(Terkini) Daftar Tahun 1 2024/2025 Online Bermula 1 Mei, Ini Panduan Buat Ibu Ayah

Daftar tahun 1 2024/2025 secara online bermula 1 Mac 2023 secara online. Ibu ayah ikuti panduan lengkap dan cara untuk buat permohonan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahun ini, si kecil anda sudah berusia 7 tahun dan bersedia masuk ke alam sekolah rendah. Ibu ayah yang memiliki anak atau jagaan dilahirkan pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 serta 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 bolehlah bersedia untuk daftar tahun 1 2024/2025 ke sekolah masing-masing.

Prosedur permohonan daftar tahun 1 2024 mengikut pilihan sekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS).

Tarikh permohonan daftar tahun 1 2024/2025

Ibubapa dan penjaga diingatkan peka terhadap tarikh permohonan daftar tahun 1 2024/2025 apabila dibuka iaitu bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2023.

Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke tahun 1 selepas sistem permohonan ditutup akan merumitkan lagi proses permohonan.

Daftar tahun 1 2024/2025 secara online di laman IDMS

Untuk makluman semua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan laman web baharu iaitu Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) sebagai modul pendaftaran Tahun 1 di https://idme.moe.gov.my.

Permohonan mula dibuka bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2023.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.

Pendekatan ini diambil bagi memudahkan anda membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual, menjimatkan masa daripada berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Panduan permohonan

Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan
mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah
kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik,
pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

#1. Paparan log masuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Paparan lupa kata laluan

#3. Paparan Daftar Pengguna

Paparan ini adalah untuk pengguna awam yang tidak mempunyai akaun IDMS, pengguna boleh membuat pendaftaran akaun dipaparan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru.

Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan dan permohonan data perlu dikemukakan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 - 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

Emel : supportidMe@moe.gov.my

Bolehkah jika datuk/nenek/penjaga rumah kebajikan/rumah anak yatim daftar tahun 1 2024?

foto: kosmo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, anda boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat:

  • Anda telah memaklumkan maklumat tersebut kepada guru kelas dan memasukkan
    maklumat anda kedalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di bahagian maklumat
    penjaga.

Tindakan selepas melengkapkan maklumat

Setelah ibu ayah atau penjaga melengkapkan maklumat yang dikehendaki, anda perlu klik
SIMPAN di setiap maklumat yang telah dikemaskini.

Akhir sekali pergi ke bahagian Perakuan Maklumat, tandakan butang selesai dan klik HANTAR.

Semua maklumat ini akan sampai kepada guru kelas anak anda dan mereka akan membuat pengesahan terhadap pindaan maklumat yang dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pihak ibu ayah dan penjaga, anda boleh mencetak jika hendak membuat simpanan manual.

Semoga bermanfaat!

Kredit foto: Izad Asmawi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1

Baca juga: 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: JPN MyKid Ditangguh Enam Bulan Bagi Tahun 2023, Ibu Disaran Guna Sijil Lahir Untuk Urusan Rasmi