11 Tips & Perkara Yang Boleh Dibuat Ketika Cuti Bersalin, Bantu Ibu Kurangkan Rasa Stres

Cuti bersalin kerajaan dan kakitangan swasta diselaraskan 98 hari bermula tahun ini. Ada beberapa tips untuk menjadikan cuti menyeronokkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang baru bergelar ibu, beberapa minggu pertama duduk di rumah dan menguruskan bayi baru lahir sememangnya penuh dengan emosi. Kemudahan cuti bersalin kerajaan dan swasta selama 98 hari pastinya amat diperlukan oleh setiap wanita.

Hal ini kerana ibu memerlukan sedikit waktu untuk proses pemulihan fizikal dan mental. Bukan itu sahaja, cuti bersalin kerajaan dan swasta ini turut menjadi waktu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin bersama bayi. 

Tips ketika cuti bersalin kerajaan dan swasta

Terdapat banyak aktiviti cuti bersalin kerajaan atau swasta yang boleh dilakukan untuk dimanfaat setiap minit. Di bawah ialah beberapa cara ibu untuk menikmati cuti bersalin agar nanti anda tidak akan menyesal apabila anda kembali bekerja semula!

  • Perkara yang perlu dilakukan semasa cuti bersalin (sebelum bayi lahir)

#1. Perancangan kewangan

Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, pastinya ia memerlukan belanja yang lebih besar untuk keperluan ibu dan bayi baru lahir.

Justeru anda akan menyedari bahawa banyak duit keluar berbanding masuk ke akaun. Jika ibu mengambil cuti bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan, luangkan sedikit masa untuk menyemak pendapatan dan perbelanjaan supaya tidak berbelanja lebih dari kemampuan.

#2. Mula buat survey taska atau pusat jagaan 

Tidak dinafikan apabila kembali bekerja nanti, anda perlu menghantar bayi ke taska atau pusat jagaan kanak-kanak. Sementara masih ada masa adalah lebih baik untuk anda membuat survey taska yang berdekatan mengikut bajet yuran bulanan yang mampu dibayar.

Hal ini sekaligus dapat membantu anda lebih bersedia untuk kembali bekerja dan merancang kewangan keluarga dengan baik.

#3. Kekal aktif di rumah

Penghujung kehamilan dengan saiz perut yang begitu besar sering membuatkan ibu berasa letih, mengantuk dan ingin berehat. Bagi anda yang ambil cuti bersalin kerajaan atau swasta lebih awal, kami nasihatkan supaya tetapkan rutin yang aktif di rumah.

Lakukan kerja rumah seperti biasa mengikut kemampuan diri. Selain itu tetapkan waktu 10 hingga 15 minit sehari melakukan senaman squat, berjalan itik, yoga mahupun berenang bagi membolehkan tubuh bersedia menghadapi proses kelahiran kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Perkara yang boleh dilakukan ketika cuti bersalin (setelah melahirkan bayi)

#4. Cipta atau masuk kumpulan ibu-ibu

Menjadi seorang ibu boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan. Akan tetapi bagi anda yang baru pertama kali menimang cahaya mata cenderung mengalami kemurungan selepas bersalin.

Hal ini kerana setiap perkara mengenai bayi menjadi sesuatu yang asing buat anda dan pasangan. Bagi mengatasinya, kami sarankan untuk anda masuk kumpulan ibu-ibu di Facebook atau menjadi sebahagian daripada komuniti di aplikasi theAsianparent Malaysia.

Jangan risau! Di sini anda boleh mendapatkan sokongan atau bertanyakan soalan, meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi dengan ahli komuniti yang lain.

#5. Menempah slot untuk sesi fotografi

Waktu begitu pantas berlalu. Bayi akan membesar dengan begitu cepat sehingga semuanya hilang dalam sekelip mata. Justeru abadikan memori keluarga kecil anda setiap kali adanya kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh mengupah jurugambar profesional untuk merakam beberapa keping potret bayi baru lahir dengan gaya yang begitu comel.

#6. Bawa bayi berenang di spa atau kolam

Bayi anda tidak pernah terlalu kecil untuk berenang. Hal ini kerana si manja boleh mula berenang pada bila-bila masa sahaja, bahkan sejak lahir. Namun kebanyakan kelas berenang untuk bayi adalah bermula pada usia 6 minggu.

Waktu terbaik untuk biasakan bayi berenang adalah pada usianya bawah 6 bulan. Kerana pada usia ini, si masih mempunyai refleks untuk menutup mulut sewaktu berada di dalam air.

Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Bayi akan secara semulajadinya menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Rancang romantic dating dengan suami

Menjaga hubungan anda sama pentingnya dengan menjaga bayi yang baru lahir. Suami yang bertanggungjawab akan membantu menukar lampin dan sama-sama berjaga malam melayan ragam bayi.

Ketika dalam tempoh berpantang ini, anda mungkin terlepas rasa percintaan dan kasih sayang yang pernah dikongsi sebagai pasangan atau suami isteri.

Jadi luangkan sedikit masa dengannya. Minta bantuan orang terdekat untuk menjaga bayi selama beberapa jam dan rancanglah makan malam yang istimewa.

#8. Dedahkan bayi dengan dunia luar

Jika dibandingkan cara berpantang orang dulu-dulu, bayi yang baru lahir dan ibu tidak boleh keluar rumah sehinggalah tamat tempoh pantang.

Akan tetapi pada zaman kini segalanya sudah berubah. Bayi yang mengalami jaundice dan ibu dalam pantang terpaksa ulang-alik ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan berpegang pada stigma peraturan “tidak boleh keluar bersama bayi”. Lebih cepat anda dedahkan bayi kepada dunia luar, lebih cepat si manja menyesuaikan diri.

Sebelum mula bekerja, rancang rehat dua hari untuk percutian dan nikmati beberapa detik menyeronokkan bersama pasangan dan bayi anda!

#9. Pasang muzik atau zikir

Muzik dan zikir mempunyai kesan yang mendalam kepada bayi. Dari masa anda mula menyanyikannya untuk dodoikan bayi sehinggalah menjadi salah satu aktiviti di taska.

lagu pengantar tidur kepada mereka untuk tidur hingga menalanya kepada sajak taska, muzik boleh menjadi sangat menarik untuk bayi. Daftar untuk pelajaran muzik tot kecil dan bawa bayi anda mengikuti lagu-lagu yang menyeronokkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Manjakan diri atau me time

Minta bantuan pasangan untuk menjaga bayi sementara waktu. Luangkan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Tempah temu janji sehari di spa atau salun kecantikan bagi merapikan kuku mahupun gunting rambut.

Ini sekaligus dapat mengurangkan rasa tertekan setelah bergelar ibu dan anda dapat tampil lebih yakin berdepan orang sekeliling.

#11. Sediakan makanan

Ini adalah masa terbaik untuk mencuba resipi baharu yang sesuai untuk bayi dan keluarga. Lagipun, air tangan ibu pengikat kasih sayang keluarga.

Sebaik sahaja kembali bekerja, anda mungkin perlu mencipta makanan yang lazat dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Justeru pilih resipi yang berkhasiat, sihat dan mudah disediakan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak

Baca juga: Cuti Bersalin 98 Hari Baik Kerajaan & Juga Swasta, Ini Info Terkini Yang Ibu Hamil Kena Tahu

Baca juga: Video Bersalin Sendiri Dalam Kereta, Ibu Ini Dipuji Cuba Bertenang & Bayi Keluar Begitu Mudah!