X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

5 min bacaan
10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

Aktiviti motor kasar adalah kemahiran yang penting untuk perkembangan si manja. Ia mampu meningkatkan seluruh otot badan dengan baik

Perkembangan kanak-kanak perlulah seiring dengan usia mereka. Bagi menggalakkan si manja aktif dan sihat, ada beberapa aktiviti motor kasar yang boleh anda lakukan bersama di rumah.

Menurut Pengurus Latihan & Perundingan, Norliyana Raya, maksud kemahiran motor kasar adalah kemahiran pergerakan yang melibatkan sendi-sendi besar iaitu sendi di bahagian atas badan dan sendi di bahagian bawah badan.

Aktiviti motor kasar yang menarik untuk anak

kemahiran motor kasar

Tidak seperti kemahiran lain yang sering kali diambil peduli seperti percakapan, akademik dan menulis, kemahiran motor kasar sering terlepas pandang.

Ramai ibu ayah tidak sedar hubung kait diantara pergerakan motor kasar sebenarnya memainkan peranan yang besar untuk kemahiran lain dalam diri kanak-kanak terutamanya kemahiran kognitif iaitu pemikiran dan pembelajaran.

Lebih membimbangkan lagi apabila kanak-kanak masa kini dilihat lebih banyak menggunakan deria penglihatan dan visual daripada otot dan sendi mereka untuk bergerak. Kesannya, si manja cenderung mempunyai masalah merancang pergerakan.

Justeru ada beberapa cadangan aktiviti motor kasar yang boleh anda lakukan di rumah iaitu:

#1. Memanjat

Anak suka memanjat bukanlah tanda mereka bermasalah atau hiperaktif, tetapi ia adalah kemaahiran penting dalam perkembangan motor kasar. Selalunya skil memanjat akan bermula sejak anak mula belajar merangkak semasa umur 7-10 bulan.

Apabila memanjat, ia secara tak langsung anak akan dapat “deep pressure” di telapak tangan dan jari-jari.

Kalau ibu ayah tidak larat bawa anak ke taman setiap petang, luangkanlah masa layankan si manja memanjat tangga, sofa atau gril di rumah sambil menyokong anak di belakang seawal mereka mula memanjat.

#2. Main pasir atau lumpur

Pasir adalah bahan deria sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Melalui aktiviti ini, si manja dapat menggenggam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir. Ia adalah bagus bagi meningkatkan membina otot kasar dan otot halus.

#3. Menyapu lantai

Tidak kira anak perempuan atau lelaki, mereka hendaklah diajar dengan kemahiran asas mengurus rumah. Seawal usia 1 tahun, si manja akan menunjukkan minat untuk ‘membantu’ ibu di dapur atau ketika mengemas rumah.

Aktiviti motor kasar ini tidak hanya baik untuk menguatkan otot tangan dan kaki anak, tetapi juga mendidik mereka dengan tanggungjawab. Justeru jangan halang anak sekiranya mereka bermain dengan penyapu atau alat vakum rumah.

#4. Main air

aktiviti motor halus kasar

Tahukah anda, permainan air ini juga bermanfaat untuk perkembangan kognitif dan fizikal mereka? Menurut Ketua Lembaga Penasihat Pendidikan di The Goddard School, perrmainan air adalah aktiviti sensori motor yang sangat baik.

Aktiviti ini juga dapat mendorong perkembangan bahasa dan sosial-emosi. “Bahasa dapat diasah melalui permainan air, kerana menyediakan waktu untuk berbicara, berkomunikasi, dan mengajukan pertanyaan terbuka,” katanya.

Mengaut, menuangkan dan menyaring dapat memberi terapi kepada anak-anak kecil dan mengelakkan dari mudah meragam.

#5. Berenang

Berenang antara salah satu aktiviti motor kasar. Hal ini kerana semua otot digunakan untuk mengekalkan posisi dan bergerak di dalam air. Kanak-kanak akan menendang, menarik dan menolak air semasa berenang.

Otot perlu bekerja lebih keras untuk melawan rintangan yang diberikan oleh air. Oleh sebab itu, ia akan lebih cepat menjadi kuat dan fleksibiliti meningkat.

Berenang merupakan aktiviti berimpak rendah. Keapungan air menghilangkan tekanan yang dilakukan oleh graviti pada otot. Jadi, risiko untuk mendapatkan kecederaan akan berkurangan jika dibandingkan dengan aktiviti di darat.

#6. Berbasikal

Aktiviti berbasikal dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, koordinasi, ketangkasan dan keseimbangan badan. Ia juga mendorong perkembangan intelektual si manja.

Seawal usia setahun, ibu ayah boleh menyediakan balance bike untuk melatih anak-anak kecil untuk menggunakan kedua-dua belah kaki mereka bagi mengimbangkan basikal dan diri.

#7. Lempar dan tangkap bola

Sebenarnya dengan bermain bola bayi secara tidak langsung membentuk perkembangan dalam daya penelitian, fokus kepada permerhatian, rasa dan emosi, pergerakan dan juga pemikiran.

Justeru ibu ayah dinasihatkan membeli bola yang sesuai dengan usia anak. Elakkan beli bola yang berat kerana ia sukar dipegang oleh si manja.

#8. Main buaian dan gelongsor

aktiviti kuatkan otot anak

foto: wawiwusaz

Bermain buaian dan gelongsor dapat membantu perkembangan fizikal serta neuro-sensori, seperti: vestibular (keseimbangan), proprioception (posisi tubuh) dan visiospatial (keberadaan).

Perkembangan neuro-sensori ini memastikan kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang tinggi ketahanan fizikal, cekap dalam tugasan, dan mudah belajar sesuatu kemahiran.

#9. Bergayut

Bergayut merupakan salah satu daripada rangsangan sensori pergerakan (proprioseptif) untuk menambah ketahanan otot dan sendi anak-anak.

Semasa anak mengawal otot badan  ketika bergayut, anak akan melatih keseimbangan tubuh badannya. Keseimbangan tubuh badan yang baik akan membantu anak untuk duduk lama di atas kerusi.

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

#10. Main kejar-kejar

Berlari dan main kejar-kejar adalah aktiviti paling seronok untuk dilakukan. Ia sangat mudah dan memerlukan masa hanya 10 minit untuk memacu adrenalin dalam tubuh yang membantu mengepam otak kita dengan darah dan membuat kita sihat dan ingin terus bermain. 

Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1

Baca juga:  Penting Kembangkan Kemahiran Motor Halus Anak – Baru Anak Cepat Menulis

Baca juga: Elakkan Anak Pegang Pensel Cara Tak Efektif,Boleh Pengaruhi Kemahiran Menulis & Buat Mereka Rasa Down:Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka
Kongsikan:
  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

  • 9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

    9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

  • 7 Manfaat Mainan Masak Masak Pada Anak, Bantu Mereka Lebih Yakin & Berfikiran Kreatif

    7 Manfaat Mainan Masak Masak Pada Anak, Bantu Mereka Lebih Yakin & Berfikiran Kreatif

  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

  • 9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

    9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

  • 7 Manfaat Mainan Masak Masak Pada Anak, Bantu Mereka Lebih Yakin & Berfikiran Kreatif

    7 Manfaat Mainan Masak Masak Pada Anak, Bantu Mereka Lebih Yakin & Berfikiran Kreatif

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.