Wajib Cukur Bulu Kemaluan Sebelum 40 Hari, Ini Perkara PENTING Suami Isteri Kena Tahu!

Cukur bulu kemaluan perlukan yang betul bagi mengelakkan luka ataupun jangkitan kuman. Bagi golongan lelaki, ketahui beberapa perkara ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baik lelaki mahupun wanita, kita amat digalakkan untuk cukur bulu kemaluan bagi mengelakkan sebarang penyakit disebabkan oleh kuman dan menjaga keselesaan diri apabila bersama orang tersayang.

Bagi sesetengah orang akan menganggapnya perkara remeh sehingga sanggup membiarkan bulu kemaluan tumbuh begitu lebat dengan alasan tidak sempat atau terlupa. Tahukah anda bahawa tindakan ini boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim tersebut?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cukur bulu kemaluan menurut ajaran Islam dan hukumnya
  • Iblis menyukai orang yang tidak cukur bulu kemaluan atau ketiak selama 40 hari
  • Bolehkah isteri tolong suami mencukur bulu kemaluan?
  • Mencukur bulu dianggap sebagai sunnah
  • Tips cukur bulu kemaluan dengan selamat
  • Kebaikan mencukur bulu kemaluan dan risiko sekiranya tidak berhati-hati

Cukur bulu kemaluan menurut ajaran Islam dan hukumnya

Dalam bab penjagaan kebersihan, Islam tidak membenarkan kita menyimpan atau membiarkan bulu kemaluan terus tumbuh hingga panjang tanpa dibuang atau dicukur setelah lebih 40 hari.

Justeru adalah wajib untuk kita mencukurnya sebelum 40 hari.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

”Rasulullah S.A.W menjadualkan bagi kami paling lama empat puluh hari supaya tidak lupa menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu kemaluan.” (HR. Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad, Tirmidzi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Malah, cukur bulu kemaluan atau merapikan bulu pada kemaluan lelaki juga amat digalakkan dalam Islam. Hukum mencukur bulu dianggap sebagai sunnah. 

Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhori (5890) dan Muslim (261) oleh Ibnu Umar r.a berkata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Diantara fitrahmu yang baik adalah mencukur bulu kemaluan, menggunting kuku dan merapikan kumismu.”

Iblis menyukai orang yang tidak cukur bulu kemaluan atau ketiak selama 40 hari

Bagi anda yang sering lupa dan mengabaikan bab cukur bulu kemaluana ini, ia sebenarnya perkara amat disukai oleh iblis laknatullah.

Berikut adalah dialog Rasulullah S.A.W dengan iblis:

Pertanyaan Nabi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”

Jawapan iblis:

”Lelaki dan perempuan yang tidak cukur atau cabut bulu ketiak atau ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pepijat pada bulu itu.”

Bolehkah isteri tolong suami mencukur bulu kemaluan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda tertanya-tanya adakah isteri boleh membantu cukur bulu kemaluan suami dengan alasan tertentu, misalnya untuk meningkatkan kemesraan.

Sebenarnya ada dua pendapat ulama yang menyatakan hal ini iaitu:

  • Makruh

Ulama menyatakan perkara ini adalah makruh kerana ia memiliki dalil dengan hadis riwayat Aisyah r.a berkata, ”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah S.A.W.” (HR. Ibnu Majah)

  • Mubah

Pendapat jumhur ulama menilai hadis Aisyah tersebut dhaif seperti yang disebut Al Hafizh Ibnu Rajab. Sedangkan hadis lain yang dijadikan pegangan membolehkan suami melihat aurat isterinya dengan sabda Rasulullah S.A.W:

”Jagalah auratmu kecuali dari isterimu.” (HR. Tirmidzi dan Abu Daud Hasan)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencukur bulu dianggap sebagai sunnah

Malah, cukur bulu kemaluan atau merapikan bulu pada kemaluan lelaki juga amat digalakkan dalam Islam. Hukum mencukur bulu dianggap sebagai sunnah. 

Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhori (5890) dan Muslim (261) oleh Ibnu Umar r.a berkata:

“Diantara fitrahmu yang baik adalah mencukur bulu kemaluan, menggunting kuku dan merapikan kumismu.”

Tips cukur bulu kemaluan dengan selamat

#1 Pilih pisau cukur yang tajam dan bagus – namun tidak murah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang suka memilih pisau cukur yang murah berbanding yang agak mahal namun berkualiti. Pisau cukur memainkan peranan yang amat penting.

Anda akan mencukur bahagian yang sensitif, jadi jangan pilih pisau cukur yang tiada kualiti. Jika anda risau, apa kata guna gunting kecil yang tajam saja.

#2 Guna air panas dan sabun

Sebelum mencukur, pastikan anda telah membasuh kemaluan dengan air panas dan sabun. Ia untuk membuka pori-pori kulit agar bulu lebih mudah dicukur.

#3 Mula cukur dari pangkal hingga ke kepala

Cukur ikut arah bulu mula tumbuh. Jangan melawan arus. Dan jangan lupa bulu-bulu di buah zakar juga okay!

#4 Nak cukur sampai botak atau cukur sikit saja?

Ikut keselesaan anda. Kalau nak cukur sedikit saja, anda boleh menggunakan gunting kecil.

#5 Pakai antiseptik selepas bercukur

Carilah antiseptik dalam bentuk cecair, krim atau serum. Ia digunakan untuk menenangkan kulit selepas bercukur. Malah, anda juga digalakkan untuk melembabkan kulit selepas bercukur.

Anda boleh menyapu bedak bayi atau gel lidah budaya untuk mengelak kegatalan. Jangan sapu losyen!

Kebaikan mencukur bulu kemaluan dan risiko sekiranya tidak berhati-hati

Antara kebaikan mencukur bulu kemaluan yang boleh seorang suami dapat ialah:

  • Menjaga kebersihan dan kesihatan badan
  • Penis akan kelihatan lebih besar, bersih dan gagah
  • Pasangan akan lebih mudah tertarik
  • Mencegah bau tidak enak

Antara jangkitan boleh terkena pada suami yang tidak berhati-hati ketika cukur bulu kemaluan ialah:

  1. Munculnya virus moluskum kontagiosum
  2. Naik bisul di sekitar kemaluan
  3. Keradangan dan luka kecil
  4. Membuatkan pori kulit lebih mudah terjangkit HIV, Aids, Spilis

Malah, cukur bulu kemaluan juga mendatangkan pelbagai kebaikan selain mengelak bau-bau pelik yang boleh datang dari kemaluan mereka itu.

Ha, jadi jangan ingat wanita saja kena mencukur bulu kemaluan, ya! Lelaki pun kena jaga kebersihan di alat sulit juga. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kemaluan Anak Lelaki Pun Ada Cara Tertentu Untuk Jaga, Ini Panduan Untuk Ibu

Baca juga: Tiap Kali Buka Lampin, Anak Suka Main & Pegang Kemaluan? Pakar Jelaskan Ini Sebabnya

Baca juga: Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka