perempuan berusia tiga tahun ditemui mati setelah tertinggal dalam kereta.

Difahamkan, mangsa telah berada dalam kenderaan tersebut beberapa jam sebelum ditinggalkan oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, disini.

Kes cucu perempuan meninggal dunia akibat tertinggal dalam kereta

gambar sekadar hiasan

Menurut keterangan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes ‘Brought In Death’ melibatkan kematian seorang budak perempuan berusia 3 tahun pada jam 6.41 petang.

Hasil siasatan yang dilakukan pada hari yang sama mendapati nenek mangsa berusia 59 tahun telah membawa mangsa dan kakaknya ke sekolah di kawasan Sungai Tiram lebih kurang jam 1 tengah hari menaiki kenderaan jenis Perodua Alza.

Kemudian mangsa telah ditinggalkan di dalam kenderaan di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor tanpa disedari oleh neneknya dengan enjin kereta sudah dimatikan.

Kira-kira jam 6 petang, ibu mangsa menyedari mangsa tiada dan berusaha mencari di sekitar kawasan rumah, namun tidak menjumpainya.

”Kemudiannya, wanita tersebut menyedari cucu perempuan berada dalam kereta dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.”

Malang tidak berbau, cucu perempuan meninggal dunia akibat strok haba

credit to sources

”Manakala hasil bedah siasat oleh doktor hospital pada Isnin lalu turut mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera.”

Tambahnya, doktor telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Tips mengurangkan risiko anak tertinggal dalam kenderaan

Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan mengatakan bahawa kejadian yang meragut nyawa sebegini amat kerap berlaku. Salah satu puncanya adalah kelalaian dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah anda.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak kita. Mohon ambil makluman.

credit to sources

#1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Pastikan anda letakannya di bahagian belakang tempat duduk penumpang supaya ia berada dalam ruang pandangan.

#2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Kena mulakan amalan ini sekarang.

#3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Ibu ayah boleh pilih patung yang besar dan berwarna terang supaya ia menjadi peringatan bahawa anak anda di belakang.

#4. Jika anda ada membawa beg susu anak bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tips ke-3. Ia menjadi peringatakan bahawa si manja ada di kerusi kanak-kanak tempat duduk belakang.

#5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama si manja. Sebagai contoh, beg kerja, kunci pejabat atau tag kerja.

#6. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh supaya menghubungi anda jika anak tidak tiba ke sekolah atau rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pada pasangan untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

#7. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa si manja berada dalam kereta. Sebagai contoh, childminder softclip atau aplikasi kars 4 kids safety. Nota: harganya tidak murah dan ia memerlukan kereta yang mempunyai fungsi bluetooth.

#8. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, ibu ayah boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder. Caranya adalah pergi ke Setting> Notifications> Reminders> Child Reminder. Waze akan mengingatkan anda sebaik sahaja tiba di destinasi.

Sumber: Berita Harian, Kamarul Ariffin Nor Sadan

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebak! Ayah Meninggal Dunia Dalam Kereta Ketika Tunggu Anak Temuduga Kerja