Pindaan Akta Cuti Paterniti Bertambah Kepada 7 Hari, Berita Baik Untuk Bakal Ayah

Pindaan akta cuti paterniti telah diluluskan dari 3 hari kepada 7 hari. Peluang suami gunakan tempoh cuti untuk bantu urus isteri dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini satu berita gembira buat bakal ayah yang menunggu kelahiran cahaya mata apabila cuti paterniti untuk mereka telah dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Ia berikutan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan cuti paterniti dinaikkan daripada 3 kepada 7 hari telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Mac selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cuti paterniti peluang suami urus isteri
  • Terhad 5 kelahiran tanpa mengira isteri
  • Perkara suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin

Cuti paterniti peluang suami urus isteri

 

Memetik laporan daripada agensi Bernama, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata, ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

 "Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam," katanya dalam laporan tersebut.

Dalam masa sama, seramai 19 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu dengan kebanyakannya menyentuh isu cuti paterniti, cuti bersalin, gaji minimum serta buruh paksa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti paterniti terhad 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri

Selain itu, laporan itu menyebut, Ahmad ketika menggulung rang undang-undang itu berkata, kelayakan cuti paterniti terhad kepada lima kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.

Cuti tersebut bermula pada hari isteri bersalin manakala pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau dipetik berkata, pindaan itu juga membabitkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Perkara suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti paterniti penting untuk ayah menguruskan hal berkaitan selepas isteri melahirkan bayi. Seperti dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, terdapat 5 perkara penting yang suami kena tahu. Bolehlah digunakan sebaik-baiknya sepanjang tempoh cuti paterniti ini.

  • Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.
  • Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin itu akan jadi sakit kepada isteri. Sakit tersebut disebabkan ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.
  • Walaupun sudah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada bahagian perut. Hal ini kerana rahim akan mula mengecut. Rahim akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal dan rahim juga tidak terus kempis dalam masa sehari.
  • Ada darah nifas atau dipanggil Lochia yang berwarna merah selama 1 hingga 4 hari yang pertama. Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, sebaik-baiknya merujuk perkara tersebut kepada doktor sakit puan yang berdekatan. Dibimbangi sudah ada jangkitan kuman.
  • Selepas bersalin, suami jangan berasa pelik sekiranya emosi isteri menjadi tidak stabil. Boleh jadi isteri akan tiba-tiba marah atau tiba-tiba hendak menangis. Perkara ini boleh terjadi dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas bersalin. Justeru, suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Postpartum Depression.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pentingnya Berurut Selepas Bersalin, Ini 10 Cadangan Bidan Terbaik Area KL Dan Selangor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji

Baca juga:   Bakal Bersalin Tapi Perlu Induce Belon? Adakah Ia Selamat Untuk Bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan