X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata, Dikata Cukur Bantal, Apa Sebabnya?

5 min bacaan
Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata, Dikata Cukur Bantal, Apa Sebabnya?

Memanglah hati ibu mana yang tidak rasa berbelah bagi apabila rambut bayi yang dilahirkan lebat dan lembut akan dicukur botak, malah bimbang pula takut nanti apabila tumbuh tidak akan selebat itu.

Mencukur rambut bayi dalam Islam dikatakan sunnah, jadi apabila bayi dilahirkan dengan rambut yang lebat sekalipun selalunya akan dicukur sehingga botak. Tapi sebenarnya ibu-ibu yang bimbang selepas rambut dicukur, akan terkena cukur bantal?

Islam menggalakkan rambut bayi dicukur sehingga botak untuk menyingkirkan segala kotoran yang terlekat di rambut bayi semasa dalam kandungan. Selain itu ia agar rambut baharu dapat tumbuh dengan lebih sihat.

Memanglah hati ibu mana yang tidak rasa berbelah bagi apabila rambut bayi yang dilahirkan lebat dan lembut akan dicukur botak, malah bimbang pula takut nanti apabila tumbuh tidak akan selebat itu.

Ikut pengalaman saya dulu, saya mahu biarkan sahaja, tapi suami menekankan bahawa ia adalah sunnah, malah rambut yang tumbuh nanti akan lebih sihat dan lebat, jadi saya ikutkan sajalah. 

Selepas rambut bayi dicukur botak, memang dalam sabar saya menunggu rambut bayi kembali tumbuh sesubur waktu lahir dulu. Tapi memang betul tanggapan saya, rambut bayi memang tumbuh seperti biasa, tapi ada setompok bahagian belakang kepala yang tak tumbuh-tumbuh.

Pelik betul apabila dilihat, ibu saya katakan itu adalah cukur bantal, nurse pula katakan bahawa rambut bayi saya perlu dicukur kembali, dan macam-macamlah orang kata. Jadi apa penyebabnya? Betulkah itu dikatakan cukur bantal?

Mengapa rambut bayi tumbuh tak sekata?

cukur bantal

#1. Fasa rehat

Perumbuhan rambut bayi boleh mengalami fasa rehat selama tiga bulan. Dan fasa rehat ini bukan terjadi pada semua folikel rambut, ia akan terjadi pada sesetengah bahagian rambut sahaja. Bagi orang dewasa yang berambut panjang mungkin tidak akan perasan fasa ini, namun untuk bayi yang dicukur botak rambut, akan tampak lebih ketara. 

#2. Posisi baring

Apabila bayi selalu terbaring ia akan mempengaruhi pertumbuhan rambut bayi. Menurut pakar apabila tekanan yang diterima bagi sebahagian kepala sangat kuat dan lama ia akan menganggu pertumbuhan rambut. Disebabkan itulah pada bahagian belakang kepala bayi akan tobek setompok, dan itulah yang orang tua katakan cukur bantal!

Jadi cara yang terbaik untuk mengelakkan terjadinya cukur bantal ini, sentiasa meniarapkan bayi jika berkesempatan. Seperti ‘tummy time’ selain dapat menguatkan otot leher bayi, ia juga dapat membuang angin daripada perut bayi. Malah ia juga dapat mengelakkan bayi dari terkena sindrom ‘flat head’ yang mana keadaan bayi banyak baring. 

#3. Penurunan hormon

Selepas enam bulan kelahiran bayi, pernah tak ibu-ibu semua perasan rambut anda banyak gugur? Ya, itu jugalah yang saya alami, tiba-tiba rambut gugur segenggam. Orang tua-tua kata bila bayi mula main air liur, maka gugurlah rambut ibu-ibu yang ikal mayang itu.

Namun itu adalah biasa, ia sebenarnya adalah disebabkan penurunan hormon ibu dan bayi. Jadi bayi juga akan alami fasa yang sama, rambut mereka akan gugur, tapi jangan risau fasa ini sementara sahaja. 

#4. Keadaan kulit kepala bayi

Pernah tak anda perasan kulit kepala bayi anda berkerak, berkeruping dan seolah-olah berkelemumur? Ia lebih dikenali sebagai cradle cap. Kondisi ini juga memberi pengaruh kepada pertumbuhan rambut bayi. Namun jangan risau keadaan ini akan bertambah pulih sebaik bayi anda meningkat usia empat bulan atau lebih. 

Keadaan rambut bayi yang tidak tumbuh sekata ini hanyalah satu fasa sementara. Jadi ibu-ibu janganlah terlalu bimbang. Sementara kepala bayi tampak tobek dan bertompok itu pakaikanlah topi, atau biarkan saja bayi anda serlahkan keunikan rambut mereka.

Jika anda tidak sabar, ada juga petua-petua yang boleh diamalkan tapi hanya menggunakan bahan semula jadi ya! Elakkan pergi tanam rambut bayi! Ya, pernah ada kes, ibu bapa terlalu tidak sabar sampai pergi buat rawatan rambut di salon. It’s a big NO.

Tips melebatkan rambut bayi secara semula jadi

cukur bantal

Santan
Santan yang berasal dari kelapa segar mengandungi banyak Vitamin E dan lemak baik yang bermanfaat untuk regenerasi. Jika kulit kepala bayi sihat, rambut akan lebih mudah untuk tumbuh.

Selain itu, santan kelapa juga membantu rambut tumbuh lembut dan berkilat. Cara menggunakannya juga sangat mudah:

Ambil santan segar dan celupkan tuala kecil yang lembut
Tempelkan tuala ke seluruh bahagian kepala bayi hingga santan meresap
Urut dengan lembut kepala bayi
Diamkan 1-2 jam sebelum anda membilasnya

Daun peria
Ternyata selain lazat, tanaman peria juga berguna untuk menumbuhkan rambut bayi!

Daun peria mengandungi banyak manfaat, salah satunya ialah anti oksidan yang bagus untuk kecantikan. Cara menggunakan daun pare ke kulit kepala bayi sangat praktikal:

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Petik daun peria segar
Cuci bersih daun peria
Menguli daun hingga keluar sari-sarinya
Sapukan daun peria yang telah keluar sarinya ke kulit kepala bayi
Diamkan selama 10 minit sebelum anda membilasnya

Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata, Dikata Cukur Bantal, Apa Sebabnya?

Avocado
Buah avocado mengandungi banyak Vitamin E dan Vitamin B. Seperti diketahui, kekurangan vitamin ini berpengaruh pada lambatnya pertumbuhan rambut. Maka menggunakan alpukat pada rambut si kecil juga sangat mudah.

Anda perlu melumatkan alpukat dan menyapunya di seluruh permukaan kulit kepala. Diamkan selama 15 minit lalu bilaslah kepala si kecil.

Jika anak anda sudah masuk masanya untuk mengambil makanan pejal, berikan juga alpukat sebagai makanan untuk perawatan dari dalam agar membantu rambut tumbuh lebih cepat.

Sumber: Baby Centre, Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Kelebihan Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Hingga Botak Licin Berserta Doa Yang Boleh Dibaca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata, Dikata Cukur Bantal, Apa Sebabnya?
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham